COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 4 Mei 2012

Iwana-Ulwan [1]


Haq & Lina (cerpen Chef Diraja Saya)
 
Iwana mencapai cawan yang berisi teh panas yang baru. Sambil menghirup minuman petangnya itu, matanya bergerak ke kiri, memerhati gelagat  anakanda saudaranya, Uqail yang sedang bermain lawan-lawan pedang kayu dengan adindanya, Haq. Uqail sudah hamper berumur empat tahun, rasanya. Sudah semakin besar kanak-kanak itu rupanya. Iwana mengalih pandang kepada adinda iparnya, Adlina yang duduk bertentangan dengannya di anjung itu. Dilihatnya Adlina sedang memerhati setiap langkah Uqail dengan penuh teliti. Agaknya, Adlina bimbang anakanda sulungnya itu tersalah langkah atau terjatuh dan cedera.
         “Sebulan lagi hari jadi Qail,kan?” soal Iwana, membuatkan adinda iparnya itu menoleh ke arahnya.
         “Ha’ah, kak. Akak ingat rupanya,” jawab Adlina, menyengih.
         “Eh, mestilah ingat. Anakanda saudara kesayangan akak tu,” balas Iwana, meletak kembali cawan di tangannya. Sesekali, dia menjeling Uqail dan Haq.
         “Ada perancangan ke? Nak buat majlis macam tahun-tahun lepas ke?” sambung Iwana, menyoal adinda iparnya. Bonda serta ayahanda kepada Uqail itu tentunya ada rancangan mereka tersendiri. Kalau tahun-tahun lalu, mereka hanya buat sambutan kecil di istana sahaja kerana Haq, Adlina dan Uqail masih tinggal di dalam istana.
         “Herm... Haq dengan Lina baru mula bincang semalam tapi tak ada apa-apa lagi. Masih cari idea,” jawab Adlina.
         Iwana mengangguk sahaja. Bab-bab majlis, dia memang ikut sahaja apa yang ingin dibuat oleh Haq dan Adlina. Dia cuma memikirkan hadiah apa yang perlu dihadiahkannya kepada putera kecil itu. Tahun-tahun yang lalu, dia cuma belikan Uqail mainan. Tahun ini, apa kata beli benda lain? Tapi apa benda lain yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki umur empat tahun itu?
         “Assalamualaikum.” Suara wanita yang memberi salam itu membuatkan mereka berdua menoleh. Iwana menjawab salam dan menyuakan senyuman manis kepada bondanya,Tuanku Iman, Permaisuri negara Darwish, yang sudah mula duduk bersama mereka itu.
         “Cerita apa?” soal bondanya.
         “Tentang majlis hari jadi Uqail, bonda,” jawab Adlina sopan. Bondanya mengangguk, mengerti.
         “Beberapa minggu lagi, kan? Bonda rasa, kalau Lina dengan Haq nak buat kat luar pun, apa salahnya. Mungkin boleh tukar suasana,” cadang bonda. Iwana diam, mendengar sahaja Adlina mula bertukar-tukar pandangan dengan bondanya. Dia memasang telinga sambil pandangannya dijatuhkan kepada dua beranak yang sedang bermain itu.
         Uqail Nampak gembira dan ceria dapat bersama Haq. Haq itu muda dua tahun daripadanya dan sudah mempunyai seorang putera serta seorang lagi yang sedang dikandung oleh Adlina. Dia? Masih tiada jodoh, itulah jawapannya jika ada yang berani bertanya kepadanya tentang perkara tersebut. Dia adalah Puteri Mahkota Darwish. Siapa sahaja yang berani bertanya sedemikian kepadanya selain kerbat-kerabat yang dekat dengannya.
         Bonda serta ayahanda bukan tidak pernah memberi cadangan tentang calon-calon yang sesuai dijadikan suaminya tetapi dia sahaja yang menolak. Tak cukup tampan! Tak cukup berkaliber! Tak menarik! Pelbagai alasan yang diberinya. Kata adindanya, Haq, dia seorang yang terlalu mementingkan kesempurnaan! Dengan erti kata lain, dia terlalu memilih dan cerewet. Iwana hanya menjulingkan matanya. Haq bolehlah cakap macam-macam kerana bertemu dan berkahwin dengan orang yang dia suka!
         “Wana!” satu tepukan hinggap di pahanya. Iwana tersentak dan menoleh kepada bondanya yang sedang memandangnya dengan kerutan.
         “Dengar tak bonda cakap apa?” soal wanita pertama negara itu. Iwana tersengih. Tentunya, dia dengar tetapi masuk telinga kanan-keluar telinga kiri. Kesimpulannya, dia tidak tahu apa yang diucapkan oleh bonda kepadanya tadi.
         “Sorry. Bonda cakap apa?” Iwana mencapai dan menggenggam tangan bondanya, mula memberikan perhatian.
         “Wana ingat tak Zulqarnain?”
         Iwana terdiam. Walaupun di dunia ini tentunya ramai yang bernama sedemikian, tetapi apabila disebut nama itu dihadapannya, hanya satu nama yang terlintan di fikirannya iaitu Raja Zulqarnain Ulwan.
         “Maksud bonda, putera dari negara Jauzan?” soal Iwana, ingin mendapatkan kepastian. Jauzan adalah sebuah negara yang mempunyai hubungan persahabatan dengan negara Darwish dan mereka menggunakan bahasa yang sama. Dia baru sekali sahaja sampai ke Jauzan. Itupun sepuluh tahun yang lalu dan seingatnya, sepuluh tahun yang lalu adalah kali pertama dan kali terakhir dia bersua muka dengan putera kedua negara Jauzan itu. Hanya memandang daripada jauh, tidak berbicara pun.
         “Iya...”
         “Kenapa dengan dia, bonda?” soal Iwana lagi.
         “Ayahanda... dia cadangkan supaya kita eratkan lagi ukhuwah kita dengan Jauzan. ”
         Iwana menghela nafas. Okey... dia seperti boleh mengagak kea rah manakah ucapan bondanya itu. Iwana mengerling adinda ipar yang sedang memandangnya dengan senyuman.
         “Jadi, ayahanda dengan bonda hendak melawat Jauzankah? Wana tak ada masalah, bonda. Jangan risau tentang Darwish. Wana dengan Haq ada,” ucap Iwana, sengaja buat tidak tahu niat sebenar bondanya.
         “Dengar dulu, sayang. Ayahanda dan bonda fikir, Wana sudah mencapai umur untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, kami fikir jodohkan Wana dengan Zulqarnain,” ujar bondanya, berterus-terang.
         Iwana terdiam. Dijodohkan? Perkara ini bukannya luar biasa baginya. Sudah ramai calon yang indin dijodohkan kepadanya, dia tolak setelah bersua muka atau membaca profil-profil peribadi calon-calonnya. Rasanya, kali ini pun, dia akan trut berbuat demikian. Walau bagaimanapun, kali ini, calonnya ada seorang putera! Bolehkah dia sewenang-wenangnya menolak?
         “Bonda, Wana tak kenal dia. Kali terakhir Wana jumpa dia, lebih kurang sepuluh tahun yang lalu. Lagipun, kenapa tiba-tiba ayahanda dan bonda boleh terfikirkan orang Jauzan ni?” soal Iwana. Jauzan bukanlah negara jiran mereka. Jauzan boleh dikatakan lebih dekat dengan negara Zamora berbanding Darwish.
         “Ayahanda bertemu dengan Raja Jauzan di sebuah konferens baru-baru ni. Anakanda kedua baginda pun ada sekali. Ayahanda berpendapat, Zulqarnain itu sesuai untuk Wana,” jelas bondanya lagi.
         “Ayahanda dah tengok dia... Bonda pula, ada jumpa dia?” soal Iwana lagi. Tentulah dia perlu bertanya banyak perkara. Kahwin, bukanlah perkara main-main.
         Bondanya menggeleng kepala, “Bonda hanya tengok gambar dia sahaja.”
         “Kacak, bonda?” Adlina yang daripada tadi diam mendengar, mula menyampuk. Bondanya ketawa manakala Iwana membulatkan matanya ke arah adinda iparnya.
         “Kriteria nombor satu Wana itu mana bonda dengan ayahanda boleh lupa, Lina. Ikut pandangan kami, orangnya sejuk mata memandang. Walaupun dia bukan putera mahkota tapi memang terserlah cirri-ciri kepimpinan dalam diri dia. Kata ayahanda, kalau Zulqarnain yang akan menggantikan takhtanya, dia tidak kisah,” panjang lebar bondanya bercerita sehingga masuk bab takhta.
Amboi... ayahandanya benar-benar percayakan Raja Zulqarnain Ulwan itu nampaknya! Bab menyambung takhta, bukan perkara mudah untuk difikirkan. Memang sesiapa yang menjadi suaminya, akan diangkat menjadi seorang putera mahkota merangkap pemangku takhta negara Darwish. Kerana itulah, dia terlalu memilih calon-calon suaminya. Selama ini, ayahanda dan bonda memberikan dia ruang untuk membuat keputusan seratus-peratus tetapi kali ini, kalaulah ayahandanya sudah berkata begitu, tentunya Raja Zulqarnain Ulwan itu sangat berkaliber.
“Ayahanda dah bincang perkara ni dengan Raja Jauzankah, bonda?” soal Iwana. Kalaulah Darwish dan Jauzan sudah mencapai kata sepakat untuk menjodohkan mereka berdua, untuk apa lagi keputusan daripadanya? Namun, apabila bondanya menggeleng, Iwana menarik nafas sedikit lega.
“Belum. Ini cuma pendapat dan pandangan ayahanda dan bonda menyokong keputusan ayahanda. Namun, keputusan daripada Wana adalah yang paling penting. Jikalau Wana bersetuju, bolehlah ayahanda berbincang dengan mereka,” jelas bondanya.
Iwana mendiamkan diri. Banyak kelebihan kepada negaranya jika dia betul-betul dijodohkan dengan Jauzan. Hubungan politik Darwish-Jauzan boleh diangkat kepada hubungan kekeluargaan. Darwish pula akan mendapat seorang putera mahkota dan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan keluarga diraja. Banyak lagi kerjasama dengan Jauzan yang boleh memanfaatkan Darwish.
Walaubagaimanapun, perlukah dia mempertaruhkan hati dan hidupnya?



 OKEH~

citer baru... *_* blh bagi 1st impression?


tq for reading~
                                                   

1 komen:

cactaceous opuntia berkata...

ok...sgt tertarik dgn watak2 utama...kalau tajuk pn dah iwana-ulwan adakah bemakna iwana n ulwan akan disatukan...sy sgt berharap kalau ayahanda n bonda ulwan pn berfikiran yg sama mcm ayahanda n bonda iwana...hee...then...sy sgt appreciate if cik haliban pnye cte kali ni menyelusuri kisah hidup iwana-ulwan yg telah disatukan...yelah...kn iwana-ulwan bukan yg mengenali satu sama lain dalam erti kata 'kenal' yg sebenar kn...hee...ni pndpt je la

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©