COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

CERPAN [published]

TERBAIK UNTUKMU
...PROLOG... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

TUHAN, BERIKAN AKU CINTA
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

LELAKI UNTUKMU
... 1 ... 2 i... 2 ii ...SP i...


KERANA SAAT ITU
...1...

==============

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

connecting...

4 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur
.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}

.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}

.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}
.

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

ONLINE SHOP

E-BUKU boleh didapati di kedai shopee:
https://shopee.com.my/cik.nabilahnur

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur}

MCI


{Diharap cerita ini dapat memberi pengajaran, insyaAllah}

Photobucket
... PROLOG ...

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...

... 10 ... 11 ...

{TAMAT}

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Cari cerita apa?

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full,E-BUKU boleh didapati di kedai shopee: https://shopee.com.my/cik.nabilahnur ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 14 Mac 2017

Takdir Cinta (E&F) -53-



Sebaik sahaja Ema mengambil begnya, telefonnya berbunyi. Dia menjauhi tempat mengambil beg supaya tidak menghalang orang lain. Sambil menjawab panggilan tersebut, sebelah tangannya menarik beg trolinya dan dia bergerak ke pintu keluar.
“Ema, dah sampai?“ Soalan itu ditanya setelah salam daripadanya dijawab.
“Sudah kak. Baru lepas ambil beg. Kenapa kak?” jawab Ema. Matanya memandang sekilas orang-orang yang sedang berdiri di luar pintu keluar itu. Dia lalu di celahan-celahan mereka untuk menjauhi kawasan tersebut.
“Okey. Ema tunggu sekejap. Nanti kami sampai. Five minutes.” Ucap wanita dalam panggilan, Cik Puan Airi.
“Akak nak ambil Ema? Eh, tak apalah kak. Ema boleh balik sendiri,” pantas Ema memotong. Siapalah dia untuk Puteri Mahkota Zamora itu datang mengambilnya di lapangan terbang.
“Akak dan Achik dah nak sampai ni, Ema. Ema tunggu dekat tiang B.”
Ema terkebil-kebil. Kenapa pula Cik Puan Airi dan Tengku Syifa'ul Asrar bersusah payah hendak datang mengambilnya di lapangan terbang ni? Dia menghela nafas. Siapalah juga dia untuk menolak cadangan Cik Puan Airi yang sudah hendak sampai pun di situ semata-mata kerana ingin mengambilnya? Akhirnya dia mengalah. Dia menunggu di tiang bertanda huruf B.
Lima minit kemudian, sebuah kereta berwarna hitam berhenti di hadapannya. Cermin kereta yang diturunkan menampakkan kelibat Tengku Syifa’ul Asrar yang memandu dan Cik Puan Airi di tempat duduk sebelah pemandu.
“Ema, jom.” Cik Puan Airi menunjuk tempat duduk belakang dan Tengku Syifa’ul Asrar menyengih ke arahnya. Ema senyum serba salah. Sebentar kemudian, kereta tu meluncur keluar daripada lapangan terbang itu.
“Kenapa datang ambil Ema? Ada apa-apakah?” soal Ema. Memang dia ada menyebut tentang rancangan penerbangan pulangnya ke Zamora dalam kumpulan Whatsapp mereka semalam, tapi dua wanita itu tiada pula memberitahunya rancangan mereka untuk mengambil dia.
“Saja. Lama tak jumpa Ema. Kami nak ajak pergi Ema shopping,” balas Asrar yang memandu itu.
Ema tersengih. Macamlah dia percaya kata-kata anakanda kedua Raja Zamora itu. Ajak dia shopping sebaik sahaja dia sampai? Dia belum pun belum sempat balik dan tukar pakaian lagi.
“Macam mana percutian Ema? Ada hasil?” Cik Puan Airi menoleh sekilas dan bertanya sambil mengangkat kening kepadanya.
Ema senyum nipis. Hasil apa yang diharapkan oleh wanita ini? Walau bagaimanapun, dia berasa lebih tenang sekarang berbandind dengan perasaannya yang tidak menentu beberapa minggu yang lalu.
“Alhamdulillah kak,” jawab Ema pendek.
“Ema ada jumpa Ateh?” soal Asrar pula.
Senyuman di bibirnya dikekalkan. Dia sudah tahu tujuan sebenar dua wanita ini bergegas bertemu dengannya.
“Ada,” sepatah jawapannya.
Selepas itu sepi seketika. Cik Puan Airi dan Tengku Syifa’ul Asrar menunggu sambungan namun Ema menunggu respon mereka berdua. Akhirnya, Cik Puan Airi berpaling ke belakang.
“Jadi?”
Ema tidak terus menjawab. Bagaimana harus dia jawab soalan Cik Puan Airi ini? Dia tahu dua wanita ini sangat berharap hubungannya dan Fateh menjadi, namun memberiharapan kepada mereka samalah seperti member harapan yang tinggi pada dirinya sendiri.
“Mungkin…” Ema berjeda. Cik Puan Airi memandangnya tidak berkelip. Asrar pun diam memandu sambil menajamkan pendengaran.
“Ema patut beri dia satu peluang lagi,” putus Ema.
“Alhamdulillah.” Cik Puan Airi senyum.
“Yay! That being said, Achik akan belanja Ema hari ni,” ujar Tengku Syifa’ul Asrar.
Hati Ema tercuit. Kegembiraandua wanita daripada keluarga diraja ini menceriakan hatinya. Sepuluh minit kemudian, kereta itu diparkir di hadapan sebuah butik yang terletak di kawasan kedai-kedai ternama. Ema hanya mengikut sahaja langkah mereka berdua.
Kedatangan mereka bertiga disambut baik oleh pekerja butik tersebut. Tengku Syifa’ul Asrar menyuruh pekerja itu meninggalkan mereka sendirian. Ema membiarkan dua wanita itu membelek-belek pakaian yang tergantung dalam butik itu sementara dia memerhati keadaan sekeliling. Dia percaya ke mana sahaja Cik Puan Airi pergi, wanita itu akan diawasi daripada jauh. Namun sekarang ini, dia yang berada dekat dengan Puteri Mahkota Zamora itu. Walaupun dia sudah bebas daripada tugasan sebagai seorang pegawai kerajaan, namun naluri harinya tidak dapat ditahan.
“Ema!” Tengku Syifa’ul Asrar memanggilnya.
Ema berpaling dan menghampiri wanita yang melambai kepadanya itu.
“Cantik tak?” Tengku Syifa’ul Asrar mengangkat sehelai dress labuh yang seakan-akan jubah itu.
Ema memandang sekilas dan mengangguk. Busana itu cantik, dan tentunya juga sesuai untuk wanita itu.
“Angah?” Tengku Syifa’ul Asrar bertanya kepada kakanda iparnya itu pula.
“Okey. Sweet sahaja,” balas Cik Puan Airi.
So… Pink okey tak? Ema suka pink tak?” tanya Tengku Syifa’ul Asrar lagi.
“Ema? Not really…” Ema menggeleng. Dalam fikirannya tahu bahawa busana itu adalah untuknya.
Gold?” Cik Puan Airi menangkat sehelai busana yang sama tetapi berlainan warna.
Too much of royalty,” usik Ema menyengih.
“Hey!” Spontan Tengku Syifa’ul Asrar dan Cik Puan Airi memarahinya. Ema ketawa geli hati.
Lime should be okay, right?” Asrar menunjuk pada warna hijau muda yang tidak begitu terang dan lembut itu.
“Hurm... Sesuai kot dengan Ema,” komen Cik Puan Airi.
Kemudian, dua wanita itu berpaling kepadanya. Ema menunjuk pada dirinya sendiri.
“Kenapa untuk Ema pula?” Soal Ema tanpa bersetuju dengan pertanyaan senyap mereka berdua tentang busana tersebut.
“Laaa… Kan Achik cakap Achik nak belanja Ema tadi. So, this is for you,” jawab Tengku Syifa’ul Asrar.
Ema senyum nipis. Inilah istilah ‘belanja’ bagi mereka berdua. Ketika wanita itu berkata begitu tadi, di fikiran Ema hanyalah belanja makan sahaja. Bukannya belanja busana yang harganya hampir beratus-ratus itu.
“Okey…” Ema hanya mampu menerima niat baik kedua-duanya itu.
Go try it.”

“Ema! Apa yang awak buat ni?!”
Ema diam, memandang Fateh yang sudah menunduk, membantu Melissa untuk berdiri kerana terduduk di atas  lantai itu.
“Apa yang awak buat ni, Ema? Depan orang ramai begini?!” marah Fateh.
Ema diam lagi, memandang senyuman sinis yang Melissa suakan kepadanya. Tanpa berkata apa-apa, dia memandang tepat mata Fateh. Mereka saling berpandangan. Fateh dengan pandangan yang penuh kemarahan dan penyesalan, Ema dengan pandangan yang penuh kekecewaan dan kesedihan.
Ema tahu, lelaki itu tentu sangka bahawa dialah punca Melissa terjatuh itu, padahal dia tidak buat apa-apa. Malah, dia langsung tidak sentuh tubuh gadis itu. Mula-mula, gadis itu datang menegurnya dengan senyuman yang penuh dengan kepura-puraan. Ema melayan gadis itu seadanya walaupun dia tidak tahu mengapa Melissa boleh berada dalam majlis ini. Sebentar kemudian, dia meminta diri daripada gadis itu. Namun setelah dia berpaling, tiba-tiba dia mendengar jeritan kecil Melissa dan melihat gadis itu sudah berada di atas lantai di hadapannya itu.
Lakonan apakah yang sedang dimainkan oleh gadis ini? Setelah Fateh menghampiri mereka dan tiba-tiba memarahi dirinya, barula Ema faham. Melissa ingin mengambil perhatian Tengku Fateh Abqari ini.
“Saya tak buat apa-apa. Kalau Tengku tak percaya, CCTV banyak dalam dewan ini, Tengku,” balas Ema. Sesaat kemudian, dia berpaling dan berlalu daripada situ, dengan maruah yang masih ada pada dirinya. Walaupun dia datang bersama-sama Fateh ke majlis itu, biarlah dia pulang sendirian. Ini adalah peluang terakhir yang dia berikan kepada lelaki itu.
               
Kring!!! Ema terjaga. Terkebil-kebil dia memandang kegelapan biliknya sebelum dia bangun daripada pembaringan.
"Mimpi..." Ema menghela nafas. Sampai begitu sekali penangan Tengku Fateh terhadapnya. Dia bimbang peluang yang diberikan olehnya kepada lelaki itu akan terus dipersiakan.
Telefon tangan dicapai untuk melihat waktu. Herm... Alang-alang sudah terjaga awal, ada baiknya dia bangun menunaikan solat tahajjud, memohon perlindungan dengan Allah daripada perkara-perkara yang tidak baik. Setengah jam kemudian, azan Subuh berkumandang daripada surau berdekatan rumah sewanya itu. Dia mengejutkan teman rumah sewanya, Nada, untuk bangun bersolat sebelum menunaikan solat Subuh di biliknya sendiri.
Jam menunjukkan hari sudah menjangkau tujuh setengah pagi, namun Ema masih bersenang-lenang menonton televisyen di ruang tamu rumah sewanya. Nada yang keluar daripada bilik dan melangkah ke dapur itu memandang Ema dengan cemburu.
“Untunglah orang tu, berehat di rumah sahaja hari ini,” laung Nada daripada dapur.
 “Nak untung macam aku ke?” usik Ema kembali dengan sengihan di bibirnya.
“Nak. Siapa tak nak? Hakikatnya, bukan semua orang beruntung macam kau. Dapat kahwin dengan anak raja,” jawab Nada, melangkah ke ruang tamu dengan segelas air di tangan dan duduk di sebelah Ema.
“Belum kahwin pun.” Pendek komen Ema.
“Belum lagi. Will be soon, right?”
Perhaps. Who knows?” Ema menjungkitkan bahunya.
Nada diam seketika, menghirup air yang dibuatnya untuk sarapan pagi itu. Gadis itu merenungnya dengan penuh minat.
“Pernah terfikir tak, mungkin lebih baik kalau Tengku Fateh tu bukan anak raja? Mungkin kau tak akan berhenti kerja,” ucap Nada, meluahkan persoalan.
Ema membalas pandangan Nada tanpa suara seketika. Kemudian, dialihkan pandangannya ke lelangit ruang tamu itu.
“Mungkin aku tak akan berhenti kerja, tapi mungkin juga itu bukan yang terbaik untuk aku. Obviously, kemungkinan tersebut tak akan berlaku sebab Tengku Fateh sudah ditakdirkan lahir sebagai anakanda ketiga Raja Zamora. Berfikir kemungkinan-kemungkinan macam ni hanya akan membuatkan kita tak puas hati dengan hidup kita, Nada.”
Hurm… Betul.” Nada mengangguk setuju.
Telefon Ema berbunyi tanda terdapat mesej yang masuk ke dalam aplikasi Whatsappnya. Ema membuka kumpulan ‘Gorgeous Royal Ladies’. Cik Puan Iman menghantar satu gambar.

Cik Puan Iman

   










 Life goals.

Cik Puan Airi
Hahahaha…

Tengku Syifa’ul Asrar
Semua dah dapat.


Amboi... Ema seorang sajalah yang perlukan goals ni semua.

Ema tersenyum sendiri.
“Aku gerak dululah,” ujar Nada seraya bangun dan menuju ke dapur. Kemudian, gadis itu melambai kepadanya dan keluar daripada rumah. Ema memandang sehingga kelibat kawannya itu hilang di sebalik pintu masuk rumah sewa mereka.
Kemudian, perhatiannya dialihkan kembali ke telefon di tangannya.

Tengku Syifa’ul Asrar
Untuk Ema, priority no. 6. Kalau no.6 lepas, yang lain-lain akan menyusul.


Erk.
Cik Puan Iman
Kami sokong!!!

Cik Puan Airi
100% sokongan!



Tengku Syifa’ul Asrar
Hahaha… Jadi, apa plan kita sekarang?

Cik Puan Iman
Plan percepatkan tarikh nikah dua orang ni!


Hah???
Cik Puan Airi
Hahaha… Akak setuju juga.

Tengku Syifa’ul Asrar
I like! Ala, Ema… Buat apa tunggu lagi lama. Lagi lama, lagi banyak cabaran. Tengok apa jadi hari tu?


Cik Puan Airi
Tapi iyalah… Kita hanya boleh merancang. Kalau betul memang jodoh Ema dan Ateh, insyaAllah akan jadi juga.

Cik Puan Iman
Depends on the person’s efforts juga. Jadi, Ema… Nak @  tak nak?


Ema diam dan memandang lama skrin telefonnya itu. Mindanya berpusing sebelum jari-jemarinya laju menaip jawapan.


Ema minta maaf, Ema rasa tak perlulah. Ema masih sedang mengagak hati dia.
Cik Puan Iman
Kalau macam tu, jangan lupa cerita apa yang berlaku malam ni, tau!

Cik Puan Airi
Makan malam kali ini akan penuh dengan orang-orang yang Ema kenal. Jadi, rasanya Ema tak akan rasa awkward di sana nanti.

Cik Puan Iman
Ema mesti excited nak pergi kan?


Excited juga. J
Tengku Syifa’ul Asrar
Cuba selfie sekali nanti.


Selfie? Hahaha…

Ema tergelak seorang diri. Ada-ada sahaja mereka ni. Tiba-tiba, dia mendapat mesej daripada satu nombor peribadi. Dia membuka mesej tersebut sebelum bangun mengambil komputer ribanya.
Tekun Ema menghadap komputer ribanya tanpa menyedari masa yang berlalu. Akhirnya, tumpuannya diganggu oleh bunyi hon dari luar rumah. Ema bangun mengintai dari tingkap rumah. Ada seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah sewanya dan Nada itu. Berkerut dahi Ema. Tiada siapa yang tahu dia berada di rumah ketika ini kecuali Nada. Lalu, siapa yang sedang berdiri di luar rumah itu?
Ema mencapai tudungnya dan keluar. Semakin dekat, dia dapat melihat bahawa lelaki itu sedang memegang sejambak bunga. Terhenti seketika langkah kakinya sebelum dia meneruskan langkahnya. Ema membuka pintu pagar rumahnya dan menghadap insan tersebut.
“Ada apa ya?” soal Ema. Dia tidak kenal lelaki tersebut. Manalah tahu jika lelaki itu tersalah alamat.
“Cik Syaimah Nasuha?” soal lelaki di hadapannya.
“Ya, saya.” Ema mengangguk.
Terus sahaja lelaki itu menghulurkan jambangan bunga bersama sebuah kotak di tangannya. Ema memandang jambangan bunga tersebut. Ada tiga kuntum bunga ros merah.
Delivery untuk cik.”
Ema menyambut kotak dan jambangan bunga itu. Dia menandatangai kertas yang dihulurkan oleh sebelum pemuda itu  berlalu. Kad yang terselit dalam jambangan bunga itu di baca.
See you tonight.
-Fateh -
 
Ema senyum nipis sebelum masuk ke dalam rumah kembali. Bunga tersebut di letak di sebelah komputer ribanya sebelum dia membuka kotak yang turut sama diberi tadi. Benda pertama yang dia nampak adalah beberapa biji coklat Hershey’s Kisses yang cantik tersusun di atas beberapa helai kain. Spontan Ema tersenyum.  Diletakkan coklat Hershey’s Kisses itu di tepi sebelum dia membawa keluar beberapa helai kain daripada kotak itu.
Wideshawl from ig @belle.talib
“Lah… shawl rupanya. Banyak pula tu,” ujar Ema sendirian. Terdapat lima helai shawl yang berlainan warna. Ema senyum lagi sebelum mencapai telefonnya. Aplikasi Whatsapp dibuka dan nama Tengku Fateh Abqari dicari. Ucapan ‘Terima kasih’ dihantar ringkas kepada lelaki itu. Serta merta tanda bluetick muncul di bawah ucapan tersebut.
Seketika kemudian, telefonnya berbunyi dan nama serta nombor telefon Tengku Fateh Abqari muncul di skrin tersebut. Ema memandang nama itu seketika sebelum menjawab panggilan tersebut.
“Bunga tu baru sampai?” soal pemuda di hujung talian selepas mereka berjawab salam.
“Iya. Terima kasih juga untuk shawl ni. Banyak ni,” balas Ema. Tangannya bermain-main dengan kain tudung itu. Licin dan sejuk materialnya.
Saya ternampak shawl tu di satu butik. Terus terfikirkan awak.” 
Berkerut seketika dahi Ema.
“Awak buat apa di butik tu?” Spontan keluar soalan itu daripada mulutnya sebelum Ema tersedar. Isy… Dia menampar bibirnya beberapa kali. Kenapalah dia perlu menyoal seperti orang yang sedang cemburu?
“Aaa... Saya teman kawan,” jawab Fateh.
                Ooo…key. Ema diam sahaja. Tidak tahu hendak jawab apa.
“Jangan risau, cara. Saya teman Safiuddin. Dia cari hadiah untuk isteri dia,“ sambung  Fateh lagi. Nada suara lelaki itu seperti mentertawakannya.
“Oh…” Ema terdiam lagi.


Errr... Puas hati tak? Hehe....
  


[[ Blog ni beroperasi kerana iklan-iklan yang ada.]]
 Bolehlah klik iklan di bwh untuk menyokong Cik Haliban. Terima kasih!
https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=1381_1_1_65

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

Waaa..tq sis....syiokkk...tppp..xpuasss..xpuass..hihi..waiting 4 next..

Tanpa Nama berkata...

ohsem!

-Cik Na

nurul berkata...

Thanksss kaakkkk...harap di berikan lafi waktu utk update... chaiyok kak..

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

SHOPEE CIK HALIBAN
UNTUK ORDER
BUKU FIZIKAL
& E-BUKU: Shopee.com.my/cik.nabilahnur
.
.
.
.
.





 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©