COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 1 Ogos 2011

IAPH -2-

Ok... maybe IAPH ni lebih kepada family story  ataupun... lebih kepada story kembar 3 : Hadif, Hafawati & Huda. Entahla... cik haliban pun tak sure lagi jugak. hehe... :)

picture creditted to it's owner! it's not mine.

Bilik kerja itu sepi. Dia di sofa, termenung seketika dari kerja di komputer ribanya. Suaminya di meja kerja, sedang membaca laporan-laporan negara yang disediakan. Dia sedang memikirkan anakanda-anakanda mereka berdua. Tiga anakanda kembar mereka akan mencapai umur dua puluh tahun pada tahun ini. Entah kenapa hatinya tergerak untuk menghadiahkan tiga kembarnya itu dengan sesuatu. Bukan hanya untuk Hadif, Hafawati dan Huda, namun tiga lagi anakandanya juga setelah mereka mencapai umur dua puluh satu tahun.

            Dia menoleh ke arah suami tercinta. Walaupun mereka sudah bertambah usia, jelas kelihatan suaminya itu masih boleh dikategorikan sebagai kacak! Agak-agaknyalah, ada lagi tak orang yang akan jatuh cinta dengan lelaki itu? Ewah-ewah, Tuanku Airi! Tak sayang suami ke? Airi tersengih sendirian.

            “Ada apa sayang?”

            Airi tersedar. Hakimi sedang memandangnya. Airi menggeleng tapi masih dengan senyumannya. Sudah lama mereka bersama, panggilan mereka masih belum berubah biarpun di hadapan anakanda-anakanda mereka. Syukur Alhamdulillah Allah mengukuhkan kasih sayang antara mereka.

            “Amor nak air?”

            “Boleh juga.”

            Airi mengangguk. Dia keluar seketika untuk memberitahu Sufiah. Kemudian, dia masuk kembali. Kelihatannya, Hakimi sudah beralih dari meja ke sofa tempat dia duduk tadi. Lelaki itu sedang bersandar sambil menutup mata. Kelihatannya, lelaki itu sangat letih. Letih berfikir barangkali. Airi senyum dan duduk di sebelah suaminya.

Amor okey?” soal Airi sambil menggenggam jari jemari suaminya. Terasa sulaman tangannya berbalas walaupun lelaki itu tidak menjawab dan tidak membuka matanya. Airi menggeleng. Entah apa yang difikirkan oleh suaminya itu. Rasanya, negara mereka tidak menghadapi masalah besar kebelakangan ini. Aman damai, Alhamdulillah.

Sebentar kemudian, seorang dayang masuk membawa minuman dan sedikit makanan ringan. Airi senyum dan mengucapkan terima kasih kepada dayang tersebut. Setelah itu, dipandang lagi suaminya. Masih begitu. Namun, belum pun dia sempat membuka mulut, kedengaran suara anakanda paling bongsu mereka yang seakan-akan bergaduh dengan seseorang. Siapa lagi kalau bukan inang penjaga kanak-kanak lelaki itu.

Airi menggeleng. Iman Hariz ni memang suka membantah cakap inangnya. Alahai…kesian pula rasanya pada inang Hariz itu. Kelihatannya, Hakimi sudah membetulkan duduknya dan turut sama memandang pintu yang akan dibuka oleh anakanda mereka bila-bila masa daripada sekarang.

Apabila Hariz masuk dan menyapa mereka, dia membiarkan anakandanya itu duduk di tengah-tengah antara dia dan suaminya. Nasib baiklah hari ini, hari minggu. Hari untuk mereka sekeluarga bersama-sama sebenarnya, lalu Hakimi tidak akan tegas sangat dengan anakanda mereka.

“Maaf Tuanku. Saya tak boleh halang Tengku Hariz,” ujar inang Hariz yang berdiri di pintu masuk bilik kerja itu. Airi hanya senyum dan membiarkan inang itu meninggalkan mereka bertiga.

“Adik, kenapa tak dengar cakap ni?” Airi menyoal anakandanya dengan lembut. Hakimi hanya santai meletakkan sebelah tangannya di kepala sofa belakang isteri dan anakandanya itu sambil memandang mereka anak-beranak.

“Adik dah siap kerja sekolah. Adik nak jumpa bonda dan ayahanda.”

Airi mengusap kepala anakanda bongsu mereka itu. Dipandang wajah suaminya sebelum memandang Hariz lagi.

“Dah siap? Pandai anakanda bonda. Siapa tolong?”

“Kak Huda.”

Airi mengangguk. Memang selalunya, Hudalah yang akan melayan karenah Hariz. Huda itu manja dan lembut orangnya. Lalu, anakanda bongsunya lebih rapat dengan Huda dari kakanda-kakandanya yang lain.

“Kak Hudanya mana?” soal Hakimi pula.

“Kak Huda dah keluar. Adik nak ikut. Kak Huda tak bagi.”

Airi ingin tergelak melihat muncung anakanda lelakinya itu.

“Hei… budak lelaki mana boleh merajuk,” ujarnya namun makin panjang pula muncung itu. Airi berpandangan dengan suaminya.

“Kerja sekolah pasal apa tadi, adik?” soal suaminya itu, cuba mengalihkan fikiran Hariz dari rasa menjerut hati itu.

“Pasal bulan dan matahari.”

Airi memandang Hakimi yang mengangguk. Dia tahu, mesti suaminya sedang memikirkan beberapa soalan untuk ditanya kepada Iman Hariz. Airi hanya membiarkan. Pada mereka berdua, anakanda-anakanda mereka perlu dilatih untuk bijak berfikir dan juga sekaligus berfikir tentang keajaiban ciptaan Allah.

“Bulan bergerak tak, adik?” soal suaminya sambil mengusap kepala anakanda mereka itu. Hariz mengangguk.

“Matahari?” soal Hakimi lagi.

“Tak,” jawab Hakim sambil menggeleng. Mendengar jawapan pantas itu, Airi memandang suaminya. Nyata Hakimi juga sedang memandangnya.

“Salah tu, adik. Matahari pun bergerak jugak,” ujar Airi, membetulkan kesilapan anakanda bongsunya. Hariz memandangnya dengan wajah keliru.

“Tapi tadi adik belajar bulan bergerak keliling bumi dan bumi bergerak keliling matahari. Tak ada pun pasal matahari bergerak.”

Airi senyum. Pantas sahaja anakandanya menjawab.

“Al-Quran menyebut bahawa bulan dan matahari masing masing bergerak[1].”

“Bulan bergerak. Bumi bergerak. Matahari bergerak.” Hariz membuat kesimpulan bersama dengan pengiraan di jarinya. Airi mengangguk. Menurut pakar astronomi, matahari bergerak di atas orbit yang dinamakan Solar Apex dengan kelajuan 0.72 juta kilometer sejam[2].

“Maksudnya adik, bulan, bumi dan planet-planet lain semuanya bergerak sekali dengan matahari,” jelas Hakimi. Mereka berdua sebenarnya pasti bahawa Hariz tidak mungkin akan terus faham perkara itu, namun itu adalah cara mereka mendidik.

“Semua tu ada dalam Quran?” soal Hariz memandang suaminya pula.

“Betul, adik. Hebat tak al-Quran?”

“Hebat!” jawab Hariz dengan semangat.

“Al-Quran ni dari siapa, adik?” soal Airi pula.

“Allah.” Pendek sahaja jawapannya.

“Jadi siapa yang hebat?”

“Allah Yang Hebat!”

Subhanallah, pintar anakanda mereka. Airi dan Hakimi saling tersenyum. Kemudian, dibiarkan Hariz bermain dengan komputer ribanya di hadapan mereka itu. Zaman sekarang, kanak-kanak pun sudah pandai guna komputer riba.

“Huda ke mana, sayang?” Airi memandang suaminya yang nyata sedang bertanya kepadanya. Rupanya, Hakimi masih ingat dengan pemergian anakanda mereka ke luar istana itu.

Memang, segala pergerakan anakanda-anakanda mereka ada dalam pengetahuannya. Sama ada mereka memberitahu aktiviti mereka kepadanya sendiri ataupun dilaporkan oleh pembantu peribadi anakanda-anakanda mereka. Dia bukanlah ingin mengongkong, namun mereka semua masih berada di bawah tanggunggannya dan suami. Lainlah kalau masing-masing sudah berkeluarga sendiri.

“Huda ada janji dengan kawan-kawan dia.”

Hakimi hanya mengangguk. Airi senyum. Dia tahu, suaminya amat mempercayainya. Kalau dia tidak risau, buat apa lelaki itu ingin risau? Ya ke macam tu?

“Bonda, cantik kan?”

Airi memandang gambar yang ditunjukkan oleh Hariz di komputer riba itu. Gambar bunga sakura yang sedang berkembang indah. Jelas sekali kuasa Allah ke atas bunga yang seakan-akan berwarna merah jambu muda dan juga putih itu. SubhanAllah…

“Cantik.”

Saat itu, dia tiba-tiba mendapat satu idea. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. 





[1] Surah Al-Anbiya’,21:33. Surah Ya’sin,36:38.
[2] Miracle of Quran, Harun Yahya.

SELAMAT BERPUASA DENGAN SENANG HATI, KAWAN-KAWAN. :)
Jangan lupa komen, tau!

4 komen:

cactaceous opuntia berkata...

best2 kalau buat citer kekeluargaan...ape yg airi nk bg kt anak2 die tu yekh...then ape yg airi terpk nk buat kt last sentence tu ye...saspen2...huu

Nadzipah berkata...

I really like the way they treat their children. Really awesome, cik haliban! Cara mendidik dan penerapan nilai-nilai Islam.

Btw, apa idea Airi tu ye? Teringin nak tahu..

Anyway, salam Ramadhan Al-Mubarak, cik haliban. Selamat berpuasa.

Ain Fatihah berkata...

lagi lagi.. hehe

mohaira berkata...

cam best jak .. hehe

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©