COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 6 September 2011

IAPH -18-

sebelum ni episod 10, ini episod 18. y?
cerita ni sebenarnya dah habis di blog dulu.
Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me thru my fb. ^____^
 episod untold & specials, boleh klik links di bahagian IAPH kat tepi kanan tu lah ya. :)
Tangan kanannya memasukkan cebisan terakhir roti yang dijamahnya ke dalam mulut. Sebelah lagi tangannya bermain di skrin iPad yang terletak elok di atas meja, membaca berita-berita terkini secara atas talian. Hadif mengangkat muka sambil mengunyah. Nasruddin yang sedang menjamu mee bandung di hadapannya itu dipandang sekilas sebelum dia memandang sekeliling.
            Pada hari pertama selepas cuti tengah semester ini, kafe kelihatan sangat penuh. Setiap meja penuh dengan pelajar kecuali meja yang didudukinya sekarang ini. Meja yang boleh memuatkan enam orang itu hanya dipenuhi oleh dia dan Nasruddin. Bukannya dia menghalang orang lain duduk di situ tetapi memang tiada yang berani duduk semeja dengannya kecualilah sahabatnya itu. Dia tidaklah garang tetapi dia memang sentiasa dengan wajah serius. Mungkin sebab itulah, tiada yang berani mendekatinya dan dia sendiri tidak kisah jika pelajar-pelajar di situ menganggap dia sombong.
“Nak rasa?”
Soalan daripada Nasruddin membuatkan dia memandang pemuda itu dengan kening terangkat. Gaya Nasruddin yang mengangkat sudu ke arahnya sedikit itu membuatkan dia tersenyum nipis.
“Nak suap aku ke?” soal Hadif balik, dengan sebelah keningnya terangkat.
“Gila. Nanti orang cakap aku tut tut,” balas Nasruddin selamba. Hadif ketawa
mendengar jawapan sahabatnya. Dia faham. Tentulah orang sekeliling akan memandang mereka pelik jika lelaki menyuap lelaki. Jangan kata orang lain, dia sendiri pun akan geli. Dia lelaki sejati, okey.
            “Kalau nak, suap sendiri,” sambung Nasruddin lagi. Hadif hanya menggeleng.
            “Tak apa. Makan sajalah,” jawab Hadif. Dia mencapai pula salah sebuah fail yang terletak di tepi iPadnya. Sebenarnya, fail tersebut tidak sepatutnya dibawa ke kolej. Dia baru sedar bahawa fail tersebut berada dengannya semasa kelas pertamanya pagi tadi. Sama ada Muslim tersalah letak fail tersebut bersama buku-bukunya ataupun dia yang tersalah ambil fail tersebut.
            “Makan roti saja? Kelas kita banyak lagi lepas ni.” Nasruddin menyoalnya.
            “Tak ada seleralah nak makan benda berat.”
            “Kenapa? Kau ada masalah?”
            “Aku memang banyak masalah. Kau tak payah tanyalah,” jawab Hadif selamba. Betul, sebagai seorang putera mahkota, memang banyak perkara yang dibentangkan kepadanya. Salah satunya adalah majlis menyambut Ratu Mar Hoseki yang akan diadakan beberapa hari lagi. Entah mengapa, dia memang tidak sedap hati dengan kehadiran Ratu Mar Hoseki itu. Sebelum ini, tiada pula dia berasa begini.
Untuk mengalihkan fikirannya daripada perkara itu untuk seketika, Hadif membuka fail berwarna biru tua itu. Matanya perlahan-lahan membaca satu-persatu perkataan yang tertera untuk kali kedua. Pagi tadi, dia hanya sempat baca selayang sahaja isi kandungan fail tersebut.
            “Errr… Tengku.” Suara lembut yang nyata bukan milik Nasruddin itu membuatkan dia mengangkat wajah, memandang sumber suara tersebut. Apabila matanya terbias tubuh seorang gadis, spontan tangannya menutup fail yang dibacanya tadi. Intan Hazwani! Hadif sedikit terperanjat sebenarnya, tetapi dia cepat-cepat membuat muka biasa saja.
Sekilas dia menganalisa pemakaian gadis tersebut. Berbaju kurung ungu muda berbunga putih kecil dan tudung berwarna putih. Wajah gadis itu nyata tidak langsung memakai sebarang mekap. Ringkas sungguh insan yang bernama Intan Hazwani itu.
            “Ya?” sahut Hadif dengan nada menyoal. Dia dan Nasruddin memandang gadis yang sedang memegang satu dulang berisi pinggan makanan. Hadif baru perasan, ada seorang lagi gadis lain di sisi gadis itu.
            “Boleh kami duduk hujung sini? Meja lain dah penuh,” sopan Intan Hazwani meminta kebenaran. Hadif berpandangan dengan Nasruddin seketika. Ajaib! Ada orang yang berani duduk semeja dengan mereka buat pertama kalinya sejak mereka di kolej itu sejak beberapa tahun yang lalu. Sebenarnya, mereka jarang makan di kafe. Memang ada kemungkinanlah jika itu adalah pertama kali.
            “Sure.” Hadif membalas pendek apabila Nasruddin hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak kisah. Dia memandang seketika dua orang gadis itu. Mereka berdua duduk bertentangan di hujung meja, seperti dia dan Nasruddin di hujung meja sebelah lagi itu.
Kemudiannya, dia kembali menghadap iPadnya. Mana mungkin dia sambung membaca fail tadi sedangkan fail tersebut adalah fail tentang biodata peribadi orang yang bernama Intan Hazwani! Dalam hatinya, Hadif berharap gadis itu tidak tahu bahawa dia ada maklumat peribadinya. Mana ada orang gembira jika orang lain ada maklumat-maklumat peribadi diri. Lainlah dia. Sebagai seorang putera mahkota, memang kebanyakan maklumatnya terdedah kepada umum.
Telinganya menangkap sedikit sebanyak perbualan dua orang gadis yang duduk selang satu kerusi daripadanya dan Nasruddin itu.
“Awak dah jumpa kad kolej awak?”
“Belum. Nanti lepas ni saya nak cari dekat taman pula,” Intan Hazwani menjawab.
“Saya teman awak ya,” balas kawan Intan Hazwani itu.
“Okey. Terima kasih tau.”
Hadif baru teringat. Kad kolej gadis itu, ada dengannya. Malah, memang ada dengannya sekarang. Kad yang dijumpainya sebelum cuti semester tempoh hari membuatkan dia menyimpan kad kolej gadis itu sehingga cuti tamat dan hari ini dia sudah bertemu dengan tuan punya kad kolej tersebut.
“Aku dah siap. Jom.”
Hadif memandang Nasruddin yang sudah mula bangun. Pantas dia mencapai kad kolej milik Intan Hazwani yang berada dalam salah sebuah fail yang berada dengannya.  Dia turut berdiri dan berpaling ke arah dua orang gadis yang semeja dengannya itu. Nasruddin hanya memerhati.
“Intan Hazwani,” panggil Hadif. Dia melihat kedua-dua orang gadis itu menoleh. Lalu, dia menghulurkan kad kolej di tangannya itu.
“Eh… Macam mana…” Tidak sempurna ayat yang ingin diucap oleh gadis itu. Terkejut barangkali melihat barang kepunyaannya berada di tangan seorang putera mahkota.
“Saya terjumpa,” pintas Hadif.
Intan Hazwani yang terkedu itu hanya mengangguk dan mencapai.
“Terima kasih, tengku.”
Hadif hanya mengangguk dan berpaling serta berlalu dengan barang-barangnya, diikuti oleh Nasruddin. Setelah mereka meninggalkan kawasan kafe, Nasruddin terus bertanya.
“Kenapa aku tak tahu kau ada kad budak perempuan tu?” soal Nasruddin.
“Aku terjumpa,” ujar Hadif, memberi jawapan yang sama. Dia malas hendak bercerita tentang hal yang sudah berlalu beberapa hari yang lalu itu.
“Ya ke?” Nasruddin bertanya dengan nada tidak percaya.
“Iyalah. Takkanlah aku nak ambil sesuka hati aku pula,” balas Hadif.
“Manalah aku tahu. Kot-kot kau tersangkat dengan budak tu, kau ambil kad dia supaya kau boleh bertemu dengan dia lagi.” Panjang pula dugaan sahabatnya itu.
Hadif tersengih sedikit. “Tunduhan melulu?” soal Hadif kembali, sebagai seorang pelajar undang-undang.
“Bukan tuduhan. Anggapan sahaja.”
“Yang tak boleh dibuktikan,kan?” Hadif menyambung ayat Nasruddin yang tidak sempurna itu.
“Lagipun, aku tak nak kacau tunang orang,” sambung Hadif lagi sebelum kawannya itu sempat berkata apa-apa.
“Ohhh… dah bertunang ya budak tu. Eh… mana kau tahu?”
Hadif diam tidak menjawab. Manalah dia tidak tahu, itu sudah tertulis dan fail yang mengandungi maklumat peribadi Intan Hazwani itu. Status gadis itu adalah ‘Bertunang’. Teringat pula seorang lagi gadis yang dikenalinya yang juga sudah menjadi tunang orang, Nurin. Benar, anak gabenor Juwana itu juga sudah bertunang.
00000-------------00000
cuba teka apa akan jadi?
Jangan lupa komen tau!  ^_^ 

3 komen:

auni shahira berkata...

waaa....tak mau intan,..nak nurin jugak.....mintak2 laa hadif yg tunang ngn nurin nie...hehehe

cactaceous opuntia berkata...

alamak...takkan hadif tunang ngn dua org?ke ....dua2 pn bukan tunang hadif ni...aish...sudah...ade heroin len ke

Purple Lover berkata...

Ala, cik haliban, kenapa dua dua dah bertunang?? Kesian Hadif... Ingatkan Intan tu untuk Hadif~

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©