Hari
berganti hari. Seperti biasa, daripada pagi, dia hanya berada di universiti
sahaja. Apabila hari beransur petang, dia menerima mesej daripada adiknya
supaya beli aiskrim untuk mereka sebelum pulang ke rumah kampung.
Ema menggeleng sendiri. Alang-alang
hendak beli aiskrim untuk adik-adiknya, baik dia belikan terus barang-barang
keperluan di rumah untuk emak dan adik-adiknya. Ema membuat keputusan untuk
singgah di sebuah pasar raya yang besar.
Walaupun banyak pasar raya yang besar
di Zamora ini dan banyak kedai dalam pasar raya yang dimasukinya itu, namun dia
tidak dapat mengahalang takdir bahawa dia akan bertemu dengan orang yang tidak
menyukainya di situ.
“Oh, girls. Tengok kita jumpa siapa
ni? Tunang Tengku Fateh!” Satu suara yang seakan menyindirnya kedengaran.
Ema berpaling, berhadapan dengan tiga
orang gadis yang dikepalai oleh orang yang sangat dia kenal, Melissa.
“Cik Melissa,” sapa Ema walaupun dia
tidak mahu mempedulikan gadis itu sebenarnya.
“Mel, awak pasti ke dia ni tunang
Tengku Fateh? Tak nampak gaya begitu pun,” ujar salah seorang kawan Melissa.
Ema terdiam seketika sebelum tersenyum
nipis. Hari ini dia hanya berpakaian sukan kerana aktivitinya di universiti
pada hari ini kebanyakannya adalah aktiviti lasak.
“Awak tak salah orang ke? Takkanlah
taste Tengku Fateh macam ni kot.” Seorang lagi kawan Melissa menyindirnya.
Ema tidak menjawab. Dia hanya
membiarkan sahaja mereka bertiga berbual tentang dirinya seperti dia tiada di
situ. Setelah faham tujuan mereka bertiga menyapanya, Ema kembali memilih
barang-barang yang diperlukannya.
“Eh, Ema. We alls tengah
bercakap dengan you ni! Jangan biadap sangat boleh tak?” Melissa mula
naik darah apabila sindirannya dan kawan-kawan tidak berkesan kepada Ema.
Ema menghela nafas. Dia mengukir
senyuman dan kembali menghadap ketiga-tiga gadis tersebut.
“Kalau cik-cik datang tegur saya tapi
nak sindir dan kutuk saya di sini, kenapa saya perlu sopan? Dan sebenarnya, your
perceptions of me are your problems, they are none of my business. Honestly,
I don’t care,” ucap Ema dengan muka bersahaja. Iyalah, bukan salah dia
kalau mereka yang datang mencari masalah dengan dia.
“Hey! You ingat you dah
jadi tunang dia, you dah jadi ahli kerabat diraja ke? Jangan mimpilah. You
tetap tak layak! ” Melissa mula menunjuk-nunjuk dengan jarinya.
Ema menggelengkan kepala melihat
gelagat gadis itu.
“Cik Melissa, kita berada di tempat
awam. Saya rasa Cik Melissa pun tak nak memalukan diri bergaduh di sini dan Cik
Melissa, please stop. Kami bakal berkahwin minggu depan. Cik Melissa
patut berhenti buat semua ni. Ramai lagi lelaki lain.” Ema cuba menasihati
gadis itu. Sebagai seorang tunang, tentulah dia tidak suka jika ada orang lain
yang ingin mengacau hubungan mereka. Sebagai seorang perempuan, dia juga tidak
mahu Melissa menjatuhkan harga diri seorang perempuan demi seorang lelaki.
“Bakal
berkahwin tapi belum berkahwin. Lagipun, lelaki boleh berkahwin empat,” balas Melissa.
Ema
tergelak kecil.
“Jadi?
Cik Melissa hendak jadi isteri kedua dia? Lepas Cik Melissa jadi isteri dia, apa
yang Cik Melissa dapat?” soal Ema masih bersahaja.
“I’ll
get you out of his life! I'll make sure I will be his only wife!” jawab
Melissa dengan berani.
Ema
terdiam seketika, sebelum merenung mata gadis itu dalam-dalam.
“Are
you threatening me?” tanya Ema perlahan-lahan.
“Yes!
So, what?” Dengan angkuhnya gadis itu membalas.
“Just
so you know, dengan recording dalam telefon saya ni, kalau apa-apa
terjadi pada saya selepas ini, suspek utama adalah Cik Melissa dan kawan-kawan
Cik Melissa ni.” Ema menunjukkan telefon di tangannya yang sememangnya dipegang
daripada tadi kerana ingin melihat senarai barang-barang yang perlu dibelinya.
Terus
berubah wajah ketiga-tiga gadis di hadapannya. Dua kawan Melissa sudah mula
takut dan mengajak Melissa berlalu. Melissa memandangnya tajam sebelum berlalu.
Ema
memandang dengan bersahaja sebelum menghela nafas lega apabila kelibat
ketiga-tiga gadis itu hilang dari pandangannya. Dia memandang skrin telefonnya
sebelum menggeleng sendiri dan menyimpan telefonnya di dalam beg tangannya.
SETAHUN TAK UPDATE BLOG NI.
THANK YOU YANG SUDI MENJENGAH LAGI.
AND PENGUMUMAN UNTUK YANG MASIH MENCARI NOVEL REMAJA YANG DAH TAK ADA DI PASARAN, BOLEH DAPATKAN DI KEDAI SHOPEE CIK HALIBAN YA.
ADA BUKU & JUGA E-BUKU YANG HALF PRICE JE. INI LINK SHOPEE TU:
4 komen:
rindu
Cant wait nk tgu next update. Good luck for you phd sister
kami sabar menanti..tolong la habis di sini..
Sambung lah lagi sis
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D