COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 16 April 2012

Kotak Bentuk Hati -SP- [cerpen]

Kotak Bentuk Hati (KBH) sebenarnya adalah novel yang cik haliban hantar untuk penilaian. Tapi yang ni kira SP jelah ye. ^_^ kena tunggu versi KBH panjang dlm bentuk novel (INSYAALLAH), doakan. *_*
Syifa’ duduk di kerusi yang ersedia dan memotong sayur-sayur di dalam bekas di hadapannya.  Sambil itu, matanya kadang-kadang memerhati insan-insan yang sedang bergerak di dapur itu. Datin Asiah sedang mengacau gulai di dalam periuk. Fajrini sedang menggoreng ayam dalam kuali.
Sebagai tetamu, dia hanya duduk di situ, membantu sedikit sebanyak. Hari ini dia dijemput oleh Datin Asiah untuk makan tengahari di rumah itu. Nasib baik sahaja dia mempunyai masa lapang. Puan Maisarah, adik ipar Datin Asiah pula dalam perjalanan ke sini.
Kata Datin Asiah, Datuk Ismail jarang pulang untuk makan tengahari di rumah. Diyana dan Syahid lagilah karang. Masing-masing sudah ada rumah sendiri. Anak-anak wanita itu selalunya hanya pulang ke rumah itu dua atau tiga kali seminggu. Sebenarnya, menurut Datin Asiah, tiada yang tahu bahawa dia dijemput untuk makan tenghari di rumah itu. Syifa’ tersenyum sahaja. Lagipun, dia juga segan jika Syahid ada bersama.
Walaupun dia adalah tunang pemuda itu, sebenarnya mereka tidak pernah keluar bersama-sama berdua-duaan. Setakat ini, dia hanya kenal Syahid sebagai jirannya dan juga abang kepada rakan baiknya, Diyana.  Dia baru sahaja menjadi tunang lelaki itu tiga minggu yang lalu.
“Eefa dah ada idea nak buat majlis yang macam mana?”
Syifa’ memandang Datin Asiah. Bibirnya masih lagi mengukir senyuman.
“Tak tahu lagi, auntie,” balasnya jujur.
“Akak tak tengok ke dalam majalah-majalah pengantin?” soal Fajrini ataupun panggilan manja keluarganya, Nini, anak bongsu Datin Asiah itu.
“Tengok juga tapi banyak sangatlah pula. Tak tahu hendak pilih yang mana,” jawab Syifa’.
“Erm… Tak apa. Ambil masa untuk fikir baik-baik,” ujar Datin Asiah.
“Syah pernah cakap dengan auntie dia nak buat majlis macam mana?” soal Syifa’ pula sedikit teragak-agak. Sementelahan dia tidak pernah bercakap dengan pemuda itu tentang perkara tersebut, baik dia tanya pada bakal ibu mentuanya itu.
“Tak ada pula. Auntie pun tak pernah tanya dia.”
Syifa’ mengangguk sahaja.
“Akak tak nak buat majlis dalam taman?” terpacul cadangan itu daripada Nini. Syifa’ tersenyum membayangkan majlis dalam taman yang dinyatakan itu. Uish…
“Tak membazir ke, Nini?” soalnya kembali tanpa menjawab soalan Nini. Iyalah… kalau hendak membuat majlis dalam taman, mestilah perlu tempah taman dan tempah kerusi meja segala.
“Ala, kak. Sekali seumur hidup. Jangan risau, abang Syah tu banyak duit.” Selamba Nini menjawab. Syifa’ tersengih. Seorang senior arkitek seperti Syahid tentulah sudah banyak menabung sementara bujang.
Syifa’ bangun dari duduknya. Dia sudah siap memotong sayur-sayur. Bekas berisi potongan sayur itu dibawa ke sinki untuk dibasuh.
“Betul tu, Nini. Memang sekali seumur hidup tapi perlu ingat bahawa kita masih ada kehidupan selepas kahwin. Tak berbaloi rasanya kalau banyak duit dihabiskan untuk majlis yang hanya sehari. Mungkin kita boleh guna duit-duit tu untuk hal-hal kecemasan,” jawab Syifa’ pula, menyatakan pendapatnya. Semenjak dua ini, dia selalu terbaca artikel-artikel mengenai pembaziran dalam majlis perkahwinan.
“Apa pendapat ibu?” Nini bertanya pula pada Datin Asiah.
“Ibu rasa Kak Eefa kamu betul tapi pendapat Nini pun boleh diterima. Eefa, ibu tak kisah. Asalkan Eefa dengan Syah kahwin je dulu. Nikah tu yang wajib, kan.”
Syifa’ senyum lagi mendengar jawapan selamat daripada Datin Asiah itu. Memang betul. Nikah itu yang wajib tetapi dia juga tidak tahu lagi bilakah majlis nikahnya dengan Syahid itu. Sungguh mereka masih belum berbincang tentang perkara tersebut. Rasa seperti terlalu awal pula tetapi bukankah perkara baik seperti itu tidak patut ditangguh-tangguh? Erm… entahlah. Syahid tidak pernah menyentuh perkara tersebut, lalu dia juga mendiamkan diri.
“Kak Eefa!!!” satu suara kecil menjerit memanggilnya.
Syifa’ berpaling. Dia sudah kenal suara itu. Nampaknya Puan Maisarah sudah tiba dengan anaknya, Rina. Syifa’ segera mengeringkan tangannya dan bersalaman dengan Puan Maisarah. Kepala Rina yang sudah melekap dekat badannya itu diusap-usap.
“Rina sihat, sayang?” soalnya lembut kepada kanak-kanak perempuan itu. Sungguh, dia sayangkan anak saudara Datin Asiah itu. Mungkin kerana sebahagian daripada organnya berada di dalam tubuh Rina, jadi dia berasa dekat sekali dengan kanak-kanak itu. Rina sudah dianggapnya seperti adik yang dia tidak pernah ada.
“Sihat!” Ceria Rina menjawab.
“Daripada pagi tadi dia tak sabar-sabar nak jumpa Eefa.” Puan Maisarah mencelah. Syifa’ mengukir senyuman pada Puan Maisarah.
“Rindu akak ya?” soalnya kepada Rina lagi. Melihat kanak-kanak itu mengangguk, Syifa’ jadi terharu. Tulusnya kanak-kanak itu.
Selepas itu, tangannya ditarik oleh Rina keluar daripada ruang dapur. Syifa’ hanya mengikut sahaja, meninggalkan Puan Maisarah, Datin Asiah dan Nini di dapur. Dia senang melayan kanak-kanak. Rina sudah becok meminta dirinya menemani kanak-kanak itu menonton.
Tiba-tiba, pintu masuk rumah itu terbuka daripada luar. Syifa’ dan Rina yang hendak ke ruang menonton itu terhenti melangkah dan memandang gelaran yang membuka pintu itu.
“Abang Syah!” Rina ceria melambai kepada pemuda yang baru sahaja masuk itu. Syifa’ tercengang di situ seketika. Tidak tahu hendak buat apa. Manalah dia sangka Syahid akan pulang ke rumah itu pada waktu itu. Kelihatannya, pemuda itu juga sedikit terperanjat memandangnya.
Syifa’ memandang penampilan pemuda itu. Dengan baju kerja yang lengannya sudah dilipat dan tali leher yang yang sudah dilonggarkan, Syahid nampak sedikit tidak kemas. Dipandang wajah lelaki itu seketika. Lelaki itu nampak sungguh letih.
“Eh, abang! Tak kerja ke?” Suara Nini dari belakangnya menyebabkan Syifa’ memandang Nini sebelum memandang Syahid kembali. Nyata dia juga mempunyai persoalan yang sama. Syahid sudah masuk dan menutup pintu.
“Abang halfday hari ini. Rasa macam tak sihat.”
Syifa’ kaku lagi di situ. Dia membiarkan Rina ke ruang menonton sendirian. Memang suara Syahid kedengaran lemah sedikit. Terukkah sakit lelaki itu?  Tapi semua itu hanyalah pertanyaan di hatinya, tidak terluah di mulut.
“Oh. Kalau macam tu, abang naiklah berehat. Nanti Nini beritahu ibu abang balik.”
Lelaki itu mengangguk. Nini kembali ke dapur, memberitahu Datin Asiah kepulangan Syahid seperti yang dikatakannya tadi. Syifa’ memandang Syahid yang melangkah menghampirinya.
“Awak tak ada kelas hari ni?” soal lelaki itu dan Syifa’ hanya menggeleng sebagai jawapan.
“Okey. Saya naik dulu ya.”
Syifa’ mengangguk pula. Matanya memandang tubuh itu menghilang di tingkat atas. Kasihan pula dia melihat pemuda itu tetapi apa yang dia boleh buat? Tak ada apa-apa sebab dia masih belum ada apa-apa hubungan dengan lelaki itu. Tunang bukanlah satu hubungan yang menghalalkan segalanya dalam Islam.
“Syah dah naik, Eefa?” Datin Asiah yang tiba-tiba muncul di situ menyoal.
Syifa’ berpaling dan mengangguk. “Nampak macam letih sangat, auntie.”
“Demam kot. Semalam katanya dia berhujan sekejap dekat site. Biarlah auntie naik tengok dia dulu,” jelas Datin Asiah dan berlalu menaiki tangga. Syifa’ hanya memandang sehingga tubuh wanita itu hilang.
*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*+*
Bunyi pintu biliknya dibuka membuatkan Syahid terjaga. Dia membuka matanya yang berat. Apabila dia melihat ibunya sedang menghampiri katil, Syahid bangun daripada pembaringannya.
         “Syah dah okey?”
         Syahid mengukir senyuman buat ibunya. Selepas solat zohor tadi, dia terus tidur kerana kepalanya berdenyut sakit.
         “Alhamdulillah. Okey, ibu.”
         Datin Asiah mengangguk. Dulang berisi semangkuk bubur nasi diletakkan di atas meja sisi di tepi katil. “Ini bubur panas lagi. Makan. Daripada tadi tak makan, nanti dapat penyakit lain pula.”
         Syahid memandang jam dinding biliknya. Sudah hampir dua jam dia tidur rupanya. Dia memandang ibunya yang sudah duduk di birai katil.
         “Eefa dah balik, ibu?” soal Syahid. Dia tidak lupa bahawa dia terserempak dengan tunangnya itu sebelum dia naik ke biliknya tadi.
         “Dah. Ibu ajak dia makan tengahari saja. Dia ada perkara lain nak uruskan. Bubur ni, Eefa yang buat untuk kamu. Habiskan.”
         Syahid tersengih. Apa motif ibunya menyebut bahawa bubur nasi itu adalah air tangan si tuning, dia tidak tahu tetapi dia berasa sedikit bahagia kerana perkara itu menunjukkan bahawa gadis itu mengambil berat tentangnya walaupun tadi gadis itu hanya senyap dengannya.
         “Terima kasih, ibu,” ucap Syahid.
“Herm… kamu ni kerja kuat sangat. Sudah bertunang pun, perangai tak ubah. Cuba kurangkan sikit sikap kuat kerja kamu tu, Syah. Tadi, ibu berbual dengan Eefa. Nampak seperti kamu berdua tak bincang pun lagi tentang majlis perkahwinan kamu nanti. Macam mana ni, Syah? Dah lama kamu berdua bertunang. Bincang dengan Eefa bila nak langsungkan,” panjang Datin Asiah memberi nasihat.
Syahid ingin tergelak mendengar kata-kata ibunya. Tiga minggu, ibunya kata lama. Ada orang lain, bertunang bertahun-tahun. Dia dan Syifa’ baru mengikat tali pertunangan selama tiga minggu. Dengan kerjanya yang berlambak, dia tidak rasa tiga minggu adalah satu tempoh yang lama.
“Ibu bukan apa, Syah. Tunang ni bukan ikatan yang sah. Bertunang lama-lama, apa pula kata orang sekeliling,” sambung Datin Asiah lagi.
“Ibu, apanya orang hendak kata? Syah ni baru sekali keluar jumpa Eefa, itupun dengan Yana dan suami dia,” balas Syahid, sambil dia merasa bubur yang dibuat oleh Syifa’ itu. Sedap!
“Yalah tetapi apa yang kamu tunggunya? Kerja ada, rumah ada, kereta ada. Tak cukup lagi ke?” soal Datin Asiah.
Syahid terdiam. Betul juga kata ibunya. Sebenarnya, dia bukan menunggu apa pun. Cuma dia sibuk dengan kerja sehingga kadang-kadang terlupa untuk berbincang dengan Syifa’ tentang hubungan mereka. Hubungan dia dan Syifa’ bukanlah seperti orang lain. Dia dan gadis itu tidak pernah bercinta tetapi dia jatuh hati dengan Syifa’ kerana sifat-sifat yang dilihatnya daripada jauh sahaja.
“Herm… nanti Syah bincang dengan dia minggu ni, InsyaAllah,” ujar Syahid. Tiada salahnya meluangkan masa hujung minggunya demi hubungan mereka.
“Hah, jangan tak jadi pula. Bincang elok-elok dengan Eefa. Ibu rasa, elok buat majlis tu cepat-cepat.”
“Cepat bila tu, ibu?” soal Syahid kembali. Ibunya ini seperti sudah tidak sabar-sabar untuk menerima menantu baru.
“Seminggu dua daripada sekarang pun boleh,” jawab Datin Asiah, membuatkan Syahid tersedak. Cepat-cepat dia letak mangkuk itu dan mencapai air dalam gelas. Diteguknya tiga kali, sebelum memandang kembali ibunya.
“Apa, ibu? Seminggu?” soal Syahid, ingin mendapatkan kepastian.
“Apa masalahnya? Barang-barang semua ibu dah beli, cuma belum gubah sahaja. Eefa pun kata dia dah beli semua barang. Lagipun, barang-barang itu semua untuk majlis menyambut menantu. Kalau majlis nikah, perlu mas kahwin sahaja,” jawab Datin Asiah selamba.
Syahid terdiam.
“Ataupun, kamu nak ibu dengan abah yang pergi bincang dengan parents Eefa? Perkara baik, tak elok ditangguhkan, Syah,” sambung Datin Asiah lagi.
Syahid menarik nafas sebelum menghembus lembut.
“Nanti Syah tanya Eefa dulu. Kalau Eefa nak ibu dangan abah bincang dengan parents dia, Syah ikut sahaja.” Syahid membuat keputusan. Lagipun, betul kata ibunya. Apa yang dia tunggu lagi?
“Hah. Jangan menyesal pula nanti kalau ibu tetapkan tarikh cepat,” ugut Datin Asiah lembut.
Syahid tergelak, “Kalau itu yang ibu fikir baik, Syah tak kisah.”
Dia bahagia kalau ibubapanya bahagia. Tiada salahnya mngikut kata ibunya kalau tiada apa-apa mudarat kepada dirinya. Lagipun, Eefa adalah gadis pilihan hatinya sendiri. Memang niat di hatinya ketika merisik Syifa’ melalui datuk dan nenek gadis itu dahulu adalah untuk memperisterikan Syifa’. Jadi, apa yang perlu dia tunggu lagi?
-TAMAT-

ENJOY tak???
komen plis~ ^_^

sayang korang!

the NOVEL is published !

  20% diskaun di JS Adiwarna

5 komen:

-mizz yatie- berkata...

best...:)

sara berkata...

best...sambung lagi sikit...lagi best..

zequest berkata...

nak lagiiiii~~~~ heheh

Tanpa Nama berkata...

best sangat

Unknown berkata...

cik haliban :
make as a novel kayy

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©