COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 7 Ogos 2011

IAPH -3-

by ~farozyyy

Sesudah solat berjemaah bersama orang-orang kampung, Hadif meminta untuk bersendirian seketika di dalam masjid itu. Semua pengawal-pengawalnya berada di luar kecuali pembantu peribadinya yang berdiri di pintu masjid. Dia mencapai salah satu Quran yang tersedia di dalam masjid itu dan bertadarrus menghabiskan satu juzuk.
            Selepas setengah jam berada di tempat yang sama, Hadif menutup Quran yang dipegangnya. Dia menyandarkan kepalanya di tiang dan menutup mata. Nafasnya dihela lembut. Tenang. Nyaman. Begitu sekali kesan nota-nota cinta dari Yang Maha Memberi Rahmah. Sekali lagi dalam kehidupannya selama berbelas-belas tahun itu, dia mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih lagi meminjamkannya nyawa untuk hidup di dunia pinjaman itu.
            Tergambar di fikirannya wajah bersih bonda tercinta yang sedang tersenyum manis kepadanya. Segera hatinya berdoa supaya usia bonda dan ayahandanya dipanjangkan. Semoga dia sempat berbakti kepada kedua-duanya agar dia dapat membalas jasa bonda dan ayahanda tersayang, biarpun sedikit.
            “Tengku.”
            Hadif membuka matanya. Erm… masa untuk berada di kampung itu lebih lama sudah tamat. Dia masih mempunyai program lain untuk dilakukan. Lantas dia bangun mendahului langkah pembantu peribadinya untuk keluar dari masjid. Langkahnya disertai dengan zikir-zikir.
            Langkah pertama dia jejak di luar masjid itu, Hadif mendapat satu perasaan bahawa dia sedang diintip dari jauh. Entah dari mana perasaan itu datang, dia tidak tahu. Sebelum ini, dia tidak pernah mengalami perkara sebegini. Namun, dia berasa tidak bahaya. Langkahnya terus dihentikan.
Pandangannya dipalingkan ke kiri dan ke kanan untuk mengenalpasti sumber perasaan tersebut. Terima kasih kepada bondanya yang asyik menyuruh dia makan lobak merah, dia mempunyai pandangan yang tajam walaupun benda-benda jauh. Di sudut kanan matanya, Hadif dapat menangkap satu susuk tubuh perempuan bertudung yang berdiri memandangnya di tepi dinding sambil memegang sebatang peyapu. Agaknya, perempuan itu sedang menyapu sebelum melihatnya.
“Tunggu sini,” arahnya kepada pengawal-pengawalnya, terutamanya pembantu peribadinya supaya tidak mengikutnya. Hadif membuka langkahnya menghampiri tubuh itu. Semakin dekat dia dengan perempuan itu, dia dapat melihat bahawa gadis itu masih muda dan apa yang paling dihairankannya, gadis itu sedang tersenyum.
Hadis tersentak. Kenalkah dia dengan gadis itu? Senyuman gadis itu tidak kelihatan seperti senyuman menggoda yang selalu dia nampak pada gadis-gadis yang sentiasa ingin mendekatinya. Malah, senyuman gadis itu seakan-akan menarik-narik dirinya supaya terus mendekati diri itu.
Sudah terpukaukah dia? Tidak! Dia masih mempunyai pilihan untuk berhenti dan berpaling. Dia masih mengingati bondanya dan Allah. Lalu, apakah yang terjadi kepada dirinya itu?
Kira-kira sepuluh langkah dari gadis itu, dia menghentikan langkahnya. Diperhatikan gadis itu yang masih menghadiahkannya senyuman. Gadis yang berpakaian serba hijau muda itu nampak manis di matanya. Gadis itu mungkin bukan yang tercantik, tetapi sejuk matanya memandang.
Hadif berpaling melihat pengawal-pengawal dan pembantu peribadinya yang masih memerhatikan gerak-gerinya dari jauh, memastikan dia tidak hilang dari pandangan mereka. Dia memberi senyuman kepada mereka, tanda dia tidak apa-apa. Setelah itu, Hadif berpaling kembali kepada gadis di hadapannya.
Namun hampa, gadis itu sudah tiada. Hadif bergerak, mencari kelibat gadis tadi di sebalik dinding tempat gadis itu berdiri tadi tetapi gadis itu memang sudah tidak kelihatan.


by ~eyewitness21


 Hafawati turun dari kuda yang ditungganinya. Tali kuda yang dipegangnya dari tadi dihulurkan kepada pekerja yang telah sedia mengambil alih kuda itu supaya kuda itu dikembalikan ke dalam kandang. Topinya dibuka sebelum dia membetulkan kedudukan tudungnya itu.
            Petang ini, dia tidak begitu ekstrim berlatih dengan kudanya. Hari ni dia dan kudanya cuma berlegar di dalam gelanggang kuda tertutup. Almaklumlah, musim panas. Dia mungkin seorang gadis yang lasak, namun dia juga tahu bagaimana untuk menjaga dirinya.
            Hafawati duduk di kerusi tepi. Matanya diliarkan ke sekeliling. Hari ini memang tiada orang yang dapat masuk ke dalam gelanggang tertutup itu. Dia sudah menempah tempat itu hanya untuk dirinya seorang pada hari ini. Tapi…
            Matanya menangkap satu tubuh yang sedang memerhatikannya dari satu sudut. Hafawati merengus tidak puas hati. Sepatutnya tiada orang yang boleh memasukii kawasan itu sekarang selain dia dan pekerja yang ditugaskan. Para pengawalnya juga disuruh berkawal di luar sahaja. Melihat pakaian lelaki yang sedang memerhatikannya itu, lelaki itu bukanlah pekerja.
            Hafawati tidak mengalihkan pandangannya. Dia terus menerus merenung lelaki itu dari jauh sehinggalah dia melihat lelaki itu bergerak ke arahnya. Hafawati berdiri. Dia cemas seketika. Sudahlah pengawalnya tiada di situ. Apa yang lelaki itu hendak daripadanya? Hafawati cuba bertenang. Dia tidak boleh panik dalam keadaan sebegini. Tambahan pula, dia tidak tahu jika lelaki itu bertujuan tidak baik atau sebaliknya. Dia perlu bersangka baik.
Lagipun, dia mampu mempertahankan dirinya tanpa para pengawalnya. Buat apa dia susah-susah belajar seni mempertahankan diri kalau pada saat-saat genting seperti ini dia tidak mempraktikkannya. Malah, dia sentiasa berlatih dengan Hadif dan Huda setiap minggu.
            “Assalamualaikum.”
            Hafawati terdiam apabila lelaki itu berhenti lebih kurang tiga langkah daripadanya dan memberi salam. Terdetik di hatinya, ‘Erm… Orang jahat begi salam ke?’ Dia memerhati pemuda di hadapannya itu. Dengan wajah yang boleh dikatakan tampan, pemuda itu nyata nampak tidak berniat jahat tapi pepatah Inggeris ada mengatakan bahawa ‘don’t judge the book by its’ cover’. Walaupun dia harus bersangka baik tetapi dia juga mesti berhati-hati.
“Bahaya Tengku kat sini seorang diri. Kenapa biarkan pengawal-pengawal Tengku di luar?”
Hafawati merenung pemuda itu tajam, “Awak siapa?" soal Hafawati, tidak menjawab soalan pemuda itu. Dia melihat pemuda itu tersenyum nipis.
Tengku tak kenal saya?”
Why should I?” Hafawati merenung lagi. Makin lama dia renung wajah itu, dia rasa seperti dia pernah nampak pemuda itu tapi dia mana, dia tidak ingat. Namun, dia memang pasti dia tidak mengenali pemuda itu.
Nah… It’s okay. Walaupun Tengku tak kenal saya, saya kenal Tengku,” jawab pemuda itu, masih dengan senyumannya.
Hafawati tidak terperanjat jika pemuda itu mengenalinya. Sebagai seorang puteri pemerintah Zamora, memang dia kadang-kadang terdedah kepada media massa.
“Sepatutnya, tak ada sesiapapun yang boleh masuk ke sini pada waktu ini!” ujar Hafawati tegas, secara tidak langsung menyatakan bahawa pemuda itu sepatutnya tidak boleh masuk ke kawasan itu. Dia tidak suka diganggu oleh seseorang yang dia tidak kenal.
            “But then, I did,” jawab pemuda itu.
            Hafawati menghela nafas. Nampaknya pemuda itu tidak kelihatan ingin berlalu dari situ. Oleh sebab itu,  dia membuat keputusan untuk berlalu sahaja daripada situ. Hafawati mengangkat kaki, bergerak ke arah pintu keluar.
            “Semoga kita berjumpa lagi, princess.”


by ~farozyyy


 Matanya bergerak selari dengan pen di tangannya di atas baris-baris perkataan yang terkandung dalam buku rujukannya itu. Sesekali perhatiannya pada buku terhenti apabila dia mendengar dan menghayati lagu yang kedengaran daripada CD album yang dipasangnya pada komputer riba di sebelah kanannya di atas meja itu. Huda lebih suka mengulangkaji pelajarannya sambil mendengar lagu. Lagipun, lagu yang dipasangnya bukanlah lagu yang rock ataupun rancak sangat.
            Huda memandang jam di dinding bilik belajarnya itu. Dia sedang ternanti-nanti kedatangan kakanda kembarnya. Hafawati memberitahunya bahawa dia ingin mengulangkaji pelajaran bersama-sama pada malam ini walaupun sebenarnya mereka tidak mengambil kursus yang sama. Dia sendiri melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi sedangkan Hafawati menyambung dalam bidang geografi dan Hadif mengambul jurusan berkaitan politik sesuai dengan pangkatnya sebagai putera mahkota Zamora.
            Tuk.Tuk.Tuk.
            Terjengul wajah kakandanya dari sebalik pintu. Huda mengukir senyuman. Sampai juga gadis itu.
            “Hai, kakak,” sapanya. Hafawati mengambil tempat di kerusi yang terlatak bertentangan dengannya.
            “Hai. Maaf dik, lambat sikit,” sahut gadis itu.
            Huda tersenyum dan menggeleng, “Tak apa. Kakak saja ke? Abang tak join kita?”
            Hafawati menggeleng, “Tak. Tadi dia cakap dia ada kerja sikit.”
            Huda mengangguk mengerti. Sebagai putera mahkota, tentulah kakanda mereka itu mempunyai tugas-tugas lain selain daripada tanggungjawab belajar itu. Selepas itu, mereka masing-masing menghadap buku sendiri. Kadang-kadang Huda bertanya kepada Hafawati sesuatu yang tidak difahaminya, manalah tahu kalau-kalau kakandanya itu mempunyai maklumat yang dia tidak tahu, walaupun mereka sebenarnya berlainan bidang.
            “Lagu ni dari album ni ke?” soal Hafawati seketika kemudian. Tangan gadis itu mencapai bekas album yang terletak di sebelah komputer riba adindanya itu.
            “Ha’ah. Best tak? Huda suka dengar melodinya,” ulas Huda pendek. Dia melihat kakandanya memandang kulit muka depan album dengan penuh minat.
            “Hafiy Sidqii?” ungkap Hafawati seperti tanda tanya.
            “Ha’ah. Kakak tak kenal ke?” soal Huda pula.
            “Tak tapi macam pernah nampak je.”
            “Dia ni artis baru sebenarnya. Akak kenal Maher Zain kan? Ha… Hafiy Sidqii ni lebih kurang macam dialah. Lagunya islamik tapi penampilannya moden,” ulas Huda lagi. Matanya memandang reaksi kakandanya. Hafawati nampak sedang memikirkan sesuatu sehinggakan dahi gadis itu berkerut-kerut. Hairan pula Huda melihatnya.
            “Hah!”
            Bulat mata Huda memandang Hafawati yang seperti baru mendapat ilham dengan mata yang membulat dan bercahaya.
            “Kenapa kak?”
            “Dia ni! Dia ini lah!”
            Dahi Huda pula berkerut. Dia tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh Hafawati ketika itu.
            “Kenapa dengan dia?”
            “Dia… Erm… tak ada apa-apalah.”
            La… pulak dah. Huda menggeleng sendirian. Dia tahu, kakandanya itu tentu ingin menyembunyikan sesuatu tapi tak apalah. Dia pun bukannya suka sangat mendesak. Biarlah kakandanya itu.

by ~eyewitness21

 SELAMAT BERPUASA, BERBUKA PUASA & BERTERAWIH!

JGN LUPA KOMEN! :)


p/s: Kak Zaida, terima kasih bagi sy guna nama anak akak. ^^

4 komen:

mohaira berkata...

love it .. lelaki tad itu hafiy sidqii ke ? siapa pulak pompuan tadi ek? jengjengjeng .. hehe , sambg lagi cept2 kak eaa ..=)

Nadzipah berkata...

wah2..nampaknya putera-puteri kembar sudah berjumpa dengan pasangan masing2..

siapa gadis berbaju hijau itu? hadif jaga pandangan..:)

macam mana hafiy sidqii si penyanyi kenal hafawati ni? taulah dua2 famous..hehe..

siapakah pasangan huda si manis ulat buku? hihi

p/s: teruskan 'berangan' ye cik haliban..hik3. saya tunggu next n3..=)

iniakuyangpunyahati berkata...

daa lame x singgah sini hehee.. tq tuan tanah..
xsabar nk tw selanjutnya

cactaceous opuntia berkata...

erk..pmpuan bju hijau tu betul2 wujud x?heee

laki yg jumpe hafawati tu pengawal baru ke ape...ke panglima baru?tp muka sama ngn penyanyi yg huda tunjuk tu kn..wah..

cik nabilah ni...byk betul tnde tnye yg ditinggalkan utk kami...huu

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©