COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 12 Mac 2012

CUD iii

Husna melambai ke arah sahabat baiknya apabila dia melihat tubuh gadis itu memasuki kawasan blok asrama yang dihuninya. Dia tersenyum lebar sambil memerhati Nuzha yang semakin mendekat dengannya.
            “Una…” Badannya dipeluk kuat setelah ucapan salam. Husna tersengih sendiri dan memeluk sahabatnya kembali.
            “Awak datang seorang diri ke?” Soal Husna apabila pelukan dilepaskan. Kali ini, Nuzha pula yang bertandang ke tempat dia melanjutkan pelajaran itu.
            “Tak. Dengan sepupu-sepupu saya tu. Dia orang beria-ria nak ikut bila saya beritahu saya nak datang ke sini,” jawab Nuzha.
            Husna mengangguk dan menarik tangan sahabatnya menuju ke biliknya yang hanya terletak di tingkat bawah itu. “And then, diaorang kat mana sekarang?”
            “Erm… diaorang pergi cari makanan. Saya turun kat depan tu je tadi.”
            “Oh… dia orang pergi kafe kot. Pukul berapa awak balik sana nanti?”
            “Janji dengan diaorang tadi, lepas asar.”
            Husna mengangguk-angguk. Dia duduk di sebelah Nuzha setelah sahabatnya itu duduk di atas katilnya. Dia ditempatkan empat orang sebilik di asrama ini dan ketika itu, teman-teman sebiliknya yang lain tiada.
            “Hah, awak cakap ada sesuatu yang awak hendak beritahu saya face-to-face, sampai tak boleh cakap melalui telefon. Apa dia?”
            Mata Husna membulat apabila teringatkan hal tersebut. Takkanlah… “Jangan cakap awak datang ke sini semata-mata kerana itu?” soal Husna. Jauh kot tempat mereka belajar. Nuzha belajar di Selangor. Dia belajar di Melaka. Takkanlah Nuzha sanggup datang ke Melaka semata-mata kerana perkara tersebut?
            “Iyalah… Sudah awak cakap benda tu kena cakap depan-depan dengan saya, saya datanglah sini. Jauh tau…naik kereta berjam-jam.” Nuzha membuat muka simpati.
Husna tersenyum geli hati walaupun, sebenarnya dia berasa sedikit bersalah. Perkara itu bukanlah penting sangat cuma dia berasa dia perlu memberitahu Nuzha perkara tersebut kerana Nuzha adalah sahabat baiknya tetapi dia tidak tahu bagaimana ingin berterus terang terhadap gadis tersebut.
“Saya ingat awak datang nak jalan-jalan sahaja…” ujar Husna
“Itu memang salah satu sebab tapi sebab utama mestilah sebab sahabat saya ni ada kat sini,” balas Nuzha dengan senyuman manis.
Husna membalas senyuman gadis itu. Terasa dirinya dihargai sebagai sahabat apabila Nuzha sanggup datang ke sini kerananya. Husna memeluk gadis itu seketika.
“Safa’ Husna, I’m waiting…”ujar Nuzha. Husna tersenyum. Nampaknya Nuzha sudah tidak sabar. Husna menghela nafas sebelum bertentang mata dengan sahabatnya itu.
“Sebenarnya, minggu lepas ada orang risik saya,” perlahan-lahan Husna memberitahu, sambil matanya memerhati reaksi Nuzha di hadapannya itu. Mata gadis itu membesar sebelum bibirnya mengukir senyuman.
“Siapa?” soal Nuzha sepatah dengan senyuman lebar di bibirnya.
“Siapa apa?” Husna mengembalikan soalan tersebut. Adakah Nuzha bertanya siapa jejaki tersebut ataupun siapa yang merisiknya bagi pihak jejaka itu?
            “Siapa yang risik awak?”
            “Lecturer saya.”
            “Hah! Lecturer awak tu umur berapa? Muda lagi ke?”
            Husna terpinga-pinga mendengar soalan Nuzha. Dia tersengih apabila menyedari bahawa gadis itu sudah salah faham dengan jawapannya ataupun dia sendiri yang salah faham dengan soalan Nuzha tadi.
            “Nuzha sayang, pensyarah saya tu perempuan. Nama dia Dr. Munirah dan dia risik saya untuk anak saudara dialah,” jawab Husna. Geli hati dia melihat reaksi sahabatnya yang sudah kelihatan tenang itu.
            “Ooohhh… Awak kenal ke anak saudara dia tu?”
            Husna menggeleng kepala. Dia sebenarnya sudah dapat mengagak soalan-soalan yang akan dilemparkan kepadanya, jadi dia sudah bersedia.
            “Jadi, awak terima risikan tu?” Tanya Nuzha, soalan yang paling penting.
            Husna berbalas pandang dengan Nuzha seketika sebelum dia mengangguk perlahan-lahan. Serentak itu, Nuzha memeluknya.
            “Tahniah. Tak sangka, sahabat saya sudah hendak kahwin. Cemburunya saya.”
            Husna terdiam apabila mendengar bahawa sahabatnya cemburu dengannya.
            “Awak…” panggill Husna. Dia serba-salah, tidak tahu apa yang ingin dikatakan dan Nuzha memintasnya terlebih dahulu.
            “Dah. Dah. Saya bergurau sahajalah. Mungkin melalui keadaan awak ini, Allah nak tunjuk sesuatu pada saya, nak suruh saya mula buat checklist untuk persediaan melangkah ke gerbang perkahwinan walaupun sekarang ni belum nampak lagi bayangnya. Lagipun, sekarang saya kena menghargai masa saya masih bersendirian ni. Apabila dah berdua, sudah tak boleh selalu keluar dengan dengan kawan Semuanya kena buat dengan suami,” ujar Nuzha panjang lebar.
Husna tersenyum manis. Dia senang hati apabila sahabatnya itu rational, “Betul apa yang awak cakap tu. Dulu, saya juga selalu Nampak couple yang sudah kahwin. Memanglah kita nampak bahagianya pasangan yang dah kahwin itu. Jalan boleh pegang-pegang tangan, boleh nak bermanja-manja pun tapi itu tang manisnya. Tang pahitnya? Kalau dulu, keluar rumah tak perlu minta izin suami, tak perlu nak bagitahu sapa-sapa. Ini apabila sudah berdua, tak boleh nak ikut rasa sendiri. kena berbincang, kena saling memahami, kena saling berlapang dada.”
Dilihatnya, Nuzha mengangguk setuju dengannya.
            “Saya cuma hendak tanya satu soalan sahaja,” sambung Nuzha apabila dia melepaskan pelukannya. Husna mengangguk, tanda dia bersedia.
            “Awak buat keputusan ini lepas solat istikharah dan berbincang ibubapa awak, kan?”
            Husna mengangguk, “Saya memohon petunjuk Allah setiap hari dan hati saya cenderung ke arah ini. Alhamdulillah, ibubapa saya pun tidak membantah.”
            “Alhamdulillah. Jadi, bila majlisnya?”
            “Tak tahu lagi. Sebenarnya, saya baru sahaja beri jawapan saya pada Dr. Munirah semalam. Katanya, mungkin mereka akan ziarah ibubapa saya dalam beberapa hari lagi. Masa tu, baru mereka akan berbincang tentang majlis tersebut,” jelas Husna tentang perancangan Dr. Munirah.
            “Semoga awak bahagia. Saya gembira bagi pihak awak.” Sekali lagi dia dipeluk. Husna membalas dengan senyuman.
+ + + + +
Dia menolak pintu masuk Kafe Selera No. 4 dan melangkah masuk diikuti oleh Nuzha. Kata Nuzha selepas menelefon sepupunya, mereka berada di kafe tersebut. Jadi, Husna membawa Nuzha ke situ kerana Nuzha tidak tahu kedudukan kafe tersebut.
            “Ada ke sepupu awak?” soal Husna. Dilihatnya, Nuzha masih memandag sekeliling, mencari kelibat sepupu-sepupunya.
            “Haaa… Kat sana tu. Jom.”
            Tangannya ditarik gadis itu ke satu arah. Husna menurut sahaja.Sesekali matanya memandang insan-insan yang sedang menjamu selera di kafe tersebut. Mana tahu kalau-kalau ada orang yang dikenalinya, bolehlah dia menegur.
            Mereka berhenti di satu meja yang dihuni oleh seorang gadis. Husna mengukir senyuman dan bersalam dengan adik sepupu Nuzha itu. Kemudian, dia mengerling meja di sebelah. Ada dua orang pemuda. Dilihatnya Nuzha berbual dengan salah seorang pemuda. Sepupu lelakinya barangkali. Dan dia? Dia terkaku seketika apabila melihat wajah pemuda yang duduk bertentangan dengan sepupu lelaki Nuzha itu. Walaubagaimanapun, dia pantas melarikan pandangannya.
            Jantungnya tiba-tiba berdegup lebih laju daripada biasa. Sungguh dia tidak kenal pemuda itu tetapi entah kenapa… dia berasa dia pernah melihat wajah pemuda itu. Mengapakah pemuda itu ada di situ? Adakah sahabatnya Nuzha mengenali pemuda itu?
            “Una.”
            Huh? Husna berkalih, memandang Nuzha.         
            “Jom beli makanan,” ajak gadis itu.
Husna mengangguk dan mengikut sahabatnya itu daripada belakang. Dia dilema. Dia berasa ingin bertanya pada Nuzha tentang pemuda tadi tetapi hatinya membantah. Tiada sebab untuk dia tahu siapa pemuda itu dan tiada sebab untuk dia mengenali pemuda itu.
“Una.”
“Ya?”
“Yang dengan sepupu aku tadi tu sebenarnya kawan dia. Kitaorang datang sekali tadi,” jelas Nuzha tanpa dipinta.
            “Datang sekali?”
            “Ha’ah. Kitaorang naik satu kereta saja. Dia pun datang sini hendak jumpa ibu saudara dia. Jadi, sepupu aku yang lelaki tu cadang dia datang sekali dengan kami.”
            Husna mengangguk, menerima maklumat tersebut. Dia tidak bertanya lebih lanjut. Apa pula kata sahabatnya itu nanti? Selebihnya, dia malu dengan diri sendiri.
            “Awak ingat tak dia? Dia budak Maahad Lelaki. Kita pernah jumpa dia dulu,” sambung Nuzha ketika sedang memilih-milih lauk-pauk.
            Husna menggeleng. Memang dia berasa seperti pernah lihat wajah itu, tetapi dia lupa di mana.
            “Ketika pertandingan debat awak semasa sekolah dahulu.” Nusza memberitahu apabila Husna tidak menjawab.
            Husna memandang wajah sahabatnya.
            “Serius awak ingat muka-muka yang kita jumpa masa sekolah dulu?” soal Husna sedikit kagum. Nuzha pula ketawa.
            “Tak adalah. Dia yang beritahu,” jawab Nuzha.
            Ooohhh… nampaknya tajam sungguh ingatan pemuda tersebut.
            “Pertandingan debat peringkat negeri, takkan awak lupa. Awakkan yang wakil sekolah kita dulu.” Nuzha cuba lagi untuk mengingatkan Husna.
            Minda Husna menerawang seketika. Debat peringkat negeri… Maahad Lelaki…
Haaa… dia sudah ingat pemuda tersebut tetapi dia lupa nama. Walaubagaimanapun, dia tidak suarakan perkara itu kepada Nuzha. Biarlah.

komen plis~ 


special thanks to cik Nadzipah for some dialogue in this entry. =)

2 komen:

cactaceous opuntia berkata...

hoho...kwn sepupu nuzha ke laki tu...ngehngeh

Nadzipah berkata...

tak sabarnya nak tunggu CUD IV. hee...

i'm touched. anyway, thanks to you too. :))

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©