COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 3 Februari 2011

[cerpen] Zikir Ilmu

Setelah sekian lama final exam... rasa bersalah pulak tak post sambungan. sowi yek kawan2 yang sudi membaca. Tapi ini bukan sambungan Magnet Cinta Ilahi (MCI). ^^

Cerpen ni cik haliban hantar untuk Mahallah Representative Council (MRC) Maimunah Art Contest 2010/2011.

Musim exam.

Kling. Klik. Pintu bilik terbuka.

Damiya masuk dan pintu bilik dikunci semula. Dipandang compartment lain yang kelihatannya kosong tiada penghuni. Bermakna, teman-teman sebiliknya masih belum pulang dari kelas. Hanya dia sahaja yang sudah habis kelas untuk hari Khamis itu. Damiya sudah maklum jadual teman-teman sebiliknya. Hari Khamis, hanya dia seorang sahaja yang pulang awal ke bilik.

Beg diletakkan di atas meja. Pakaian ke kelas itu ditukar kepada pakaian biasa. Yalah, takkanlah nak terus menerus berbaju kurung jika dia hanya ingin duduk dalam bilik. Jam baru menunjukkan pukul dua belas setengah tengahari. Masih ada masa untuk dia berehat dahulu sebelum masuk waktu Zohor. Bolehlah dia tidur sekejap. Sudah menjadi rutin hariannya tidur selepas makan tengahari, apatah lagi selepas makan rasa mengantuk itu timbul. Mengantuk ubatnya apa? Mestilah tidur!

Siapa kata tidur waktu tengahari tak elok dan sifat orang yang malas? Okey…mungkin ada yang kata begitu kerana sesetengah orang tidur tengahari terlalu lama. Sebaliknya, tidur sekejap di waktu tengahari itu banyak kelebihannya samada dari segi saintifiknya ataupun dari segi agama Islam. Bahkan tidur tengahari itu merupakan Sunnah Rasulullah SAW. Dalam kitab 'Ihya Ulumuddin', Imam Al Ghazali ada menyebut bahawa tidur pada tengahari akan membantu ibadah pada waktu malam seperti sahur membantu puasa pada siang hari. Subhanallah… betapa amalan dan ajaran yang dibawa Rasulullah SAW daripada Allah SWT itu relevan sampai ke zaman moden ini.

Bum. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Bahagia rasanya sudah tamat kelas dan dapat berbaring untuk meleapkan matanya. Harapnya, keletihannya akan hilang setelah bangun dari tidur nanti kerana dia ingin mengulangkaji pelajaran.

*****

“Pening! Pening!”

Dari tempat duduk di meja belajarnya, Damiya dapat mendengar keluhan teman sebiliknya yang berada di compartment sebelah itu. Dia tersenyum dan bangun meninggalkan buku Islam Knowledge and Civilisation yang sedang dibacanya. Diya menjenguk ke compartment sebelah. Gadis yang mengambil jurusan Sains Bioteknologi itu kelihatannya sedang memegang kedua-dua belah kepalanya yang ditongkat dengan siku di atas meja.

          Malam-malam begini, rasanya itulah aktiviti setiap insan yang bergelar pelajar. Aktiviti membaca dan mengulangkaji pelajaran. Okey… mungkin ada yang bersukan malam-malam tapi tidak ramai.

          “Assalamualaikum, Yani,” perlahan dia memberi salam sebelum masuk ke ruangan itu. Dia menghadiahkan senyuman buat temannya itu. Di sentuh bahu Hayani, sebelum dia melabuhkan diri di atas katil. Risau pula gadis itu terlalu tertekan. Sebagai rakan sebilik, tentulah dia tidak mahu keadaan itu berterusan.

“Kenapa?” soalnya pendek. Hayani tersengih kepadanya.

“Tak adalah. Macam biasa. Tiba-tiba rasa macam banyak benda kena baca. Exam pun seminggu lagi.”

Damiya senyum. Yalah, memang dia sudah biasa mendengar Hanis mengeluh kecil apabila sesuatu yang dibacanya tidak langsung masuk ke dalam otak fikiran.

“Baca apa?”

Biochem. Kau dah abis baca?”

Damiya mengangguk. Dia dan Hayani berlainan jurusan. Hayani mengambil jurusan Sains Bioteknologi. Dia mengambil jurusan Sains Bioperubatan. Walaupun begitu, subjek-subjek yang mereka belajar untuk tahun-tahun awal di universiti sebenarnya masih hampir sama. Sebab itulah kalau dia ingin belajar bersama-sama dengan Hanis pun, tiada masalah sebenarnya.

“Tapi bukan kau pun dah habis baca ke?”

“Dah. Cuma nak mengulang. Bila nak mengulang, ada pula yang tak ingat. Tu yang geram tu.”

Damiya senyum. Macam-macam. Sebagai manusia, memang begitu sebenarnya sifat semula jadinya.

“Ala… relaks la. Kita ni manusia, bukan robot. Manusia perlu mengambil masa yang lama untuk menyimpan sesuatu perkara ke dalam memori dan juga mengambil masa untuk mengeluarkan memori itu, tahu tak?”

Ada caranya untuk membuatkan fikiran dan otak manusia itu cepat menghafal. Salah satu caranya ialah menghafal al-Quran. Kebanyakan hafiz atau hafizah sebenarnya mengambil masa yang sekejap untuk menghafal sesuatu fakta. Okey… dia mungkin bukan hafizah tetapi dia ada kawan yang menghafal al-Quran. Jadi dia tahu tentang perkara itu.

Secara saintifiknya, perbuatan menghafal al-Quran dapat membantu penghafalan perkara-perkara lain adalah kerana neuron-neuron di dalam otak pada bahagian penyimpanan memori itu telah dibiasakan dengan aktiviti sinap dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Lalu, setiap aktiviti penyimpanan itu sebenarnya membantu aktiviti yang seterusnya.

“Tahu. Kau pernah bagitahu hal-hal neuron tu.”

Damiya mengangguk.

“Tahu tak apa. Jangan risaulah. Selagi kita ikhlas menimba ilmu dan Allah redha dengan kita, ilmu tu akan lekat di dada kita sampai bila-bila.”

Hayani senyum.

“Semoga Allah melindungi kita dari ilmu yang tidak bermanfaat bagi kita. Tadi ada lecturer aku cakap, salah satu tanda akhir zaman ialah semua ilmu yang kita belajar adalah tidak bermanfaat bagi kita.”

“Amin. Sebab itu dalam belajar pun, kita kena amalkan cara Islam. Sebelum belajar baca doa, masa belajar kaitkan semua tu dengan Kuasa Allah, selepas belajar baca doa. Sebenarnya, apa yang kita belajar selama ni semuanya adalah bukti kekuasaan Allah SWT.”

“Betul. Betul. Betul. Penemuan-penemuan yang dibuat oleh saintis-saintis dunia sebenarnya memang sudah dinyatakan dalam Al-Quran sebenarnya. Contohnya aku ada baca, tentang teknik pembinaa Piramid tau. Ada seorang professor ni kata asas binaan piramid tu terdiri daripada tanah, air dan kapur. Tanah diambil dari sungai Nil dan dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain. Lepas tu dipanaskan pada suhu yang tinggi sehingga membentuk batu-bata yang kuat dan kukuh. Islam tu sudah terang-terang merupakan satu-satunya agama yang benar. Kalau tidak, takkanlah perkara-perkara itu boleh disebut di dalam Al-quran yang datangnya lebih kurang seribu empat ratus tahun yang lepas, kan?”

“Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”. (Surah al-Qasas 28 :38)

Damiya tersengih. Makin bersemangat temannya itu apabila bercakap tentag perkara tersebut.

“Tanpa kita sedar, Allah sebenarnya memberi kita petunjuk bahawa Dia Maha Kuasa dalam setiap perkara yang kita buat dan ilmu kita belajar. Ilmu yang kita belajar sebenarnya adalah cahaya petunjuk dari Allah supaya kita tidak lupa kepadaNya.”

Yup,” sahut gadis itu pendek.

“Hah, dah ada semangat nak belajar balik?” Damiya mengusik sahabatnya itu. Hayani tersengih dan mengangguk.

Thanks. Sorry ganggu kau.”

Damiya membalas dengan senyuman dan berlalu ke dalam ruangannya untuk meneruskan pembacaannya yang tergendala tadi. Senang sahaja untuk membuatkan seseorang itu kembali bersemangat sebenarnya. Hanya perlu mengingatkan individuu tersebut bahawa betapa pentingnya ilmu yang membawa seseorang itu mengenali Tuhan kembali.


*TAMAT*

Damiya = Kebajikan/Keberkatan
Hayani = Yang cerdik

jgn lupa tekan STAR RATING ye. :)


1 komen:

Tanpa Nama berkata...

:)

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©