COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Selasa, 25 Mei 2010

KSI [final]

Aisyah pantas mencapai buku dan fail di atas mejanya. Maisara sedang menunggunya di luar bilik sebelum mereka bergerak ke kolej. Pintu bilik dibuka. Maisara membelakanginya sambil bersandar di penghadang aras dua itu. Pintu bilik dikunci.

“Sara.”

Maisara menoleh. Melihatkan penampilan sahabatnya, Maisara kaku seketika sebelum tersenyum walaupun senyuman itu tersembunyi di sebalik burqa.

“Jom.” Ajak Aisyah. Maisara mengangguk dan mereka berjalan seiring.

“Ecah cantik macam ni.” Maisara memerhati pakaian sahabatnya. Berjubah hitam dan tudung labuh putih serta berburqa sepertinya.

“Alhamdulillah. Semua yang baik itu datang dari Allah. Jangan memuji, bimbang Ecah riak pula. Sara berdoalah supaya Ecah istiqamah.”

Mereka berdua berjalan ke perhentian menunggu bas kolej sambil berbual.

“Apa yang buat Aisyah berpurdah ni?”

“Aisyah dah lama berhasrat nak berniqab. Sekarang Allah dah bukakan dan mudahkan jalan untuk Aisyah. Dulu Aisyah takut orang mengata Ecah hipokrit tapi kini Ecah sedar bahawa berlakon sesuatu yang baik itu bukan hipokrit tapi satu tarbiyah. Kan ada pepatah Inggeris mengatakan, ‘fake it until you make it’? Lagipun, berniqab ni mengikut sunnah isteri-isteri Nabi Muhammad.”

Mereka menyambut dengan selawat ke atas Nabi mereka.

“Alhamdulillah. Berniqab pun banyak kebaikannya. Antaranya ialah dapat hindarkan diri daripada maksiat serta fitnah dan Allah meningkatkan nur wajah kita sebelas kali ganda²,” terang Maisara.

* * * * *

Aisyah memerhati kanak-kanak yang bermain di taman permainan itu. Dia yang duduk bersantai di sebuah kerusi di bawah sebuah pokok, asyik tersenyum apabila melihat ketawa riang yang terbit dari mereka semua. Berada di situ, Aisyah tenang. Jika sebelum ini, dia hanya tinggal di asrama atau mengikut Maisara pulang ke rumah Nek Ma, nenek Maisara apabila cuti. Sekarang, dia pulang ke rumahnya di Kelantan.

Enam tahun yang lepas, dia dihalau oleh papanya apabila dia memberitahu hasratnya untuk memeluk agama suci Islam. Lalu dia menumpang teduh di rumah salah seorang ustazah yang terletak kira-kira enam buah rumah dari rumahnya.

Dia belajar dan menimba ilmu tentang Islam dengan lebih terperinci daripada beliau sehinggalah dia diterima masuk ke Kolej Nur Iman. Jasa ustazah itu tidak akan dilupakannya. Cuma dia terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan beliau yang sudah berpindah dari situ.

Setelah papanya meninggal, mamanya mengajaknya untuk tinggal bersama kembali. Pada mulanya, Aisyah serba salah namun apabila memikirkan sesuatu, Aisyah terima tanpa was-was. Lagipun, mama adalah keluarganya dan dia amat menyayangi mama. Aisyah teringatkan Maisara yang sudah kehilangan nenek kesayangannya beberapa minggu lalu.

Aisyah mengerti perasaan Maisara. Oleh sebab itulah, Aisyah terus menempah tiket ke Terengganu sebaik sahaja menerima panggilan daripada Maisara. Kata Maisara, Nek Ma sakit. Sahabatnya begitu menyayangi Nek Ma seperti dia menyayangi papa. Pertama kali Aisyah bertemu dengan Nek Ma, Aisyah dapat merasakan bahawa Nek Ma seorang yang baik hati.

Maisara begitu mengasihi Nek Ma. Masakan tidak, Nek Malah orang yang telah menyedarkan dirinya daripada dunia yang sementara itu. Maisara pernah bercerita kepadanya tentang masa remaja, seperti remaja yang lain. Namun, apabila dia pulang ke Terengganu ketika cuti persekolahan, Nek Ma berjaya mengubahnya. Alhamdulillah, hidayah daripada Allah Yang Maha Kuasa.

Kata Maisara, Nek Ma selalu memberi nasihat kepadanya jika dia mempunyai masalah. Setiap kali dia menghadapi masalah, Maisara akan berpaling kepada neneknya. Mengadu kepada Nek Ma. Nek Ma selalu bercerita tentang keadaan hari kiamat yang tidak tahu bila itu sebagai peringatan.

Aisyah terbayang keadaan Maisara. Gadis itu begitu tabah. Walaupun nampak ingin mengalirkan airmata, Maisara tetap cuba untuk menguntum senyuman.

“Allah lebih menyayangi Nek Ma. Sara berdoa agar Nek Ma ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.”

Aisyah jadi kagum dengan Maisara. Dia sendiri, ketika papanya meninggal dunia menangis dengan hiba. Dia begitu sedih.

Aisyah terfikir, apa yang perlu dilakukannya selepas ini? Pengajiannya selama empat tahun di Kolej Nur Islam dalam jurusan Undang-Undang Syariah sudah pun tamat. Dia tidak akan bertemu lagi dengan rakan-rakan seperjuangannya selepas ini kecuali dengan izin Allah.

Walau apapun yang bakal dilaluinya selepas ini. Walau apapun yang bakal dilakukannya selepas ini, Aisyah berjanji dia tidak akan sesekali melupakan keredhaan Allah yang menjadi matlamat hidupnya. Dia akan mengekalkan imej Islam. Dia akan menjunjung Islam walau di mana dia berada. Dia tidak akan sesekali melupai janji-janjinya terhadap Allah Pencipta Sekalian Alam, sebelum rohnya ditiupkan ke dalam jasadnya. Janjinya dengan Allah!

Allah berfirman dalam QS. Al Α’raaf: 172 yang ertinya, “Dan (ingatlah) ketika Rabb-mu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) ‘Bukankah Aku ini Rabb-mu?’ Mereka menjawab, ‘Betul (Engkau Rabb kami), kami menjadi saksi.’ (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, ‘Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang yang lengah terhadap ini (keesaan Allah).”

-Tamat-

jgn lupa tekan STAR RATING ye. :)

1 komen:

bulanhijau berkata...

:)

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: CompartidĂ­simo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©