Iman menghampiri
lelaki yang sedang memandang dokumen di tangan walaupun sedang duduk di kerusi
menghadap televisyen yang sedang menyiarkan drama. Iman hanya menggeleng
melihat drama di televisyen dimainkan tanpa suara. Kalau hendak buat kerja,
kenapa duduk di sini?
Apa pun, dia mengambil
tempat di sisi suaminya. Sebelah tangan si suami automatik memeluk bahunya dan
menariknya ke dalam pelukan, sementara sebelah lagi masih memegang kertas. Iman
hanya menurut dan menonton drama tanpa suara itu.
“Dear.”
“Herm…” balas Iman, tidak
mengalihkan pandangannya daripada televisyen walaupun tiada bunyi.
“Iman binti Razali.”
“Ya. Kenapa?” jawab Iman
bersahaja, tetap tidak berpaling.
Tiba-tiba, skrin
televisyen itu gelap. Terkebil-kebil Iman seketika sebelum dia menegakkan
badannya. Matanya mula mencari “remote controller” televisyen itu. AKhirnya dia
nampak benda tersebut di tangan Danish. Maka, tahulah dia puncu televisyen
tiba-tiba tertutup itu.
“Kenapa tutup televisyen
tu?”
“Apa yang best sangat?
Bukannya bunyi suara pun,” jawab lelaki itu, menyorokkan remote controller
itu di belakangnya dan berpeluk tubuh.
“Saya tak nak kacau awak,
sebab tu saya biarkan sahaja tiada bunyi. Kenapa awak tutup?” Berkerut dahi Iman.
Bukannya apa, dia hanya pelik sahaja.
“Tak payah tengok drama,
tengok saya sahaja.”
Erk… Iman terkedu seketika
mendengar jawapan dari mulut suaminya.Kemudian, dia tergelak kecil.
“Awak dah kenapa?
Tiba-tiba sahaja cemburu dengan drama tu. Kerja dah habis ke?” Iman melihat
dokumen-dokumen yang dibaca oleh Danish sudah tersusun di meja kecil.
Danish hanya mengangguk
sahaja.
“Kalau macam tu, saya
hendak tanya sesuatu pada awak ni,” ujar Iman, membetulkan duduknya di sisi
lelaki itu.
“Apa dia?”
“Kenapa Kak Rani kosongkan
jadual saya hujung minggu ni?” Kak Rani adalah pembantu peribadi Iman. Selalunya,
jadual Iman akan dikosongkan jika dia dan Danish hendak menghabiskan masa
bersama-sama. Jikalau tidak, tentu hari minggu mereka akan dipenuhi dengan
jemputan-jemputan dan majlis-majlis.
“Oh… Nuh buka resort baru.
Jadi dia ajak kita pergi ke majlis pembukaan resort tu hari minggu ni,” jawab Danish
bersahaja. Memang dia yang menyuruh Kak Rani mengosongkan jadual mereka, namun
dia masih belum memberitahu perancangannya kepada si isteri.
“Ohhh… ” Iman mengangguk
faham. Nuh adalah salah seorang daripada kerabat diraja yangg berumur dalam
lingkungan sebaya dengan Danish dan
Fateh. Selain, Nuh terdapat beberapa orang pemuda lagi yang dikira satu geng
dengan Danish dan Fateh ini. Geng kerabat diraja. Seperti Fateh dan Danish,
mereka semua juga dipisahkan oleh negara dan benua. Namun mereka tetap
mengadakan pertemuan seperti kali ini.
“Fateh pergi juga?” soal
Iman.
“Ya, Nuh dah ‘confirm’kan
dengan Fateh.”
Iman mengangguk. Bukannya
apa, fikir tentang Danish dan Fateh, sebenarnya dia teringatkan Ema. Apa cerita
gadis itu sekarang ya?
Petang itu,
sebaik sahaja tamat waktu bekerja, Ema terus mengemas dan bersedia untuk
pulang. Selalunya dialah antara staf yang paling lewat pilang kerana dia tiada
komitmen lain. Hari ini, dia perlu pulang awal kerana dia dan Fateh akan
bergerak ke destinasi selepas solat Maghrib. Jadi, dia harus bersiap lebih
awal.
Dia menyuakan senyuman
apabila terserempak dengan rakan sejawatan serta pelajar-pelajar yang
menegurnya.
Sesampainya di kereta, Ema
meletakkan barang-barangnya di tempat duduk belakang. Enjin kereta dihidupkan
terlebih dahulu. Dia berdiri di luar kereta sambal membelek skrin telefonnya.
“Eh, puan.” Tiba-tiba
seorang pelajar menegurnya. Dia kenal pelajar ini. Pemuda ini sentiasa aktif
semasa kelasnya.
“Tayar kereta puan…”
Fateh berjalan
keluar dari pejabat Bersama kawannya yang baru sahaja selesai bertugas itu. Dia
pula tidak bertugas tetapi ada sedikit urusan di pejabat. Terserempak pula
dengan Safiuddin yang baru sahaja selesai penerbangan itu.
“Kau ada programkah esok?”
tanya Safiuddin.
“Ya. Aku tak ada di sini
hari minggu ni,” balas Fateh.
“Eh… Tengok tu.” Safiuddin
menunjuk kea rah tempat parkir kereta. Kelihatan seorang gadis yang beruniform
pramugari syarikat mereka sedang berdiri si sebelah sebuah kereta. Gadis itu
sedang berpaling seperti mencari seseorang sebelum ternampak mereka berdua.
“Sebelah kereta kau tu.
Pergilah tanya,” ujar Fateh pula. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, tanda ada
mesej yang masuk.
“Sah-sahlah Si Melissa tu
bukan cari aku,” komen Safiuddin pula.
Fateh buat endah tak
endah. Mesej yang masuk ke telefonnya dibuka. Setelah membaca mesej tersebut,
dia memandang Melissa yang berjalan semakin menghampiri dengan mereka berdua
dan berpaling kepada Safiuddin.
“Sorry. Kali ni,
kau kena tolong aku. Tunang aku ada masalah. Aku kena gerak dulu.” Fateh pantas
bersuara dan terus berlalu tanpa memandang Melissa lagi. Dia mendail nombor
telefon Ema seraya melangkah menghampiri keretanya sendiri.
Melihat tayar
keretanya yang pancit itu, Ema menghela nafas panjang. Boleh pula dia tak
perasaan keadaan keretanya. Nasib baiklah ada pelajar ini yang memberitahunya.
“Terima kasih. Nasib baik
kamu beritahu saya.” Ema mematikan enjin keretanya sebelum memandang pelajar
tersebut.
“Tak ada masalah, puan.
Puan nak saya tolong apa-apa?”
Ema hanya menggeleng dan membenarkan
pelajar tersebut berlalu dari situ. Baru sahaja dia hendak menelefon seseorang,
telefonnya telah berbunyi terlebih dahulu. Melihat nama pemanggil, Ema menarik
nafas sekali lagi. Salam diberi dan dijawab.
“Cara, awak dah
habis kerja?” Si pemanggil bertanya.
“Dah, baru sahaja start
kereta tapi…” Ema teragak-agak untuk memberitahu masalahnya kepada si
tunang di hujung talian.
“Kenapa?”
“Ada masalah sikit. Tak
tahu sempat ke tak balik rumah awal ni,” ucap Ema, masih belum berterus terang.
“Masalah apa? Cuba
bagitahu.”
“Tayar kereta ni pancit.”
“Ohhh…
Ada orang ke tak di situ? Cuba minta tolong sesiapa tukarkan tayar sementara
saya ke sana. Kalau dah siap tukar tayar pun, jangan bergerak ke mana-mana,
tunggu saya datang, boleh?”
“Erm… Okey.” Terkebil-kebil
Ema mendengar arahan Fateh satu per satu. Lelaki itu tenang sahaja seperti
sudah tahu apa masalahnya dan apa penyelesaiannya.
Sebenarnya, dia sendiri
tahu bagaimana untuk menukar tayar kereta. Dia bukanlah gadis lembut yang tidak
pernah membuat kerja berat. Tapi dalam universiti pertahanan begini, mustahil
pula jika ada yang tidak tahu cara menukar tayar kereta. Akhirnya, dia meminta
tolong beberapa orang pelajar lelaki yang melalui kawasan parkir tersebut.
Setengah jam kemudian, kereta Fateh berhenti betul-betul di belakang kereta Ema. Fateh melihat Ema sedang menunggu di dalam kereta sahaja. Dia mengetuk cermin kereta. Ema mengangkat wajah dan menurunkan cermin kereta apabila melihat Fateh.
Setengah jam kemudian, kereta Fateh berhenti betul-betul di belakang kereta Ema. Fateh melihat Ema sedang menunggu di dalam kereta sahaja. Dia mengetuk cermin kereta. Ema mengangkat wajah dan menurunkan cermin kereta apabila melihat Fateh.
“Tayar dah okey? Siapa
tukarkan?” soal Fateh.
“Saya minta tolong student
tukarkan tadi.”
“Okey. Saya teman awak
balik rumah. Awak gerak dulu, saya ikut dari belakang.”
“Eh, tak apalah. Kereta
saya dah okey ni. Awak pun perlu balik bersiap kan?” bantah Ema.
“Saya cuma mandi dan solat
sahaja. Beg saya dah sedia dalam bonet kereta tu. Saya temankan awak
balik. No objection.” Memang dia bersiap sedia lebih awal kerana
perancangan awalnya adalah dia hendak masuk ke istana selepas pulang dari
pejabat.
Ema menghela nafas. Apa
lagi yang boleh dia buat selain mengangguk setuju sahaja. Setibanya di rumah
mak Ema, langit sudah hamper gelap menandakan waktu Maghrib sudah dekat.
“Awak sempat ke nak balik
ni? Kata nak bergerak lepas Maghrib?” soal Ema.
“Kalau tak sempat?” Fateh
menyoal sambil senyum.
Akhirnya, Fateh mandi dan bersolat
di rumah mak Ema, diuruskan Syafik dan Majid.
KOMEN???
2 komen:
Yeah. nice sis. tak sabar tunggu wedding fateh n emma.
Bila nak update ni. �� 3 bulan dh. Almost 4 bulan. ��
Catat Ulasan
Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D