COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 10 Mac 2012

See You Di IPT (CUD) -1-

.
Since IAPH stucked for a while, i'm posting a new CERPEN. :)


[1]Guru selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam persekolahan

Bangkit semangat keazaman

Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

Dengan segala kesungguhan

Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal warkahmu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku

Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman

Andai kau kembali ku temui

Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You D IPT




Husna menyuakan bekas minuman polisterin yang berisi air sirap itu ke mulutnya. Sirap merah itu perlahan-lahan diminum. Matanya meliar ke sekeliling, memerhati orang-orang di sekelilingnya yang memang nyata penuh dengan pelajar-pelajar yang berlainan warna uniform kerana mereka datang daripada sekolah berlainan.
         “Una.”
         “Apa?” Husna berpaling ke kanannya, memandang kawannya, Nuzha di sisi. Mereka sekarang sedang berehat-rehat, menunggu keputusan pertandingan daripada pengadil-pengadil. Mereka sekarang sedang berada di Maahad Sains Tahfiz Bachok yang menjadi tempat Pertandingan Debat Terbuka Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan peringkat akhir itu.
         “Tengoklah uniform budak tu. Smart saja.”
         Husna memandang jauh ke arah yang ditunjukkan oleh Nuzha. Entah siapa yang Nuzha tunjuk, dia tidak pasti sebenarnya kerana arah itu memang ramai pelajar. Ada pelajar lelaki, ada pelajar perempuan. Ada pelajar yang berkot, ada yang berblazer dan ada juga yang hanya beruniform biasa sahaja. Husna diam, tidak memberi komen.
         “Nampak tak budak lelaki tu?” soal Nuzha lagi.
         “Nuzha Amani, jaga pandangan anda ya,” terus Husna menegur sahabatnya itu dengan senyuman manis yang berupa sindiran. Nuzha terus tersengih-sengih mendengar tazkirah pendek kawannya itu.
Husna tersenyum sendiri. Dia dan Nuzha memang sudah biasa saling ingat-mengingati antara satu sama lain. Pada pendapat Husna, penampilan mereka sebagai seorang pelajar sekolah agama yang memakai tudung labuh, mereka perlu menjaga apa sahaja yang mereka lakukan kerana dia tidak mahu mereka mencemarkan identiti Muslimah yang yang lain. Bertudung labuh bukan bermakna dia alim tetapi dia juga sedang cuba untuk berubah. Bagi dirinya, dia menganggap perkara ini sebagai imtihan atau ujian.   
“Una, tadikan saya perasan awak macam terkejut sikit bila tengok sebelah pembangkang tadi. Mereka dari maahad lelaki, kan?”
Husna terdiam seketika.
“Ha’ah. Maahad lelaki,” jawab Husna pendek.
Maahad lelaki atau nama sebenar sekolah itu, Maahad Muhammadi Lelaki memang sentiasa menjadi pesaing sekolah mereka iaitu Maahad Muhammadi Perempuan. Walau apa pun, menjadi dua buah sekolah agama yang berjaya masuk ke peringkat akhir pertandingan debat di peringkat negeri itu sudahpun membanggakan mereka semua kerana berjaya mengalahkan sekolah-sekolah kebangsaan yang lain.
Dia teringat tiga orang pelajar lelaki yang menjadi pembangkang kepada tajuk yang disokongnya dan dua kawannya yang lain, ‘ISA; Antara Menjaga Keamanaan Dan Hak Asasi Individu’. Namun tadi, fokusnya hanyalah kepada seorang sahaja.
“Mula-mula, memang saya nampak awak kaku sekejap masa naik pentas tadi. Kenapa? Awak kenal ke budak-budak tu?” soal Nuzha lagi yang hanya menjadi penonton dan penyokong sekolah mereka pada hari itu.
“Herm… tak adalah. Saya gementar kot tadi,” jawab Husna perlahan, langsung tidak menjawab soalan terakhir sahabatnya itu. Sebenarnya, memang dia tidak kenal pelajar-pelajar daripada Maahad Muhammadi Lelaki tadi. Sejak bila pula dia berkenal-kenalan dengan pelajar lelaki, sementelahan pelajar daripada sekolah lain? Adik-beradik bukan, sepupu pun bukan.
“Tu hah mereka,” ujar Nuzha seraya menyiku badan Husna perlahan. Husna memandang ke arah itu. Sesaat, dua saat, tiga saat. Sudah, dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. Iyalah, mana boleh pandang orang bukan mahram lama-lama. Dalam Islam, pandangan pertama dibenarkan, pandangan kedua sudah ada campur tangan syaitan! Memang dia hanya memandang sekali, tetapi pandang lama-lama juga tidak dibenarkan, ya.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; …” 
(Surah An-Nur 24:31)

         “Awak yakin kita akan menang?” timbul persoalan itu pula daripada Nuzha.
         Husna menyuakan senyuman. Sebetulnya, Nuzha tersalah orang untuk bertanya soalan tersebut. Dia tidak boleh menjawab soalan itu. Sebagai salah seorang pendebat yang bertanding di peringkat akhir ini, dia memang berharap untuk menang kerana dia sudah melakukan sehabis baik. Walau bagaimanapun, dia juga tidak pasti kerana dia dapat merasakan bahawa pasukan lawan mereka tadi, Maahad Muhammadi Lelaki juga adalah pasukan pendebat yang hebat, mungkin lebih hebat daripada mereka!
“Awak rasa?” Husna menyoal Nuzha kembali.

= = = = = 

Jadi ? ? ? ?
komen plis~
sayang korang! =D





[1] See You Di IPT- UNIC

2 komen:

cinderaliah berkata...

Quite intresting. Saya suka lagu See You Di IPT ni~

Natasha berkata...

saya suke sajak tu~~~~ianya akan dijadikan sbgai ingatan~

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©