COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Sabtu, 26 Februari 2011

MCI -4-

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}


Selesai satu muka surat, dia membelek kepada muka surat lain. Sambil berbaring, dia membaca buku yang bertajuk ‘Kisah Cinta dalam Al-Quran’ tentang cinta Rabiatul Adawiyah kepada Tuhan. Telefonnya  yang berada di sisi berbunyi, menandakan ada mesej yang masuk. 

Syuq ada kat bilik? Kak Atul nak g ziarah.

Syuqaira senyum. Pantas jari-jemarinya menekan butang-butang telefon itu untuk membalas mesej daripada senior tahun akhir itu, Kak Hijratul. Kemudian, dia kembali membaca. Dia sebenarnya bukannya tiada kerja lain untuk dibuat, tetapi masa rehatnya itu sentiasa dipenuhi dengan aktiviti membaca bacaan tambahan selain daripada membaca buku pelajaran.

“Assalamualaikum.”

Syuqaira pantas bangun dari baringnya, menoleh ke arah bahagian masuk compartment yang didiaminya itu. Berdiri di situ ialah Kak Hijratul yang manis berjubah hijau tua dan bertudung labuh bulat hijau muda itu.

“Eh, Kak Atul. Waalaikumussalam. Masuk. Masuk. La…cepatnya sampai.” Rasanya tidak sampai lima minit yang lallu dia membalas mesej kakak seniornya itu. Buku yang dibacanya diletak di atas meja. Dia bangun bersalaman dengan Kak Hijratul sebelum mereka berdua duduk di atas katilnya.

“Baca buku apa? Kak Atul ganggu ke?”

Syuqaira senyum.

“Tak ganggu pun. Petang-petang macam ni tengah rehat, baca pasal Rabiatul Adawiyah. Erm, akak dari mana ni?”

“Akak dari kelas. Tunggu cik abang datang ambil.”

Syuqaira senyum lagi. Sedikit geli hatinya mendengar Kak Hijratul memanggil suaminya ‘cik abang’. Kak Atul ni, pelajar Biomedical Science juga sepertinya. Tua setahun, bermakna berada di tahun akhir dan sudah setahun berkahwin dengan ‘cik abang’nya yang sekarang ni sedang buat housemanship sebagai doktor pelatih.

“Dah lama akak tak jumpa Syuq.”

Syuqaira senyum. “Akak pun busy. Syuq pun ada kelas je selalu.” 

Dia tak boleh cakap yang dia sibuk, sebabnya dia bukannya sesiapa seperti Kak Hijratul tu. Dia tidak seaktif seniornya itu dalam persatuan apa-apa pun. Malah, boleh dikatakan dia tidak aktif langsung, kecuali membantu sedikit-sedikit di sebalik tabir sesuatu program.

Matanya beralih ke arah buku yang dibacanya tadi. Tiba-tiba dia teringat satu kenyataan di dalam buku tersebut dan dia menginginkan pendapat seniornya itu. Berkongsi pendapat adalah sesuatu yang digemarinya kerana dia dapat mengetahui sesuatu perkara dari perspektif orang lain yang mungkin sekali lain dengan pendapatnya sendiri.

“Kak Atul, nak tanya pendapat sikit.”

Seniornya itu mengangguk.

“Rabiatul Adawiyah berpendapat bahawa ibadah orang yang beribadah kepada Allah kerana inginkan pahala dan syurga itu dikira menyekutukan ibadah[1]. Apa pendapat akak?”

Kak Hijratul senyum mendengar soalannya. Syuqaira diam, menunggu jawapan daripada seniornya itu.

“Ni pendapat akak aja tau. Pendapat orang lain, akak tak tahu.”

Syuqaira mengangguk dengan amaran lembut seniornya itu. Bermakna, pendapat Kak Hijratul itu tak boleh dijadikan mana-mana hukum sebab itu hanyalah pendapat seorang manusia biasa.

“Akak setuju bahawa kita buat ibadah ni bukan hanya untuk pahala dengan syurga. Contohlah, kalau tak ada pahala dengan syurga, takkanlah kita tak akan buat ibadah? Betul tak? Jadi, ibadah kita, kita kena niatkan bukan hanya untuk dua-dua perkara tu tapi kerana Allah sekali. Itu tunjang utama sekala perkara, kan? Semua benda yang kita buat mesti kerana Allah. Syurga dan pahala tu hanya ganjaran Allah kepada kita.”

Syuqaira menganggukk tanda dia mendengar.

“Maknanya, akak setuju bahawa niat untuk syurga dan pahala tu dikira menyekutukan ibadah?”
Kak Hijratul kelihatan menggeleng.

“Akak tak boleh kata akak tak setuju sebab Rabiatul Adawiyah tu seorang sufi yang hebat. Pada pendapat akak, sebagai hamba biasa yang tak sampai tahap kecintaan kita kepada Allah seperti tahap kecintaan Rabiatul Adawiyah tu, niat untuk syurga dan pahala tu memang perlu dalam ibadah supaya kita jadikan ia sebagai motivasi. Sebab itulah Allah beritahu bahawa setiap ibadah, ada ganjarannya. Kalau niat sebegitu menyekutukan ibadah, takkan Allah benarkan perkara ni?”

Syuqaira tersenyum. Samalah pendapatnya dengan pendapat seniornya itu.

“Terima kasih, kak.”

“Sama-sama. Oh ya, Syuq. Akak sebenarnya ada hajat datang ni.”

Syuqaira membetulkan duduknya apabila Kak Hijratul menggenggam lembut kedua-dua jari jemarinya.

“Akak nak tanya, Syuq dah terikat dengan sesiapa ke?”

Huh? Syuqaira tergamam seketika. Macam pelik sahaja bunyi soalan seniornya itu.

“Maksud akak?” Sebelum dia buat sangkaan lebih-lebih, baik dia tanya terus.

“Maksudnya, Syuq dah berpunya ke?”

Syuqaira tersengih. Dia memandang jari-jemarinya yang digenggam. Dibandingkan jarinya yang kosong itu dengan jari Kak Hijratul yang sudah bercincin tunang dan cincin kahwin itu. Kemudian, dia memandang wajah seniornya itu.

“Syuq ni masih kepunyaan ummi dengan ayah Syuq, akak.”

“Alhamdulillah.”

Hairan pula Syuqaira dengar ungkapan itu. Sepertinya, Kak Hijratul lega apabila dia masih solo.

“Kenapa? Akak ada dengar berita tak baik pasal Syuq ke?”

Bimbang pula dia jika ada fitnah tentang dirinya yang dia langsung tidak ketahui. Kot- kot ada fitnah tentang dia bercouple dengan seseorang ke? Na’uzubillah… Semoga semua itu tidak akan pernah terjadi.

Namun, senyuman dan gelengan Kak Hijratul mematikan segala fikiran tidak baiknya itu. Alhamdulillah, lega juga dia.

“Dah tu, kenapa akak tanya?”

“Syuq dah ‘buka’ ke sekarang?”

Kak Hijratul tidak menjawab soalannya, malah bertanya lagi kepadanya. Kalau dikaitkan pertanyaan sebelum ini dengan perkataan ‘buka’ yang disoal Kak Hijratul itu, Syuqaira seakan dapat meneka apa sebenarnya yang ditanya oleh seniornya itu.

Lantas, dia menggeleng tanpa jawapan lisan.

Kak Hijratul terdiam.

“Syuq tak nak fikir dulu?”

Sekali lagi dia menggeleng.

“Tak nak istikharah dulu?”

Syuqaira tersenyum.

“Syuq dah lama istikharah pasal benda ni, akak. Sejak tahun lepas lagi. Lagipun, Syuq baru tahun tiga, akak.”

“Itu jawapan untuk ketika itu, Syuq. Mana tahu ketika ini, jawapannya lain?”

Wah.wah.wah. Bersungguh benar Kak Hijratul ingin memujuknya.

“InsyaAllah, jawapannya sama akak.”

Kak Hijratul akhirnya mengangguk.

“Tapi, Syuq tak nak tahu ke siapa ‘orang tu’ ?”

Untuk kesekian kalinya, dia menggeleng.

“Tak apalah kak. Kalau dah jodoh dia, tak ke mana. Kalau Syuq bukan jodoh dia, insyaAllah dia akan jumpa orang yang lebih baik.”

Syuqaira menghantar kakak seniornya itu sampai ke tingkat bawah apabila seniornya itu sudah ingin pulang kerana suaminya sudah sampai. Ketika berjalan naik semula, Syuqaira masih memikirkan soalan Kak Hijratul sebenarnya.

Dia bukannya tidak ingin langsung membuka peluang untuk orang merisiknya. Sebagai seorang gadis, tentulah perasaan nak itu ada. Tapi dia mempunyai sebab yang kukuh untuk menolak sebarang lamaran ketika dia masih sedang belajar itu. Salah satu sebabnya adalah, dia adalah pelajar bawah tajaan JPA. Dia terikat dengan perjanjian bahawa dia tidak boleh berkahwin sepanjang sedang belajar. Lalu, jikalau dia melanggar peraturan itu, bukankah susah jadinya nanti?

Bertunang dulu apa salahnya? Tak salah tapi bertunang tu tak perlu. Seperti yang dia katakana tadi, Kalau dah jodoh dia, takkan ke mana. Bertunang tu banyak cabarannya…

Tak apalah. Dia yakin Allah akan berikan yang terbaik untuk dia. Dan dia akan usahakan yang terbaik untuk dapat yang terbaik, insyaAllah.


::::::::::::: komen plis :::::::::::::



[1] Kisah Cinta Dalam Al-Quran, Misbah Em Majidy


p/s : PRA-TONTON Istana Airi Bab 1-4, boleh ke sini.

3 komen:

Nadzipah berkata...

wah..best2...nak sambungan boleh cik haliban?

belle.talib berkata...

kak Nadzipah, sambungannya, insyaAllah beberapa hari lagi. ^^

Tanpa Nama berkata...

:)

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©