COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik pemilik blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Siapa pemilik blog ini?

Alumni SKPP
Alumni MMP
Alumni AKSES 2
Alumni KEX
Alumni CFS
Alumni UIAM
Sekarang? Pelajar USM
© cik.nabilahnur[at]gmail.com

Cari cerita apa?

Connecting ...

JS Adiwarna Publishing



KHB photo COVERKBH.jpg
{sinopsis}
.
RM 17.00 RM13.60 online di JS Adiwarna
.
Kalau nak beli daripada cik haliban pun boleh... contact me at FB, ok? ^____^

connecting...

3 novel di bawah ini sudah tiada di pasaran. Kalau nak beli, contact me at FB, ok? ^____^
.

.

PATRICIANS VS AURORA
{Sinopsis}
Hanya RM9.90 e-book
.

ISTANA AIRI
{Sinopsis}
[ episod 1 - 4 ]
.
.
CALON ISTERI PUTERA MAHKOTA
{Sinopsis}

Award ~

Ske Cite Kat Sini ~

COPYRIGHT

Photobucket
Tidak dibenarkan menyalin atau 'copy' mana-mana bahagian dalam blogspot ini KECUALI dengan keizinan cik penulis blog ini (which is me).
TERIMA KASIH.

Takdir Cinta (sekarang)

 photo eampf.jpg
... 1 ... 2 ... 3 i ... 3 ii ...
... 4 i ... 4 ii ... 5 ... 6 i ...
... 6 ii ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ... 12 ... 13 ...
... 14 i ... 14 ii ... 15 ...
... 16 i ... 16 ii ... 17 ...
... 18 ... 19 ... 20 ... 21 i ...
... 21 ii ... 22 ... 23 ... 24 ...
... 25 ... 26 ... 27 ... 28 ...
... 29 ... 30 ... 31 ... 32 ...
... 33 ... 34 ... 35 ... 36 ...
...37 ... 38 ... 39 ... 40 ...
... 41 ... 42 ... 43 ... 44 ...
... 45 ... 46 ... 47 ... 48 ...
... 49 ... 50 ... 51 ... 52 ...
 photo eampf.jpg

MCI

{MCI mengandungi cerita-cerita benar. Diambil bukan untuk mengaibkan, tetapi untuk memberi pengajaran, insyaAllah}
Photobucket
... PROLOG ...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 .... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... 11 ...
{TAMAT}
SP#1 - SP#2 - SP#3

IU @ KHB

Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ...
... 10 ... SP ...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 11-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

TBUM


...PROLOG...
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

I.A.P.H. @ PBP

-Sambungan Istana Airi-
Photobucket
... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...
... 6 ... 7 ... 8 ... 9 ... 10 ...
.WATAK.
Untold ... SP#1 ... SP#2
... SP#R ... SP#3 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 11-akhir diremove due to copyright issues}

TBAC

... 1 ... 2 ... 3 ... 4 ... 5 ...

{Cerita ini pernah TAMAT di blog. Episod 6-akhir diremove untuk penerbitan}

Lelaki Untukmu (LUM)

Photobucket
... 1 ... 2 i... 2 ii ...

...SP i...

{cerita ini pernah TAMAT di blog. episod 3-akhir diremove sebab cerita dalam proses edit untuk penerbitan}

Beli Buku Online

ANNOUNCEMENTS


1) FB group for this blog:
https://www.facebook.com/groups/bentukhati/ .
Feels free to join.
:)
2) Due to copyright issue, cik haliban dah deleted cerita-cerita lama sehingga 5 episod atau 10 episod sahaja. Sesiapa yang teringin nak baca yang full, you can contact me by email cik.nabilahnur@gmail.com ^____^

~TERIMA KASIH~ARIGATOU GOZAIMASU~GHAMSAHAMIDA~

Dah S.O.L.A.T.?

Photobucket

Isnin, 24 Mei 2010

KSI - 2

“Tapi saya ingat lagi apa yang dia kata hari tu, mama.”

Aisyah menunduk. Air matanya mula menitis lagi. Kata-kata si pemanggil menyebabkan hatinya sebak kembali.

Tiba-tiba kata-kata Ustazah Halawiyah terlintas di fikirannya.

“Anak-anakku, berbaktilah kepada ibu bapamu selagi mereka masih hidup. Bukankah Allah SWT telah berfirman supaya manusia berbuat baik dan berterima kasih kepada ibu bapa? Rasulullah juga pernah bersabda supaya menyambung persaudaraan dengan ibu apabila Asma’ binti Abu Bakar R.A.. bertanya kepada baginda tentang ibunya yang bukan Islam.

Aisyah semakin serba salah mendengar suara yang kerisauan di corong sana. Aisyah kuatkan hatinya. Air matanya yang mengalir di pipinya disapu.

“Baiklah.” Sesekali Aisyah mengangguk sebelum dia menamatkan perbualan itu.

“Ya Allah, ujian apakah ini? Kau teguhkanlah imanku.”

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman,” sedang mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut ayat 2-3)

* * * * *

Jari-jemari Maisara yang tadinya mengetuk papan kekunci komputer di Bilik PSI terhenti seketika. Maisara mengelipkan matanya beberapa kali. Menghadap komputer terlalu lama memang tidak patut diamalkan. Kepalanya dipusing, melihat ruang muslimat itu. Cuma ada tiga empat orang termasuk dirinya dan Aisyah.

Matanya ditumpukan kepada sahabatnya itu. Dari jauh, Aisyah memang kelihatan sedang menghadap komputer riba berwarna putih, membuat kerja. Tapi dari kaca mata seorang sahabat, dia tahu fikiran gadis itu tidak berada di sini.

Setelah seminggu meninggalkan kuliah dan kolej, Aisyah kembali.

Menghampiri pintu biliknya, Maisara melihat seorang gadis bertudung labuh dan memakai jubah berdiri di hadapan pintu biliknya, cuba untuk membuka pintu bilik itu dengan kunci di tangan. Maisara segera menghampiri.

“Assalamualaikum.”

Gadis itu menoleh. Ternyata Aisyah yang sudah seminggu tidak kelihatan kelibatny telah kembalia. Aisyah bersalam dan memeluk rakannya sebelum kedua-duanya masuk ke dalam bilik mereka. Aisyah meletakkan beg pakaiannya di sebelah katil sebelum duduk.Maisara hairan dengan kebeningan sahabatnya. Perlahan, dia berlabuh di sisi gadis tersebut. Bahu Aisyah dipeluk dari sisi.

“Aisyah…”

Aisyah mengangkat muka, memandang wajah bersih Maisara.

“Dia…dah tak ada.” Perlahan dan sayu suara itu.

“Innalillahiwainnailaihiraaji’un. Bila?”

“Seminggu dah. Hari yang Ecah sampai.”

Maisara mengangguk. Dia tahu, tentu ada lagi perkara yang gadis itu ingin bicarakan. Namun, dia tidak mahu mendesak. Tiba-tiba, kedengaran esak tangis dari sisinya. Maisara memeluk sahabatnya. Aisyah membalas pelukan itu. Dia amat perlukan seseorang selepas dia mengadu kepada Allah SWT.

Tangisannya semakin lama, semakin kuat.

“Macam mana?”

Dalam tangisnya, Aisyah menggeleng.

“Dia…Dia…tak mahu.” Ucap Aisyah tersekat-sekat dengan sedunya.

“Dia tetap tak mahu…” Suara itu tenggelam dalam tangisannya. Aisyah menangis semahu-mahunya. Dia berasa sangat hiba dengan pemergian orang yang amat disayanginya.

“Shush… Menangislah. Rasulullah juga menangis ketika menyaksikan kematian salah seorang putera baginda.” Maisara menggosok belakang sahabatnya.

Setelah tangisan Aisyah reda, gadis itu mula bercerita.

“Bila Ecah sampai, dia dah tenat tapi Ecah tahu dia gembira. Ecah nampak senyuman dia. Ecah duduk di sisi dia, Ecah pegang tangan dia, dia balas.” Aisyah menyeka saki-baki air matanya.

“Allah Maha Mengetahui, masa dia dah tak lama. Ecah cuba, Sara. Ecah cuba sedaya upaya Ecah supaya dia nampak kebenaran Islam tapi saat tu, dia tepis tangan Ecah. Dia tetap tak mahu terima, Sara. Dia tak mahu…”

Aisyah menggenggam kedua-dua tangannya. Maisara meletakkan tangan di atas genggaman itu.

“Sabar. Semua yang berlaku ada hikmahnya.”

“Dia palingkan muka daripada Ecah. Masa itu, Ecah rasa sedih sangat. Ecah jadi saksi dia meninggal dalam kejahilan. Sara, Ecah rasa macam dah tak ada matlamat dalam hidup Ecah.”

“Aisyah!” Maisara terkejut. Semakin kuat dia genggam tangan sahabatnya, berharap agar dapat disalurkan semangat mujahidah ke dalam diri gadis itu.

“Dulu, Ecah berharap sangat agar dia turut sama dapat hidayah macam Ecah. Ecah berharap sangat Ecah dapat berdakwah pada dia tapi sekarang apa gunanya?”

Maisara memeluk kembali tubuh sahabatnya.

“Ecah…jangan sesekali mudah putus asa. Jangan mengalah dengan hasutan syaitan laknatullah. Yakinlah pada Allah. Masih ramai yang ditakdirkan untuk menerima dakwah Ecah, InsyaAllah. Terutamanya mamamu.”

Maisara bertasbih dan beristighfar apabila teringatkan peristiwa seminggu yang lalu. Komputer ditinggalkan seketika. Kakinya bergerak menuju ke arah Aisyah yang sedang duduk bersila di satu sudut dengan Apple di atas ribanya.

Perlahan, Maisara turut duduk bersimpuh di sisi gadis tersebut. Matanya melihat jari-jemari Aisyah yang hanya kaku di atas komputer riba itu sedangkan mata gadis itu memandang ke arah skrin.

“Aisyah.”

Gadis betudung labuh berwarna hitam itu menoleh. Namun pandangannya hanya kosong sebelum dia tersedar. Terpinga-pinga seketika. Maisara tersenyum kecil.

“Tak ada apa. Sara tengok seronok Ecah termenung. Sara nak join jugalah,” ujar Maisarah menyandarkan badannya ke dinding. Aisyah tertunduk malu. Maisara menegurnya dalam bentuk sindiran.

“Termenung atau berfikir?”

Aisyah tidak menjawab.

“Ecah, tak boleh macam ni. Perkara yang lepas tak elok ditangisi. Terimalah qada’ dan qadar yang ditakdirkan untukmu. Jangan lupa, beriman kepada qada’ dan qadar itu salah satu daripada rukun iman. Itu kelebihan kita sebagai muslim, Aisyah. Lagipun, mamamu masih ada.”

“Tapi papaku sudah tiada,” tingkah Aisyah perlahan. Maisara mengeleng perlahan. Maisara tahu, Aisyah begitu kasih dan sayangkan papanya. Menurut dari Aisyah sendiri, sejak dari kecil lagi dia merupakan anak emas dan anak kesayangan papanya. Gadis itu pasti amat sedih apabila papanya sudah dijemput ke alam barzakh.

Maisara tahu, dia perlu membuat sesuatu agar Aisyah kembali bersemangat. Dia mahu menghidupkan kembali roh jihad dan perjuangan dalam jiwa gadis itu.

“Jom.” Aisyah menoleh dengan ajakan Maisara.

“Ke mana?”

“Bertemu dengan Ummi. Ummi tentu boleh selesaikan masalahmu.”

Aisyah diam sebelum mengangguk. Maisara senyum.

1 komen:

bulanhijau berkata...

sambung lagi
:)

Catat Ulasan

Mohon komen entri kali ini. Terima kasih!!! :D

...

 
 

Designed by: Compartidísimo | Brought to you by Blogger Template Place & Blogger Tutorial
Scrapping elements: Deliciouscraps©