COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 25 Oktober 2010

TBUM -2-




Ummi Habibah memerhati anak gadisnya dengan pandangan keibuan yang lembut. Suaminya di sisi dibiarkan membaca akhbar setelah seharian bekerja dan tidak sempat membaca akhbar pada hari itu. Anak lelaki bongsunya, Aiman Syafiq sedang berbaring atas permaidani tebal sambil menghadap televisyen. Anak gadisnya yang sedang mengusap-usap bulu putih kusing Parsi yang lebat itu dipandang terus menerus.

Melihatkan mulut anak gadisnya yang terkumat-kamit seperti bercakap dengan kucing putih mengingatkannya kepada kebanyakan jiran-jirannya.

“Eh, itulah anak dia yang terencat akal tu.”

Kata-kata itu sering sahaja dia dan keluarga terima berkenaan dengan anak gadisnya itu, Humaira walaupun kata-kata mereka itu hanya sekadar pandangan mereka kerana mereka tidak sedikitpun mengenali anak gadisnya itu. Kata-kata yang tidak enak itu hanya dibiarkan dibawa angin lalu. Hanya mereka sekeluarga yang tahu keadaan sebenar Humaira.

Jika dari pandangan orang luar, Humaira adalah seorang gadis berumur dua puluh empat tahun yang bersikap keanak-anakan ataupun seorang yang terencat akal. Setiap hari, Humaira bersikap begitu ceria dan suka bermain-main dengan kucing di halaman rumahnya. Humaira juga tidak keluar bekerja walaupun pemuda-pemudi yang seusia dengannya sudah mempunyai kerja.

Mata Ummi Habibah menyorot langkah kaki Humaira yang sudah bangun meninggalkan ruang tamu rumah banglo dua tingkat tersebut. Suaminya, Haji Bakar melipat-lipat akhbar. Dia perasan gelagat isterinya itu.

“Ummi, apa yang awak tengok tu?” Haji Bakar bersuara, mematikan lamunan Ummi Habibah. Segera Ummi Habibah mengukir senyuman untuk suami tercinta. Walaupun sudah empat puluh tahun lebih usia perkahwinan mereka, perasaan kasih antara mereka tidak pernah pudar.
           
“Uma, bang.” Ummi Habibah mencapai jari jemari suaminya dan digenggam lembut. Haji Bakar membalasnya.

“Kenapa dengan Uma? Baik saja abang tengok.” Matanya memandang Ummi Habibah sebelum memandang televisyen. Aiman yang sedang menonton itu hanya memasang telinganya.

“Tak. Uma anak yang unik.”

Haji Bakar memandang isterinya. Hairan benar dia dengan kata-kata yang keluar dari bibir Ummi Habibah sebelum bibirnya sendiri turut menguntum senyuman.

“Ya. Uma adalah satu anugerah daripada Allah kepada keluarga kita. Walaupun dengan keadaannya itu, Uma tak pernah sekalipun menyusahkan kita. Uma mungkin satu dalam sejuta.”

Ummi Habibah mengangguk setuju dengan kenyataan suaminya. Jikalau beberapa tahun yang lalu, Ummi Habibah berasa amat bimbang tentang keadaan anak gadisnya yang sedang membesar itu. Pelbagai perkara dan anggapan yang hinggap di kepalanya. Namun, sekarang kebimbangannya mula pudar dan merosot walaupun kadang-kadang kelakuan Humaira tidak seperti seorang gadis yang berusia dua puluh empat tahun.

Dengan keadaannya yang ‘terancat akal’ seperti yang digambarkan oleh jiran-jirannya, Humaira sebenarnya adalah gadis yang berdikari dan tidak pernah bergantung kepada orang lain. Jika tidak, kereta Proton Satria Neo yang tersadai di garaj itu kepunyaan siapa? Siapa yang memandunya kalau bukan Humaira jika gadis itu ingin ke sesuatu tempat dan dia tidak pernah menghalang kebebasan anak gadisnya yang bersikap keanak-anakan itu.

“Betul kata ummi dan abi tu. Kak Uma memang unik. Mana ada orang letak nama kucing Nadia kecuali dia seorang.” Aiman mencelah perbualan ibubapanya. Ummi Habibah dan Haji Bakar tergelak kecil. Betul kata anak lelaki mereka itu.

Telefon yang berada tidak jauh daripada mereka itu berdering. Aiman pantas bangun dari pembaringannya dan mengangkat telefon.

“Waalaikumussalam. Kak Uma ada.”

“Ya. Kejap. Kak Uma! Oh, Kak Uma!” Aiman menjerit nama kakaknya.

“Apa? Kacau la Iman ni.” Kedengaran jeritan suara Humaira dari arah dapur.

“Telefon. Abang Is ni.”

“Ala, datang sini la!” Kedengaran manja suara gadis itu. Aiman tersengih. Memang dia sudah tahu. Pantas dia bergerak meninggalkan ibubapanya sebelum kembali menghadap televisyen.

“Kenapa, Iman?” tanya Ummi Habibah. Malam-malam begini anak sulungnya itu menelefon Humaira.

“Tak tahu, ummi. Bisnes kot.”

Ummi Habibah hanya mengangguk faham. Arif benar dengan kerja kedua-dua anaknya itu. Harithah ataupun Is bekerja di sebuah syarikat yang besar dan terkenal. Ummi Habibah bangga kerana dapat membesarkan anak-anaknya dengan cemerlang. Anak keduanya pula, Amani bekerja sebagai seorang pengurus di lapangan terbang. Intan, anak ketiganya pula sudah menjadi seorang pensyarah yang berjaya dan ketiga-tiga mereka sudahpun berumah tangga.

“Ummi. Abi.”

Humaira muncul dan memeluk leher umminya dari belakang.

“Uma naik dulu. Selamat malam.”

Humaira mencuim pipi ummi dan abinya.

“Tidur awal, Uma. Jangan kerja kuat sangat.” Ummi Habibah mengingatkan anaknya. Humaira mengangguk beberapa kali sebelum berlalu dengan Nadia di pangkuannya.

Humaira, walaupun digelar ‘terencat akal’ oleh kebanyakan jirannya, kadang-kadang dia menjadi normal seperti orang biasa. Walaubagaimanapun, gadis unik itu hanya akan menjadi normal apabila berhadapan dengan komputer ribanya

Humaira, walaupun dia tidak keluar bekerja seperti pemuda pemudi lain dan hanya duduk di rumah, dia sebenarnya adalah seorang wanita yang berjaya. Humaira bekerja di rumahnya. Dengan hanya membuat kerja melalui komputer ribanya itu, bayaran akan masuk ke dalam akaun banknya setiap bulan.

Itulah keistimewaan yang tidak diketahui oleh orang-orang luar mengenai Humaira. Keunikan itu tersembunyi dek perangai Humaira yang nakal dan keanak-anakan itu. Humaira seperti mempunyai dua identiti yang berbeza.

----------------------------
ya...itu dia, tuan punya kucing, ya? haha...

3 komen:

Nadzipah berkata...

haha..tuan punya kucing yang unik...
tak sabar nak tau kisah seterusnya...
keep up writing..

eija berkata...

xsbr nk tgu next n3..

NadiahHalim dot com berkata...

semakin menarik!

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©