COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Jumaat, 1 Julai 2011

Mahkota Iman [cerpen]

.
MI ni KHAS untuk kawan-kawan yang ada abang ipar, adik ipar lelaki, adik ipar perempuan, kakak ipar... dan lain-lain.
.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(Surah An-Nur 24:31)


Setelah berpuas hati dengan penampilan yang kemas, Naurah melangkah keluar daripada bilik pengantin baru tersebut. Rasanya, pemakaiannya dengan t-shirt lengan panjang dan seluar track panjang sudah cukup sopan jika dia berada di rumah mentuanya. Dia tidak perlu memakai tudung kerana suaminya, Faqih tidak mempunyai adik-beradik lelaki. Hanya lelaki itu sahaja lelaki sulung dan tunggal dalam keluarga itu. Maka, rambutnya bukanlah aurat di rumah tersebut kerana adik-adik iparnya masing belum berkahwin.
         Lain pula halnya jika Faqih berada di rumah keluarganya kelak. Dia adalah anak perempuan yang keempat. Dia mempunyai seorang kakak ipar dan dua orang kakak kandung. Mereka perlu menutup aurat mereka jika Faqih berada di rumah itu kerana Faqih dan kakak-kakaknya adalah bukan mahram walaupun Faqih adalah adik ipar mereka.
         Dia melangkah ke arah ruang tamu yang juga ruang menonton televisyen. Kata Faqih sebelum lelaki itu keluar bilik tadi, malam-malam begini keluarga mereka selalu bersantai di situ. Dia baru beberapa hari masuk ke dalam keluarga tersebut dan baru malam itu dia boleh bersama-sama keluarga suaminya itu.
         Dilihatnya di ruang tamu itu, dua adik perempuan Faqih sedang berbaring di atas karpet, menghadap televisyen yang sedang menyiarkan drama Melayu. Bapa mentuanya sedang menghadap komputer riba. Sebagai seorang guru besar, Naurah pasti bapa mentuanya itu mempunyai banyak kerja. Ibu mentuanya pula sedang menjahit, langsir mungkin. Si suami pula duduk di sisi ibunya tetapi menonton televisyen.
         “Hah, Kak Long. Kenapa berdiri di situ? Duduklah,” tegur ibu mentuanya yang mula-mula menyedari kehadirannya itu dengan ramah. Saat itu, semua yang lain berpaling ke arahnya juga. Naurah mengukir senyuman kepada mereka semua. Memandangkan Faqih digelar Along, maka dia pula digelar Kak Long.
         “Kak Long nak buat air. Ada sesiapa nak air?”
         “Buatkan kopi susu sahajalah, Kak Long. Ayah ni selalu minum kopi susu kambing tu malam-malam macam ni,” jawab ibu mentuanya. Naurah mengangguk sahaja.
         “Angah nak ice-blended coklat, Kak Long,” ujar adik perempuan Faqih yang berusia dua puluh tahun itu. Wajah gadis itu yang keanak-anakan itu akan menyebabkan orang menyangka bahawa gadis itu masih bersekolah menengah.
         “Achik nak fresh orange, boleh Kak Long?” Tanya adik iparnya yang berusia lima belas tahun itu pula.
         Belum sempat Naurah menjawab, Faqih sudah memotong.
         “Amboi, angah, achik. Ingat Kak Long tu pelayan restoran ke apa? Demand ya.”
         Naurah tersengih. Sebenarnya, dia okey sahaja dengan permintaan adik-adik iparnya itu. Bukanlah susah sangat untuk mengisar ais bercamput serbuk coklat dan mengambil fresh orange dari peti sejuk. Dilihatnya Kak Ngah dan Kak Chik sudah memunjung tidak puas hati ke arah Abang Long mereka itu.
         “Dah Kak Long tanya. Kan, akak?” balas Angah dan memandang ke arahnya.
         Naurah mengangguk sahaja dengan sengihannya. “Kak Long tak kisah. Abang nak air apa?” Naurah memandang pemuda yang baru sahaja menjadi suaminya itu. Dia suka memandang wajah itu. Wajah yang putih bersih tanpa sebarang jerawat, ditambah pula dengan cermin mata tanpa bingkai itu, pemuda itu nampak kacak. Amboi, Naurah!
         “Abang teman sayang. Jom,” jawab lelaki itu serta bangun menghampirinya. Naurah menunduk seketika apabila mendengar panggilan mesra daripada bibir Faqih itu. Dia masih belum dapat menyesuaikan diri dengan panggilan baru itu. Malu! Mana pernah lelaki bukan mahram memanggilnya begitu selain suaminya itu.
         “Amboi, Along. Tak nak berenggang langsung!” lantang suara Angah kedengaran mengusik mereka apabila dia mengikut Faqih menuju ke dapur. Kemudiannya, terkekeh-kekeh Angah dan Achik ketawa.
         “Sibuklah korang!” jerit Faqih kembali, membalas usikan adik perempuannya. Naurah tersenyum dan menggeleng sendiri. Nasib baiklah Angah dan Achik sudah tidak dapat melihatnya, kalau tidak tentu mereka perasan wajahnya yang malu dengan usikan mereka itu. Maklumlah, dia dan Faqih baru beberapa hari dinikahkan. Hakikatnya, hari pernikahan mereka adalah kali pertama mereka bertemu.
         Naurah segera membuat minuman, diperhatikan oleh suaminya yang hanya duduk di meja makan yang tersedia di ruang dapur yang besar itu.
         “Sayang okey?” soal Faqih.
         Naurah berhenti mengacau air dan menoleh ke arah suaminya dengan perasaan hairan.
         “Okey saja. Kenapa?” soal Naurah kembali.
         “Takut sayang tak selesa,” jawab Faqih pendek.
         Naurah tersenyum dan menggeleng. Dia kembali menyambung kerjanya.
“Naurah masih sedang menyesuaikan diri, abang. Biasalah tapi Naurah suka keluarga abang. Mesra.” Diukirkan senyuman ikhlas buat si suami. Dulang berisi gelas-gelas itu diangkat dan dia melangkah keluar dari ruang dapur itu diikuti oleh Faqih.
“Terima kasih, Kak Long.” Serentak Angah dan Achik berkata apabila dia menghulurkan minuman mereka. Naurah tersenyum dan mengangguk sahaja sebelum dia mengambil tempat berhampiran adik-adik iparnya di karpet bawah itu.


1 komen:

iniakuyangpunyahati berkata...

info yang mungkin segelintir yang terlupa barangkali.. tq haliban.. ~sedang memperbaiki diri juga~~

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©