Assalamualaikum & Salam sejahtera! ^__^
cik haliban nak minta maaf sebab tak dapat nak sambung LUM SP sebab tak ada ideaaaa~ huhu... sedihnya bila datang writer block ni kan?
okey. cerita baru!!! cik haliban dah datang semangat nak tulis cerita baru ni. Harap2 semangat berpanjangan. Tapi entry ni teaser je la, so sgt pendek. hehe...jangan marah, kawan-kawan. Moga2 cik haliban ada idea banyak untuk sambung, doakan! ^__^
cik haliban nak minta maaf sebab tak dapat nak sambung LUM SP sebab tak ada ideaaaa~ huhu... sedihnya bila datang writer block ni kan?
okey. cerita baru!!! cik haliban dah datang semangat nak tulis cerita baru ni. Harap2 semangat berpanjangan. Tapi entry ni teaser je la, so sgt pendek. hehe...jangan marah, kawan-kawan. Moga2 cik haliban ada idea banyak untuk sambung, doakan! ^__^
Ema
mengambil kad yang dihulurkan oleh Abang Rahman yang sedang bertugas di pondok
jaga kawasan Kondominium Mahligai. Setiap kali dia datang ke sini, memang Abang
Rahman yang dia akan jumpa. Dia hanya ke sini sekali seminggu sahaja iaitu pada
hari Isnin pagi dan tentulah masa tersebut adalah masa Abang Rahman yang
bertugas.
“Tuan sudah lama keluar, Abang Rahman?”
soal Ema. Kalau dia sudah mendapat kad itu, maknanya Tuan sudah keluar. Sebenarnya,
ini kali ketiga dia datang ke sini. Pertama kali dia datang, menggantikan rakan
sekerjanya, Abang Rahman sudah ramah. Pada pandangannya, ramah lelaki itu
bukannya ramah menggatal tetapi ramah baik hati. Lagipun, Abang Rahman suka
bercerita tentang keluarga dan anak-anaknya.
“Dalam sepuluh minit, Ema. Ema sudah sarapan?
Kalau belum, abang ada kuih ni. Isteri abang yang buat,” pelawa Abang Rahman.
Ema tersenyum, “Ema sudah sarapan.
Terima kasih. Ema naik dulu ya.”
Dengan kad yang berada di tangannya
itu, Ema boleh menggunakan lif peribadi yang sebenarnya boleh digunakan oleh
sesetengah orang sahaja. Hendak masuk lif tersebut, imbaskan saja kad tersebut
di mesin pengesan. Masuk lif, tidak perlu tekan apa-apa kerana kad yang
diimbasnya tadi sudah mempunyai maklumat tentang tingkat yang hendak dituju
oleh pemilik kad tersebut.
Ting! Bunyi tersebut menandakan bahawa
dia sudah tiba ke destinasi, tingkat paling atas sekali di blok tersebut! Ema
keluar daripada lif dan berjalan menuju ke arah sebuah pintu. Pintu rumah itu
juga dibuka dengan cara mengimbas kad yang diperolehinya tadi.
“Assalamualaikum.”
Salam diberi walaupun dia tahu tiada orang dalam penthouse tersebut. Memberi
salam ketika masuk ke dalam rumah walaupun rumah yang kosong adalah sunat[1].
Sebenarnya, kawasan Kondominium Mahligai ini mempunyai
5 buah blok dan tingkat paling atas setiap blok hanya menempatkan sebuah rumah,
lebih tepat lagi, sebuah emper (penthouse).
Kedatangan Ema di penthouse itu bukanlah bermaksud dia memiliki rumah tersebut
tetapi dia datang untuk menjalankan tugasnya. Dia bertugas sebagai seorang pembantu
rumah separuh masa di bawas sebuah agensi dan beberapa minggu yang lalu, dia
diberi tugas untuk menggantikan rakan sekerjanya yang sudah ingin berhenti.
Haaa… diberi tugas membersihkan sebuah penthouse,
siapa yang tidak teruja? Kalau dia tidak mengambil peluang ini, bila lagi dia
dapat menjejakkan kaki ke dalam sebuah rumah yang mewah sebegini? Ada 4 bilik
tidur, 3 bilik air, dapur kering dan basah, ruang tamu dan ruang makan yang
luas serta lif persendirian. Dekorasi pula, usah cakaplah. Hendak memiliki
rumah yang semahal ini, dalam mimpi sahajalah. Diberi kebenaran untuk membersihkan
rumah ini juga sudah cukup baginya, bukannya dia berniat untuk mencuri barang
ataupun menggoda tuan punya rumah.
Oh… Sebenarnya, dia tidak mengenali pemilik penthouse
ini. Dia hanya mendapat arahan daripada majikannya di agensi dan dia
menjalankan amanah. Di penthouse tersebut juga tiada gambar-gambar yang
membolehkan dia mengenali pemilik penthouse ini. Apa yang dia tahu daripada
Abang Rahman, pemilik penthouse ini seorang yang lelaki, bujang, muda dan
Islam. Apapun, dia tidak kisah asalkan dia dapat kerja yang halal.
“Okey! Jom mula kerja! Bismillahirrahmanirrahim…”
haaa... rasa-rasa cerita ni menarik x? ^_^
oh haa... hero cerita ini adalah Tengku Fateh Abqari. hehe... cik haliban bagitahu awal-awallah hero dia. :p cerita Cinderella? sah-sahlah bukan sebab Fateh ni bukannya putera mahkota. hehe... Siapa tak kenal Fateh, boleh baca buku Istana Airi & Calon Isteri Putera Mahkota~
oh haa... hero cerita ini adalah Tengku Fateh Abqari. hehe... cik haliban bagitahu awal-awallah hero dia. :p cerita Cinderella? sah-sahlah bukan sebab Fateh ni bukannya putera mahkota. hehe... Siapa tak kenal Fateh, boleh baca buku Istana Airi & Calon Isteri Putera Mahkota~
4 komen:
yea!! akhirnya !! hehehe . cepat cepat lah ada idea kak . ^_^
lama dah x singgah sini x sempat.. bz test,, assmnt ecehcehceh alasan! hehehe wahh permulaan y menarik.. hope idea sentiasa ada..
g kedai buku slalu cari buku istana airi tpi x pernah jmp.. patricians vs aurora jer yg ada dlm list ngeee.. blh bli terus x?? untung2 dapat sain skali hehehhe
cik iniakuyangpunya hati, nak beli istana airi dgn saya? ^_^ emel sy di nabieylah_winx@yahoo.com. blh? ^_^
Baru nak start baca E&F.....
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D