COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Khamis, 26 Mei 2011

KSI SP


* * * * *


Beberapa tahun kemudian…

Nusra, fifteen minutes
Nusra memandang mesej yang diterimanya daripada abangnya Muhammad Al-Amin, kemudian dipandang pula jam di tangannya. Lima belas minit lagi bermakna lebih kurang pukul lima setengah petang. Nusra mencari bangku untuk duduk menunggu. Dia tidak kisah menunggu selama lima belas minit kerana dia juga baru sahaja habis menghadiri usrah yang diketuai oleh seorang naqibat bersama-sama empat lagi teman-temannya.
            “Assalamualaikum, Nusrawati.”
            Nusra berpaling ke sisi apabila mendengar nama sebenarnya itu disebut. Bibirnya pantas mengukir senyuman apabila memandang naqibatnya yang baru berpisah dengannya sepuluh minit yang lalu.
            “Waalaikumussalam, Cik Aisyah.”
            Nusra terus memandang naqibatnya yang mengambil tempat duduk di sebelahnya itu.
            “Kan akak dah cakap, kalau bukan dalam kelas panggil Kak Aisyah saja,” tegur gadis itu membuatkan Nusra tersengih malu. Dia masih belum biasa untuk menggunakan panggilan Kak Aisyah kerana kebanyakan pertemuan mereka adalah sebagai pensyarah dan pelajar daripada sebagai naqibat dan ahli usrah. Oleh sebab itu, dia sudah terbiasa memanggil gadis itu dengan panggilan formal. Lagipun, baru sebulan lebih dia mula belajar di Kolej Nur Islam dan baru empat kali mereka bertemu dalam usrah.
            “Sorrylah, Cik Aisyah. Tak biasa. Selalu jumpa cik dalam kelas je.” Nusra menggaru-garu kepalanya yang dilitupi tudung itu.
            “Okey. Tak apa tapi kena biasakan,ya. Kenapa duduk sini lagi? Tunggu siapa?”
            Nusra menebarkan pandangannya ke arah pintu pagar dan jalan raya kolej. “Tunggu abang. Dia janji nak datang ambil Nusra petang ni. Erm… cik pula, kenapa tak balik lagi?” Nusra terus-terusan memandang naqibatnya. Waktu dalam usrahnya tadi, dia dapat melihat seluruh wajah pensyarahnya yang juga naqibatnya, namun, sekarang hanya separuh sahaja muka gadis itu dapat dilihatnya. Walaubagaimanapun, perasaan sejuk mata memandang itu tetap ada apabila memandang  naqibatnya itu.
            “Akak nampak Nusra kat sini. Akak teman Nusra sekejap, ya.”
            “Eh la. Tak apalah cik. Sekejap lagi dia sampailah.”
            “It’s okay. Akak temanlah sekejap. Bila Nusra nampak kereta abang Nusra, cakaplah. Akak larilah. Abang Nusra tak nampak akak punya”
            Nusra ketawa kecil. “Apalah cik ni. Kenapa nak lari-lari pulak.” Dan tiba-tiba dia mendapat satu idea nakal. “Ha… Nanti bolehlah Nusra kenalkan abang Nusra pada akak. Abang Nusra single lagi tau, akak.” Tanpa sedar dia sudah menggunakan panggilan seperti yang diingini oleh naqibatnya tadi. Nusra tersengih. Ketawa naqibatnya lembut kedengaran sebagai halwa telinga. Alahai… kalaulah lelaki yang mendengar ketawa gadis itu, sudah tentu akan tertarik.
            “Nakal ya, Nusra. Erm… Nusra duduk kawasan Puspa Perdana,kan. Selalunya, balik memang abang datang ambil ke?”
            Nusra menggeleng. Rupa-rupanya, naqibatnya masih ingat apa yang dia katakana semasa perkenalan usrah pertama mereka dahulu.
“Tak. Selalunya, sendiri sahaja. Kalau malaslah, Nusra minta abang datang ambil sebab abang pun balik kerja kena lalu kat sini,” ujar Nusra.
Beberapa minit kemudian, Nusra melihat kereta abangnya masuk ke kawasan Kolej nur Islam. Nusra tersenyum.
“Akak, abang Nusra dah sampai.”
Nusra bangun dari bangku diikuti oleh kakak naqibatnya.
“Kalau macam tu, akak pergi dulu ya. Nusra jaga diri elok-elok hari minggu ni, ya.”
Nusra pantas memegang tangan naqibatnya. Jari-jemari gadis itu dipegangnya kemas.
“Eh. La… akak. Jomlah. Boleh Nusra minta abang tolong hantarkan akak sekali.”
“Nusra sayang, habis kereta akak siapa nak bawa balik?”
Nusra terdiam seketika sebelum dia tersengih malu. Betul juga…
“Okey. Jumpa Nusra next week. Take care.”
Nusra mengangguk. Dia mencium tangan dan kedua-dua belah pipi naqibatnya. Matanya mengiringi gadis itu berlalu. Alahai… melepas peluang nak kenalkan dengan abangnya. Apabila dia berpaling semula, kereta abangnya sudah berhenti di hadapannya.
“Cepat abang sampai? Keluar awal ke?” soalnya apabila kereta mula bergerak meninggalkan kawasan Kolej Nur Islam.
“Mesyuarat habis awal tadi. Kawan Nusra ke tadi tu?”
“Abang nampak ke?” Nusra memandang abangnya.
“Tak nampak sangat. Tengok dari jauh je tadi.”
“Erm… bukan kawan. Pensyarah plus naqibat Nusra. Tadi Nusra nak kenalkan dia dengan abang tau. Tapi dia dah lari.”
Abangnya itu ketawa.
“Pandai ya, Nusra. Baru masuk kolej, dah pandai-pandai nak jodohkan abang ya.”
Nusra tersengih.
“Tapikan abang, betul. Cik Aisyah tu baik sangat. Seronok je belajar dengan dia. Bila tengok akak tu, sejuk mata memandang,” ucap Nusra memuji-muji naqibatnya di hadapan abangnya. Sengaja dia berbuat begitu. Dia tahu, abangnya sangat menjaga pergaulannya. Bukan itu sahaja, pemuda di sebelahnya itu juga memelihara telinga mata dan hatinya dari perkara-perkara yang dilarang.
“Sekejap panggil akak. Sekejap panggil cik.”
Komen abangnya itu membuatkan dia sedar. Lalu dia tersenyum.
“Tadi ada usrah,kan? Cerita pasal apa?”
Spontan Nusra teringatkan sebuah buku yang ditunjuk oleh Kak Aisyah tadi.
“Abang pernah baca buku The Choice?”
“Erm… By Ahmad Deedat?”
Nusra mengangguk sebelum menyambung. “Ha’ah. Mula-mula kitaorang bincang pasal Islam dan Kristian. Lepas tukan, Kak Aisyah cerita pasal hidup dia. She’s a Chinese and she converted at the age of seventeen.
Oleh kerana ketika itu kereta abangnya sedang berhenti di lampu isyarat, Nusra memandang abangnya, dan abangnya sedang memandangnya dengan satu pandangan yang pelik. Sekejap sahaja. Kemudian, dia melihat abangnya cuba membuat muka selamba.
Again Nusra, apa nama dia?”
“Aisyah Al-Humaira.”
Sepi seketika.
“Nama sebenar dia?”
“Wen Cheen.”


* * * * *
“Ecah, ingat tak Muhammad Al-Amin?”
            Soalan dari hujung corong telefon itu membuatkan Aisyah Al-Humaira terkedu. Fikirannya seakan-akan beku. Nafasnya terasa tersekat seketika. Muhammad Al-Amin? Mana mungkin dia melupai insan yang bernama Muhammad Al-Amin. Tapi kenapa Maisara menyebut dan bertanya tentang pemuda itu kepadanya secara tiba-tiba?
            “Ecah...”
            Aisyah tersedar.
“InsyaAllah, ingat. YDP MPP Kolej Nur Islam batch kita dulu, kan? ”
Aisyah sebenarnya tidak perlu memutar balik ingatan-ingatannya beberapa tahun yang lalu tentang pemuda yang bernama Muhammad Al-Amin itu kerana cebisan-cebisan memorinya itu sentiasa muncul dalam kehidupan sehariannya walaupun hanya untuk beberapa saat.
“Ya. Sara tahu sebenarnya, takkanlah Ecah boleh lupa tentang dia,kan?”
“Sara!!!”
Aisyah memuncung walaupun sahabat baiknya itu tiada di hadapannya. Dia tahu Maisara sengaja ingin mengusiknya. Sebagai kawan baiknya, Maisara memang sudah tahu tentang kehidupannya sebelum dia mempercayai agama Islam dan juga selepas memeluk agama suci ini. Cuma setelah mereka tamat pengajian di Kolej Nur Islam, barulah dia bercerita kepada Maisara sedikit-sebanyak kisahnya semasa dia masih bersekolah menengah. Kisah yang membabitkan hatinya itu tidak lama dahulu.
“Ala... gurau je. Okey. Sara nak cakap serius ni.”
Aisyah tersenyum kecil mendengar suara serius Maisara di akhir kata itu.
“Okey. cakaplah.”
“Mula-mula sekali, Sara nak minta maaf sebab tak dapat cakap benda ni face to face dengan Ecah. Ecah tahukan Sara kat Santubong sekarang, ikut suami Sara.”
Aisyah mengangguk. Dia ingat Maisara ada memberitahunya perkara tersebut. Maisara memang sentiasa mengikut suaminya outstation jika wanita itu tiada keperluan penting ketika itu.
“Dan Sara rasa Sara patut tanya Ecah sekarang supaya Ecah dapat berfikir dulu dan beri jawapan selepas kami pulang nanti.”
Aisyah tercengang. Soalan apa pula yang memerlukan beberapa hari untuk dia berfikir sebelum member jawapan? Bunyinya macam soalan itu akan member impak yang besar kepada kehidupannya di masa hadapan. Entahlah...
Tapi apa kaitan soalan itu dengan insan yang disebut oleh Maisara tadi? Dan Maisara seperti dapat membaca fikirannya.
“Sebenarnya, suami Sara memang kenal dengan Amin. Mereka selalu sahaja jumpa di majlis-majlis ilmu dan kami jumpa dia di sini semalam.”
Aisyah diam tidak memberi komen. Hakikatnya, dia tidak tahu ingin berkata apa.
“Dipendekkan cerita, Amin tanya pasal Ecah.”
Sekali lagi Maisara memberi kejutan kepadanya. Kali ini, Aisyah seperti dapat mendengar jantungnya berdegup dengan kencang.
“Ma...Maksud Sara?” Tergagap-gagap pula jadinya.
“Muhammad Al-Amin merisik Ecah.”
Dia terkaku di situ. Otaknya berserabut seketika. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu. Dia menggeleng. Aisyah menarik nafas panjang.
“Sara. Sara pun tahu Ecah siapa. Ecah tak layak untuk dia, Sara.” Dia menuturkan kata dengan perlahan. Ya, dia begitu sedar siapa dirinya jika hendak dibandingkan dengan bekas Pengerusi Persatuan Siswa-siswi Islam Kolej Nur Islam itu.
“Aisyah Al-Humaira, dengar sini. Layak atau tak bukan kita yang tentukan. Ecah tak boleh berfikiran macam ni. Sebab tu Sara minta Ecah berfikir panjang dulu. Solat isikharah dulu, Ecah. Minta petunjuk Allah. Kalau jawapan Ecah sekarang, Sara tak nak terima. Tapi kalau Ecah bagi jawapan selepas mengadu dengan Allah, Sara akan terima.”
Mendengar peringatan pendek daripada sahabatnya itu membuatkan dia sedar bahawa dia masih belum mengadu dengan Tuhan. Dia terburu-buru meluahkan rasanya tadi.
“Erm...insyaAllah. Terima kasih Sara.”
Aisyah Al-Humaira bangun, ingin mengambil wuduk dan menghadapkan diri kepada Allah SWT.

Selangkah kita mendekati Allah SWT, seribu langkah Allah SWT mendekati kita.

* * * * *
-TAMAT-
by Rusydee Artz

GLOSARI

Sulbi-tulang rusuk

Bahasa Sepanyol
Juramento-janji

Bahasa Arab
Lajnah- biro/bahagian
Syura- mesyuarat
Halaqah- bulatan
Usrah- keluarga
Antuma- awak berdua
Akhi- saudara lelakiku
Anti- awak (perempuan)
Syukran- terima kasih
Antunna- awak semua (perempuan)
Ukhti- saudara perempuanku
Ana-saya

Bahasa Cina
Ah ge - abang

INFO :
Purdah bermaksud pakaian bagi wanita Islam terdiri dari dua jenis: Hijab atau Hijab+Niqab.
Hijab bermaksud pemakaian sederhana yang membuka muka dan dua tapak tangan.
Niqab bermaksud berhijab dan ditambah dengan niqab atau burqa (penutupan muka).



Jgn lupa komen / tekan Star Ratings ye... :)

1 komen:

wan azim berkata...

good job ! ^^

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©