COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 23 Ogos 2011

IAPH -8-

by ~putrazmi91

Dari anjung di tingkat dua itu, Airi yang sedang mengambil makanan di meja buffet hanya memandang anakanda bongsunya, Hariz yang berkejar-kejaran sepupu-sepupu mereka yang masih kecil. Bersantai bersama kaum kerabat dan sanak-saudara memang menyeronokkan. Apatah lagi jika lokasi mereka semua adalah rumah banglo tiga tingkat yang terletak di tepi pantai. Rumah ini adalah rumah keluarga adinda iparnya, Tengku Syifa’ul Asrar.
Minggu yang lalu, adindanya itu mengajak mereka sekeluarga untuk makan bersama-sama. Dia dan suami yang sudah lama tidak bertemu dan tentunya merindui adinda-adinda mereka itu telah melapangkan masa pada hari minggu ini walaupun mereka berdua sebenarnya sibuk. Hari ini, bukan sahaja keluarga Tengku Fateh Abqari yang turut serta, malah turut ada keluarga sepupunya yang datang dari Darwish, Tengku Muhammad Afiq dan isterinya, Iman.
Airi kembali ke meja makan di mana dia duduk bersama-sama Asrar, Iman dan isteri Fateh, Ema yang sedang memegang bayi kecilnya. Meja sebelah pula menempatkan empat orang lelaki yang masing-masing suami mereka berempat. Entah masalah apa yang mereka bincangkan, nampak bersungguh-sungguh pula. Airi menggeleng sendirian. Harapnya mereka tidak bercakap tentang masalah-masalah kerja masing-masing. Lagipun, bukankah mereka semua dtaang ke sini untuk berehat dan bersantai.
Dari tempat duduknya itu, dia boleh melihat meja di tingkat bawah yang menempatkan anakanda-anakandanya. Hadif, Hafawati dan Huda sedang berbual dengan sepupu-sepupu mereka yang sudah dewasa itu. Di meja yang berdekatan pula, dia melihat Hafeeza dan Hadiya sedang kecoh dengan sepupu-sepupu yang sebaya dengan mereka.
“Angah.”
Airi berpaling, memandang Asrar yang memanggilnya itu. “Apa, Achik?”
“Bila nak khatankan Haris?”
Airi terdiam seketika. Dia tidak sangka adindanya itu akan bertanya soalan tersebut. Hairan juga dia.
“Kenapa tiba-tiba tanya hal ni?” soal Airi. Dia melihat wanita itu menjungkitkan bahu.
“Sajalah. Lagipun, Hariz tu bukan dan berumur sepuluh tahun ke? Dia masih tinggal di kediaman sama dengan Feeza dan Diya ke?”
Airi senyum. Memang betul, Hafeeza, Hadiya dan Hariz tinggal di bawah satu bumbung kediaman sahaja sedangkan Hadif, Hafawati dan Huda masing-masing ada kediaman sendiri. Bukan dia dan suaminya pilih kasih tetapi memang Hafeeza dan Hadiya memilih untuk tinggal bersama. Hariz pula akan tinggal di situ sementara waktu tetapi kebelakangan ini dia dan suami memang sedang berbincang untuk membiarkan Hariz tinggal di kediaman sendiri pula.
“Ha’ah. Tapi kadang-kadang dia masih tidur di Iris juga,” jawab Airi. Kediaman Iris adalah kediamannya dan suami sejak dahulu lagi.
“Hariz belum berkhatan ke?” soal Iman, mengulangi soalan Asrar tadi.
Airi senyum lagi. “Hariz dah lama dikhatankan. Masa dia masih bayi lagi.”
“Hah?” Kelihatannya Ema, Iman dan Asrar terkejut mendengar berita itu.
“Boleh ke khatan masa bayi? Tak bahaya ke?” soal Iman. Agaknya, dia tak pernah dengar bayi dikhatankan.
“Bukankah salah satu tujuan berkhatan itu adalah untuk menyihatkan badan. Mana mungkin berkhatan itu membahayakan. Lagipun, mengkhatankan bayi itu sebenarnya sunnah Nabi Muhammad. Dalam hadis riwayat al-Baihaqi, daripada Jabir r.a, bahawa Rasulullah SAW telah mengaqiqahkan untuk Al-Hasan dan Al-Husain, serta mengkhatankannya pada hari ketujuh[1],” jelas Airi panjang lebar, membetulkan tanggapan mereka.
“La… macam tu ke? Selama ni Iman ingat kena tunggu budak-budak ni besar dahulu,” ujar Iman.
“Ema pun ingat macam tu,” sampuk Ema pula. Asrar di sebelahnya pula mengangguk beberapa kali. Nampaknya hari ini mereka belajar sesuatu yang baru.
Airi berpaling pada Iman. “Iman berapa hari kat sini?” soal Airi. Almaklumlah, bukan sednag hendak bertemu dengan keluarga diraja Darwish itu. Setahun, mungkin hanya dua tau tiga kali mereka semua bertemu jika terdapat acara-acara khusus.
“Sehari dua lagi rasanya. Anakanda-anakanda tu pujuk kami untuk singgah lama sedikit tapi Kak Airi tahu sahajalah Danish tu, tegas bukan main dengan anakandanya semua tu,” jawab Iman. Airi tersenyum, dia mengerti. Danish itu bukannya orang biasa, sama sahaja dengan suaminya itu. Mereka mempunyai tanggungjawab besar terhadap negara masing-masing.
“Nak tinggal dalam istana?” soal Airi lagi, memandangnya keluarga Darwish itu baru sahaja sampai ke Zamora pada hari ini dan terus ke banglo ini. Dia masih belum tahu mereka hendak menginap di mana. Kalaulah mereka ke sini atas urusan negara, mereka dikira sebagai tetamu kerajaan.
Namun, Iman hanya menggeleng. “It’s okay, Kak Airi.”
“Angah lupa agaknya mereka ada rumah kat Zamora ni,” sampuk Asrar.
Airi hanya senyum sahaja. Matanya beralih, memandang suami di meja sebelah. Kebetulan pada masa itu, dia melihat Hakimi menjawab telefon tangan. Seketika kemudian wajah lelaki itu berubah menjadi keruh sedikit dan lelaki itu meminta diri daripada meja. Airi berfikir seketika sebelum membuat keputusan untuk mengikuti suaminya itu. Nampak seperti terdapat masalah sahaja.
Masuk sahaja daripada anjung tingkat dua itu, Airi melihat suaminya berjalan mundar-mandir dengan telefon yang melekap di telinga. Agaknya lelaki itu sedang bercakap dengan pembantu peribadinya, Arsyad. Apabila lelaki itu menyedari kehadirannya, Airi mengambil tempat di bangku di sisi suaminya yang berdiri itu. Dia tidak berkata apa-apa, hanya memerhati tingkah lelaki itu.
“Kenapa?” soalnya setelah lelaki itu berhenti bercakap di telefon dan duduk di sebelahnya, menyandar kepala ke dinding dan memejam mata. Bimbang pula Airi, hari cuti begini pun suaminya masih dibelenggu dengan masalah. Sebenarnya, dia tahu tidak aka nada istilah ‘cuti’ bagi seseorang yang memerintah negara.
Airi menyentuh bahu suaminya, mengurut lembut. Seketika kemudian, Hakimi membuka mata dan menoleh ke arahnya. Terjungkit kening Airi.
“Mar Hoseki,” ujar Hakimi sepatah.
Mendengar nama negara pulau yang terletak ke utara negara mereka itu, Airi tersengih seketika.
“Sengih pula dia,” rungut Hakimi. Airi tersenyum pula. Sekarang, dia sedar apa yang menyebabkan wajah suaminya itu keruh tadi.
“Okey. Arsyad beritahu amor apa tadi?” soal Airi, inginkan maklumat terperinci. Mar Hoseki adalah negara pulau yang baru beberapa bulan diperintah oleh seorang perempuan yang berusia 30-an. Memang mereka berdua tidak pernah bertemu dengan ratu Mar Hoseki itu tetapi mereka pernah melihatnya dalam media.
Sebulan yang lalu, mereka mendapat tawaran daripada ratu tersebut untuk menggabungkan negara pulau itu dengan Zamora. Dengan kata lain, Mar Hoseki akan menjadi sebahagian daripada Zamora tetapi dengan satu syarat iaitu perjanjian tersebut hendaklah melalui perkahwinan dengan ratu itu. Masalahnya, siapa yang akan dikahwinkan? Takkanlah Hadif? Hadif itu jauh lebih muda daripada wanita tersebut. Hakimi? Sanggupkah Airi membiarkan suaminya bernikah lain hanya untuk sebuah negara pulau itu?
“Kita terima faks bahawa Ratu Mar Hoseki tu hendak datang melawat ke sini,” ujar Hakimi kemudiannya mengeluh. Airi menggeleng melihat kelakuan suaminya itu.
Amor, sejak bila pandai mengeluh ni?” soal Airi lembut, menegur suaminya secara tidak langsung. Dia senyum nipis apabila lelaki itu kembali beristighfar. Sebagai Muslim, mereka tidak sepatutnya mengeluh atas apa juga perkara yang berlaku. Segala kejadian ada hikmat yang hanya diketahui oleh Allah SWT. Jadi, mereka mesti bersabar dan terus berusaha agar redha Allah sentiasa bersama mereka.
“Nampaknya, dia sudah tidak sabar sebeb kita sentiasa menangguh untuk memberi jawapan kepadanya,” sambung Hakimi. Airi mengangguk, mindanya ligat berfikir.
“Amor, kita tak tahu apa yang akan berlaku. Mana tahu kalau-kalau berbincang empat mata dengannya, fikirannya boleh berubah,” balas Airi. Tangannya menepuk tangan suaminya. Airi diam apabila suaminya itu mendiamkan diri.
“Herm… kita tengoklah apa yang akan terjadi nanti,” jawab Hakimi. Airi mengukir senyuman nipis. Kemudian, mereka berdua kembali ke anjung luar. Masalah dengan Mar Hoseku itu dilupakan buat sementara waktu supaya mereka dapat mengahabiskan masa yang berkualiti dengan kaum kerabat mereka itu.



[1] (http://www.iluvislam.com/) Khatan Yang Menyucikan. Ahad, 23 Jan 2011 10:10, Oleh: Fathi Yusuf & Ros Izanuri, Editor: Rifhan A Rahim 

 OOO...KEY. EPISOD NI BORING KE?

 

:P GOMEN NE...

 

HYE AWAK YANG MEMBACA! TERIMA KASIH SEBAB AWAK KOMEN YA ! :)

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

heheheh.....abislah kalu kimi yg kne kawin dgn ratu tu..hehhehe

Nadzipah berkata...

Ada ralat la kat sentence ni cik Haliban..."malah turut ada keluarga sepupunya yang datang dari Darwish, Tengku Muhammad Afiq dan isterinya, Iman."

Terkejut..bila pulak suami Iman puteri Darwish tu namanya Afiq..bukan Danish ke? :P

Jangan pernah berfikir untuk menduakan Airi ye Hakimi...heheh...

Hadif, you deserve another person..not that ratu Mar Hoseki :)

cactaceous opuntia berkata...

erkk..kimi xde sepupu sepapat laki yg xkwen lg ke?adei...

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©