COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Ahad, 21 April 2019

Takdir Cinta (E & F) - 60


Majlis perasmian resort Nuh berjalan dengan lancar. Perkenalan Ema dengan isteri dan tunang kepada kawan-kawan Fateh juga boleh dikatakan berjaya kerana masing-masing selesa dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka. Ema dan Iman berpisah di lapangan terbang walaupun Iman seperti tidak mahu mangikut si suami. Ema hanya senyum apabila melihat Tengku Danish menarik tangan isteri tercintanya untuk masuk ke pintu pelepasan VIP di situ.
                “Macam-macamlah Iman ni,” ucap Fateh menggeleng sendiri.
                “Jom.”
                Mereka pula ke pintu pelepasan biasa sahaja kerana mereka tidak menaiki kapal terbang peribadi seperti Danish dan Iman. Ketika lalu di hadapan sebuah kedai bunga di lapangan terbang tu, Fateh berhenti seketika. Melihat bunga yang tersusun di hadapan kedai itu, Fateh berpaling kepada tunangnya.
Roses or sunflower?” soal Fateh.
Ema memandang bunga-bunga yang tersusun cantik di hadapan mereka.
“Kenapa dengan bunga ros? Kenapa dengan bunga matahari?” tanya Ema kembali. Jangan kata Fateh hendak beli bunga ini untuk dia. Ada pula tambahan barang untuk  dibawa masuk dalam kapal terbang nanti.
“Antara dua tu, awak pilih yang mana?” Fateh tidak berputus asa menyoal. Namun, tiada tanda untuk dia masuk ke kedai tersebut.
Sunflower.” Ema menjawab pendek.
“Selalunya orang perempuan suka bunga ros. Awak memang selalu pelik, kan?”
 “Awak baru sedar? Saya bukan perempuan biasa.” Ema menjeling pemuda di sebelahnya. Sebelah tangannya membuat gaya melibas rambut, tetapi dia melibas shawl yang dipakainya itu.
                Fateh tertawa melihat gelagat gadis itu.
“Tapi kalau awak nak tahu, kadang-kadang, bunga ros dan bunga matahari ni sesuai digabungkan, akan nampak cantik,” komen Ema.
“Iya? Mana awak tahu?”
“Saya tahulah. Saya pernah kerja di kedai bunga. Awak ingat saya kerja main-main ke?” Ema mengangkat kening kepada lelaki itu.
Fateh ketawa sahaja. Dia kemudiannya melambai kepada pekerja kedai bunga tersebut dan memesan dua kuntum bunga. Sekuntum bunga ros, sekuntum bunga matahari. Ema hanya diam memandang sehinggalah bungkusan dua kuntum bunga itu sampai di tangannya. Ema menghela nafas.
“Terima kasih.” Akhirnya dia senyum sahaja. Nasib baiklah dua kuntum sahaja. Bolehlah dia sumbat sahaja ke dalam begnya.
“Jom.”
Mereka masih ada masa 45 minit sebelum kapal terbang berlepas dan masih belum dipanggil masuk lagi. Sambil menunggu, Fateh membaca surat khabar manakala Ema menonton drama di telefon bimbitnya. Fateh mengerling si tunang yang khusyuk memandang skrin telefon tanpa berpaling itu. Dilihatnya gadis itu sedang tersenyum manis.
“Tengok apa?” Fateh yang asalkan duduk berhadapan itu beralih ke tempat sebelah Ema.
“Drama sejarah Chinese. Cantik baju wedding dia. Merah, ada sulaman emas dan kalau kita yang pakai dengan tudung, memang menutup aurat. Rasa macam nak cuba pakai,” ucap Ema, menunjuk skrin telefonnya kepada Fateh.
“Merahnya,” komen Fateh pendek.
“Bagi mereka, merah tu simbol happiness, prosperity and good lucks. Ada sulaman warna emas dan perak, itu yang nampak macam cantik saja,” jelas Ema dengan penuh minat. Matanya tetap tidak lepas dari memandang skrin.
“Betul nak cuba? Kalau masa majlis nikah dan resepsi, kena pakai pakaian tradisional negara. Kalau untuk photoshoot lepas kahwin, boleh la,” ujar Fateh.
 “Serius?” Ema pantas menoleh.
“Kalau awak nak, semua boleh, cara.” Fateh senyum manis.
Ema terkebil-kebil memandang pemuda di sebelahnya itu.
“Rasa terharu tak?” usik Fateh, mengangkat sebelah keningnya.
“Ada untung rupanya kahwin dengan anak raja,” balas Ema bersahaja, kembali menonton cerita di telefonnya.
“Amboi, bukan main ya. Iyalah, nasib baik awak kahwin dengan saya. Bukan orang tu.”
"Rupanya orang tu bukan jodoh saya. Nasiblah." Ema buat muka sedih.
Cara… Cakap apa tadi?” Insan di sebelah bertanya dengan pandangan yang tajam dan senyuman yg penuh kepura-puraan.
 “Awak tu la, cakap macam nak cari gaduhkan?” Ema mengerling sekilas. Selepas itu, dia kembali menonton cerita, tidak mempedulikan pemuda di sebelahnya. Fateh senyum sendiri. Beberapa ketika kemudian, mereka dipanggil masuk untuk berlepas.



Ada orang still baca lagi ke blog Cik Haliban ni? Sorry sangat-sangat lama gila tak update. Ni tiba-tiba CIk Haliban semangat update sebab ada sorang adik ni mesej Cik Haliban tanya pasal buku CIPM. Wah... buku lama. Tiba-tiba terharu dan semangat nak habiskan cerita ni.

Ada orang baca tak??? 

4 komen:

MAZNAHARIS berkata...

ADA..... SEMINGGU SEKALI INTAI ADA UPDATE KE TIDAK...AT LAST... ADA HARI NI...

Tanpa Nama berkata...

Samaaaa. Saya pun seminggu sekali intai. Nk dekat setahun cik Haliban tak update tp kita still intai. Alhamdulillah in the end ada update.

Unknown berkata...

Ada je ni. Sllu jngk.

Unknown berkata...

Ada je kak. Sentiasa menunggu ketibaan helaian yang baru huhu

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©