COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 12 April 2012

PBP SP#2

Hadif merenung wajah si gadis yang sedang lena di atas katil kecil yang tersedia dalam pesawat persendirian milik kerabat dirajanya itu. Tadi, Intan terus tertidur di kerusi apabila mereka mula naik ke awan. Lalu, dia angkat gadis itu ke katil. Biar si isteri lebih selesa tidur. Dia tersenyum. Kesian juga isterinya itu. Dia pun, terus sahaja tarik gadis itu tanpa membenarkan gadis itu pulang membersihkan diri dan berehat terlebih dahulu.
         Ayahanda memberikan dia masa seminggu sebelum mengadakan majlis untuk mengumumkan perkahwinan dia dan Intan. Seminggu itu juga, dia diberi masa untuk bersama Intan. Hadif hanya tersenyum geli hati apabila bondanya mencadangkan perkara itu kepadanya semalam. Jauh benar bondanya berfikir. Dia baru sahaja pulang semalam tapi bonda menyuruh dia menghabiskan masa dengan Intan pula. Adinda-adindanya yang lain pula seperti tidak kisah sahaja. Walau bagaimanapun, dia gembira melihat hubungan Intan dengan adinda-adindanya mesra. Pandai gadis itu mengambil hati kaum keluarganya.
         “Awak makin manis,” ujarnya sendirian, merenung wajah itu lagi. Tiga tahun berjauhan, membuatkan dia tidak puas merenung wajah itu. Apa yang ada dengannya selama tiga tahun dia di dalam unit perisikan negara adalah sekeping gambar yang diambil ketika perkahwinannya. Gambar dia dan Intan diapit ayahanda, bonda serta adinda-adindanya. Hanya gambar itu menjadi pengubat rindunya terhadap keluarganya serta gadis di hadapannya sekarang itu.
         Bagaimana hendak dihabiskan masa dengan gadis itu selama seminggu ini? Dia juga tidak pasti. Namun, dia sesekali tidak akan memaksa gadis itu membuat sesuatu yang tidak disukai...
         Mereka sebenarnya sedang terbang ke negara Darwish. Dia akan membawa Intan ke rumah milik salah seorang kaum-kerabat Darwish yang terletak di sebuah pulau bernama Pulau Sang Ratu. Memandangkan bonda sebenarnya adalah kerabat Darwish, maka senang untuk dia meminjam rumah itu untuk beberapa hari.

Dari Yayasan Hijrah, menaiki kereta ke lapangan terbang. Kemudiannya, menaiki pesawat persendirian ke Darwish. Selepas itu, mereka ke Pulau Sang Ratu dengan bot persendirian. Akhirnya. Intan menghempaskan dirinya ke atas katil selepas dia membersihkan diri. Terima kasih kepada Hadif kerana sudah menguruskan beg-beg pakaiannya. Terasa sangat segar dan ingin melelapkan mata seketika, walaupun dia sudah tidur di dalam pesawat tadi.
         Matanya yang terpejam itu tercelik apabila teringatkan Hadif. Di mana pemuda itu? Dengan seluar panjang, pijama dan tuala yang membalut kepalanya, Intan bangun daripada pembaringan dan keluar daripada bilik mencari pemuda itu. Kata Hadif, di dalam rumah itu tiada sesiapa selain mereka berdua. Beberapa pengawal peribadi pula ditugaskan berjaga tidak jauh daripada rumah tersebut dan mereka akan bermalam di sebuah rumah lain yang tidak jauh daripada rumah tersebut. Jadi, bolehlah dia bebas tanpa perlu memakai tudung jika berada di dalam rumah itu.
         Dia menjenguk ke dalam bilik-bilik yang ada di tingkat atas itu. Kemudian, dijengahnya ke bilik membaca, bilik menonton dan juga bilik gim. Tiada kelibat Hadif. Akhir sekali, dia menjenguk ke dapur. Terpana dia melihat tubuh Hadif. Hadif yang hanya memakai t-shirt dan seluar khaki itu sedang menghadap dapur. Apa yang dibuat Hadif? Takkanlah memasak?
         “Awak...” panggil Intan perlahan. Ketika Hadif berpaling ke arahnya, Intan tergelak kecil melihat penampilan Hadif. Pemuda itu memakai apron dan memegang sebatang senduk! Comel sangat! Hilang habis ke-macho-an pemua itu. Hahaha...
         “Awak buat apa?” soal Intan dengan sengihan. Dia mendekat dengan pemuda itu.
         “Tengah masak sup untuk makan malam. Awakkan letih lagi,” sahut pemuda itu, selamba.
Terangkat kening Intan. Sungguh bertimbang rasa Hadif.
“Awak reti masak?” soal Intan dengan perasaan tidak percaya. Putera Mahkota reti masuk dapur! Kalaulah peminat-peminat putera mahkota itu dapat tahu, mereka akan jatuh cinta dengan Hadif untuk kali ketiga pula! Wah. Wah.
“Tiga tahun dalam unit tu, banyak benda saya belajar,” jawab pemuda itu, kembali kepada sup yang dimasaknya. Hadif merasa sedikit sup itu dengan sudu sebelum menyuakan sudu tersebut kepada Intan, supaya gadis itu merasanya. Intan mengangguk-angguk apabila dirasanya sup itu sudah cukup rasa.
Intan tersengih. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Sementara Hadif tidak sedar itu, Intan melangkah setapak ke belakang dan mengeluarkan telefonnya daripada poket pijamanya. Diangkat telefon itu ke parah wajahnya.
“Awak,” panggil Intan. Apabila Hadif menoleh...
Klik!
Intan tersengih nakal. Hadif membulatkan matanya, sebelum memicingkan matanya ke arah si isteri.
“Intan... jangan cakap awak nak tunjuk gambar tu pada orang lain!” Hadif bersuara dengan nada amaran. Dia tidak kisah jika gambar itu hanya berada dalam simpanan gadis itu. Lagipun Intan adalah isterinya. Namun, janganlah sampai gambar tersebut tersebar ke internet pula. Padah dia. Hilang habis kewibawaannya dengan gambar dia berapron dan memegang senduk di dapur itu.
“Tak lah. Nak muat naik ke internet sahaja,” usik Intan, masih dengan sengihan nakal.
“Awak takkan berani.” Hadif berjeda, berkira-kira apa yang perlu dia lakukan untuk menghalang gadis itu.
“Kalau ya?” Intan mencabarnya, dengan sebelah kening terangkat.
Hadif tersengih sendiri. Intan hendak mengugutnya? “Fine. Saya boleh letak gambar awak sedang tidur dalam pesawat tadi. Dengan air liur basi semua! Saya akan tunjuk pada bonda dan adinda-adinda,” Hadif memandang gadis di hadapannya dengan perasaan bangga, dapat membalas ugutan. Dia memeluk tubuhnya.
Bulat mata Intan mendengarnya. “What? Mana ada air liur basi!” Intan membantah. Tipu!
“Awak mana tahu. Awak tengah tidur. Saya tolong lap sebelum saya kejut awak tadi. Gross tau,” ujar Hadif bersungguh. Sebenarnya, tentulah semua itu tidak benar. Dia hanya bergurau sahaja. Gadis itu tidur dengan sungguh sopan tadi.
“Yalah. Yalah. Saya tak tunjuk pada sesiapa!” Intan memuncung. Herm... kalau betullah apa yang dikatakan oleh Hadif, dia sudah kalah. Walaupun sebenarnya, dia tidak percayakan pemuda itu seratus peratus. Selama ini, dia tidur molek-molek sahaja!
“Janji? Kalau tak, saya sendiri akan delete gambar tu nanti,” ugut Hadif lagi. Dia tersengih dalam hati.
“Janji! Awak pun janji tak boleh sebarkan gambar saya tu!” Bulat mata Intan.
Hadif tergelak kecil. Comel sungguh isterinya itu. Sejujurnya, memanglah dia ada ambil gambar wajah Intan lena tadi, tapi bab air luir itu tiada pun dan dia sendiri takkan sanggup menyebarkan gambar isterinya yang comel itu untuk tatapan umum.


Malam itu, Hadif bersandar di dinding katil, membaca buku di tangan. Sudah lama rasanya dia meninggalkan habit dia yang satu ini. Ketika dalam unit perisikan negara, dia perlu sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Manalah boleh duduk berehat dan bersantai begini. Hadif menarik nafas lembut, lega dapat menghabiskan tempoh ujiannya dalam unit perisikan negara itu dengan berjaya dan selamat.
         Tuk! Tuk! Tuk!
         Hadif mengangkat wajahnya. Tiada yang lain di rumah itu selain dia dan Intan. Takkanlah Intan yang mengetuk pintu tersebut. Namun, apabila memang wajah Intan yang menjengah dari pintu bilik, Hadif menutup buku yang dibacanya. Dia benarkan Intan tidur di bilik berasingan dengannya di rumah itu kerana dia khuatir gadis itu tidak selesa dengannya.
         “Masuklah. Kenapa ni?” Hadif meletakkan buku tersebut di meja sisi katil. Dia menunggu Intan masuk. Melihat Intan yang berpakaian tidur yang comel itu, membuatkan Hadif tersenyum dalam hati.
         “Awak,” panggil Intan apabila gadis itu mendekat dengannya. Hadif hanya memandang, menunggu kata-kata Intan yang seterusnya.
         “Saya tidur di sini, boleh?”
         Hadif tergamam. Terkebil-kebil dia memandang Intan. Betulkah apa yang dia dengar?
         “Again? Awak cakap apa?”
         Intan sudah memuncung apabila dia meminta gadis itu mengulang permintaan.
         “Saya takutlah seorang diri dalam bilik itu. Saya tak biasa kat sini. Lagipun, pengawal-pengawal duduk jauh,” ujar Intan, tidak mengulang tetapi memberi alasan. Dia tahu, Hadif sebenarnya dengar apa yag dipintanya tadi. Dia bukan gatal dan gedik, tetapi dia benar-benar rasa tidak selamat sendirian di dalam bilik sana.
Hadif mengukir senyuman. Walaupun dia tidak meminta gadis itu menunjukkan sebab, Intan sendiri yang memberitahu.
“Boleh saja,” jawab dia pendek.
“Tapi...” Intan berjeda.
Makin lebar senyuman di bibir Hadif. Dia tahu apa yang gadis itu fikirkan. Seperti apa yang diucapkan hatinya tadi, dia takkan memaksa gadis itu untuk buat sesuatu yang tidak disukai. Dia ada seumur hidup dengan gadis itu, dia tidak mahu tergesa-gesa.
“Dah. Naik. Saya takkan buat apa-apa pada awak. Janji.” Hadif mengangkat tangan kanannya, seperti kanak-kanak sudah. Apa-apa sahaja supaya Intan percaya padanya.
Akhirnya, Intan mengangguk dan memanjat katil, mula berbaring di sebalik gebar di sisinya. Hadif tersenyum dan kembali mengambil buku yang dibacanya tadi, meneruskan pembacaan. Sebenarnya, Intan tidak tahu bahawa jantungnya sudah mula berdegup. Alahai... dia tidak pernah tidur sekatil dengan perempuan! Kalaulah Intan berasa selamat dengan kehadirannya pada saat itu, dia pula sudah rasa tergugat dengan kehadiran Intan!
“Awak...” panggil Intan lagi.
Hadif menoleh. Dilihat, mata Intan sedang merenungnya.
“Saya takutlah. Apa penerimaan orang ramai pada saya nanti. Saya takut saya tak diterima sebagai pendamping awak nanti.”
Hadif terdiam. Agaknya, Intan sedang bercakap tentang majlis pengumuman perkahwinan mereka berdua seminggu lagi. Selepas makan malam tadi, dia sudah menerangkan perkara itu kepada Intan. Itu adalah rancangan yang sudah diaturkan oleh ayahanda serta bonda mereka.
“Kita ada alasan yang kukuh. Lagipun, kita dah kahwin. Mereka sudah tak boleh buat apa-apa juga. Majlis itu nanti bukannya untuk kita dapat persetujuan mereka, tetapi hanya untuk beritahu bahawa sekarang ini mereka sudah ada puteri mahkota. Setuju atau tak, mereka kena terima awak,” ujar Hadif, cuba menenangkan hati gadis itu.
“Tapi...”
“Sayang, kan daripada dahulu saya bagitahu awak supaya jangan rasa rendah diri?” Hadif memotong, tanpa sedar, menggunakan panggilan mesra kepada gadis di sebelahnya itu.
“Lagipun, selama tiga tahun ni, saya pasti awak sudah belajar semua perkara. Awak tak ada apa-apa yang perlu dimalukan.”
Kedengaran Intan mengeluh perlahan. Hadif menggeleng sendiri. Tangannya mengusap ubun-ubun gadis itu.
“Jangan fikirkan sangat benda ni. Awak isteri saya dan dengan izin Allah, sampai bila-bila akan jadi isteri saya. Saya akan sentiasa ada di samping awak, insyaAllah. Bukan hanya saya tetapi awak juga ada adinda-adinda dan bonda serta ayahanda. Jangan lupa itu. We are your family,” sambung Hadif. Dilihatnya, Intan mengangguk sahaja. Kemudiannya, gadis itu mula menguap.
“Dah. Tidur,” ujar Hadif, masih mengusap ubun-ubun isterinya. Bahagia rasanya dapat menyentuh gadis yang sudah halal baginya itu walaupun hanya dengan mengusap kepala sahaja. Lama kelamaan, Intan mula menutup mata dan terlelap. Hadif tersenyum sebelum dia meletakkan buku dan mencapai remote control untuk menutup lamu bilik tersebut. Semoga hari esok adalah lebih baik untuk mereka daripada hari ini.
-TAMAT-

yay! tamat! ^_^
jangan lupe komen~

rasanya cik haliban x jadi sambung PvsAII di blog. jadi, pasni citer lain eh... ^_^

4 komen:

Ziana Eunos berkata...

yeay....da abes..hihi
citer yg best~kepp it up...

Nadzipah berkata...

Comel sungguh pakai apron sambil pegang senduk lepas tu tangkap gambar candid. hihi.

Semoga berbahagia hingga ke akhirnya Tengku Muhammad Hadif dan Intan Hazwani.

Good job cik Haliban :')
Tak sabar nak baca cerita baru...

harunashii berkata...

Great!
Ending pun best!
Nak baca certa baru!
Yes!
Thank you Kak Haliban! :)

leaftulip berkata...

alahai...cutenye....
ni makin x sabar2 nk tnggu
entry seterusnya ni...
thumbs up....

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©